Pengikut

kes pertengkaran dengan kawan

Kawan 1, Satu hari, berlaku pertengkaran kecil dengan seorang rakan satu sekolah. Angin badan aku naik. Aku sangkakan setelah itu tidak berkawan kembali. Tapi, aku tetapkan niat bahawa cerita lepas itu adalah lepas. Kita mulakan cerita baru.
Kawan 2, Sewaktu tinggal di rumah sewa pertama, berlaku juga ketidakpuasan di hati aku pada seorang housemate. Setelah beberapa tahun kembali mesra dan berkawan semula. Aku tetapkan juga niat bahawa itu perkara time aku belum tahu apa itu orang dan manusia.
Kawan 3, Berlaku pertengkaran kecil dengan kawan sebab aku tidak puas hati perbuatannya. Sangka aku juga, aku tidak berkawan dengannya lagi selepas itu. Tapi, aku mengaku aku silap. Minta maaf dan maaf diterima. Kembali berkawan semula.
Kawan 4, Berlaku pertengkaran dengan kawan akibat perangai aku yang selamba dan buat tak tahu. Aku melarikan diri dan merantau ke tempat lain untuk mencari ketenangan. Setelah itu beberapa bulan kembali bertegur sapa dan berkawan semula.
Kawan 5, Di tempat yang sama dan akibat perangai aku jugak. Berlaku juga pertarikan muka dan tak bertegur sapa. Setelah lama tidak bertemu, kemudian bertemu kembali bertegur sapa dan bermanis muka.
Kawan 6, Kes terakhir, betul-betul menjatuhkan rating aku. Tapi, Alhamdulillah. apa pun, kawan jugak…
Itu antara kes yang membuatkan aku keretakan kawan. tetapi Alhamdulillah, semuanya aku dapat berkawan semula.

1 ulasan:

ciKgu GoguMa berkata...

byk beno kes nye...