Pengikut

Hari Sukan Graduan Kecil


AIMMAN HARISTH 5 tahun dari GRADUAN KECIL,
PERMATANG PAUH

Semalam tadika aiman ada hari sukan, ramai jugak la budak2 dari merata
tempat dari umur 3 tahun hingga 6 tahun. Pelbagai aktiviti yang ada, tapi
acara bermula lewat sikit sebab tadika graduan kecil dari BERTAM
sampai lewat kerana pemandu bas tu boleh pulak balik kampung jadi
sementara nak settle masalah tu jadi lambat la. Kesian pulak tengok
budak2 ni dah la kecik2 lagi lepas tu kena duduk dekat
padang nak dekat 1 jam sementara nak tunggu budak2 dari BERTAM.
Lepas diorang sampai je terusada tarian yang lawaknya boleh pulak
aiman ni nangis sebab PANAS dan MALU,
ye la aiman ni bukan suka sangat kena panas jadi bila kena panas dan
berpeluh memang dia tak suka la. Tapi tengok budak2 lain seronok je
menari rasa terhibur, ada jugak sorang budak tu dia
menangis sampai cikgu tarik dia keluar padang.



tengok la panas betul masa ni dah pukul 9 pgi kot kalau tak silap
selamat tak ada yang pengsan2..Ni time tunggu
budak dari BERTAM.


ni bila dah dapat duk dalam khemah memang rasa lega la sebab
dah berteduh. Ni tengah tunggu acara permainan nak mula.








Panas2 pun tetap maintain di padang....
tengah sokong aiman....




Lambat sangat nak tunggu aiman boleh balik sempat lagi snap pic
tengok la mak ngah da sarat pun tetap mai tengok aiman...
Best jugak la tengok budak2 ni bersukan dan macam2 ragam
yang kita boleh tengok...Rasa terhibur tengok keletah mereka,
Padang pun luas ni pun buat dekat padang SONY Seberang Jaya.






Baju kurung di Uptown Perda


Mai2 pakat mai beli baju kurung, jubah ada seluar jeans lelaki perempuan
pun ada macam2 saiz ada....sapa2 yang ada berdekatan dengan
UPTOWN PERDA
datanglah mai beli...Dah nak dekat bulan puasa ni janganlah lepaskan
peluang mari beli..Semuanya fashion terkini macam2 jenis ada cuma mai
pilih dan beli saja...hihi Murah2 saja harga boleh runding lagi.
Haa kalau korang nak beli korang nampak tak gambar kakak tu dengan
anis tu...dia la yang jual baju kurung kat sana..kain dia memang
kain elok punya tak menyesal kalau korang beli
sekarang ni pun dia dah jual banyak baju yang sudah jual sampai
stok pun habis dan tak lama lagi baju yang lagi terkini akan
dijual jadi jangan lepaskan peluang anda ok datang beli...
hanya di UPTOWN PERDA. Anis pun beli dah baju yang
terkini dan memang cantik2 belaka...
Anis pun tak sure lagi anis nak tolong jual atau tak
sebab tahun lepas anis tolong jual jugak...best jugak la
dapat meniaga ni....

Kami Adik Beradik


Ramai yang kata anis ni seorang yang pelik..betul ke??
tapi pelik dekat mana tu???cer bagi tau....
Anis rasa tak ada yang pelik pun....mengapa mereka berkata
begitu????hahaha 

Peliknya adalah dekat memilih makan, entah kenapa kalau
bab2 makan anis ni memilih sikit sebab nanti yang tu tak
kena yang ni tak kena.. Memang susah kadang2 mak
pun pening nak masak apa nanti ada ja yang tak kena.

Tapi kakak anis ni lagi pelik sebab sejak bila entah dia
dah tak makan IKAN. Anis kira boleh tahan lagi la
makan ikan tapi tengok jugak ikan yang macam mana.
2 pun memilih..cuma adik anis je dia makan apa saja
semua dia bantai.....Ok sekarang anis nak cerita la sikit
pasal adik beradik anis ni kami ada 3 orang saja
anis, kakak dan adik laki. Walaupun keluarga kami kecil
bilangannya tapi kami bahagia meskipun ayah dan mak
tak duduk sekali.



Ni kakak anis namanya NOORMUSFARAH kadang2 orang nak
sebut nama dia pun terbelit2..susah ke nak sebut cuba korang try sebut
tengok betul ke tak....hehehe..dia ni la tempat kami berkongsi cerita atau
rahsia selain dengan mak. Anis dengan kakak agak rapat la jugak
tapi kadang2 tu ada jugak gaduh2 tapi biasa la adik beradik kan mana
ada yang tak gaduh. Tapi kalau tak bergaduh tak best jugak kan.....
Kami ni beza umur setahun je nak tahu tak tarikh lahir kami ni terbalik
anis 2.12.1990 kakak 12.02.1989 see....terbalik kan
pandai mak anis lahirkan kami....hahaha.. tapi ada jugak yang kata
kami ni kembar ye la sebab sama2 kecik tapi anis tinggi sikit la dari
kakak sikit je la....kakak ikut muka n kulit macam ayah
anis ikut mak..ada sesetengah kata anis ikut ayah kakak ikut mak.
Walaupun kadang2 kami suka bergaduh tapi anis tetap sayangkan dia
kalau dia tak ada tak tau nak kata la anis hilang la tempat nak luah
perasaan, hilang kawan dan hilang segalanya......sebab apa pun kami
berdua. Kakak anis ni dia pemalu sikit kadang kalau ada anis
semua la anis yang kena, nak pi mana pun mesti berdua.


Ok la ni pulak adik anis a.k.a abang...nak tahu kenapa?
sebabnya dia ni berbadan besar tengok sendiri anis dengan dia
macam mana...Adik lagi besar pada kakak..kira dia ni BONZER
kami la..huhu kalau ada dia ni orang laki nak dekat pun tak boleh..hahaha
Namanya ABDUL AZIM tapi nama glamour BOBOY..hahaha
tak padan dengan dia kan??? dulu dia ni kecik2 duk dengan tok anis
dekat perlis tapi masa umur bapa tah ayah anis ambik dia duduk sekali
dengan ayah. Tu la badan besar macam ni ikut sapa tah hari2 kira
nak makan ayam saja. Anis, kakak dengan dia ni memang suka bergaduh
ada saja yang tak kena, kadang2 naik meluat jugak dengan dia..Apa2 pun
anis tetap sayangkan MEREKA...

Sedikit demi Sedikit



Apa motif letak gambar ni pun tak tahu...hehehe

Sudah 3 tahun lebih anis tidak dapat nak menerimaNYA tapi sekarang
sedikit demi sedikit anis dapat menerimaNYA walaupun hati ini tidak
dapat menerimaNYA sepenuhnya. Tiap kali anis sembahyang anis akan
berdoa supaya ALLAH lembutkan hati anis supaya menerimaNYA.
Memang sukar sebab ada pengganti tetapi itu jugak demi kebahagiaan
mak anis dan itu sudah jodoh mereka takkan anis nak menolaknya pulak.
Sekarang walaupun anis tak banyak cakap dengan NYA
tapi anis sudah ikhlas menerimaNYA. Mungkin anis perlukan
masa yang lebih panjang lagi untuk menyesuaikan diri denganNYA.

Apa yang anis harapkan ialah mungkin ini jodoh yang sudah ditentukan
untuk mak dan anis harap DIA takkan sia2kan hidup mak anis.
Mungkin anis tak dapat nak bagi tahu lebih lanjut tapi anis rasa orang
akan faham kenapa anis tulis macam ni ada sebab2 yang tertentu
anis tak boleh nak berterus terang.


Kisah Lama Tak Habis2 Lagi

Ni yang paling anis tak suka sekali bila ia melibatkan mak..kenapa la ada orang tu masih tak puas hati dan duk ingat perkara yang lepas. Benda lama dah setle tu kira dah tak ada apa la ni sampai sekarang duk ingat lagi.

Dulu mak ada rapat dengan laki ni nama dia UNCLE EMON (orang sarawak ) dia duduk depan flat mak anis kira bertentang la tapi dia tingkat 3 mak tingkat 4. Mak memang suka berkawan macam anis juga la tapi yang anis tak faham ada perempuan ni nak kata bini dia bukan tapi duduk sekali. Bak kata dia, orang sarawak yang bukan islam memang duduk sekali..ya ka?? tu katanya lah........

Bila mak anis dan Uncle Emon tu rapat mula lah si perempuan ni cemburu, biasala bila kawan2 rapat kan?? dan lepas tu mak anis tak rapat dah tapi tahun lepas dia tak puas hati dan duk ungkit benda2 yang lama dan duk kata mak anis ni duk syOk @ gila kat Uncle Emon ni. Tak kan la mak anis nak rampas LAKI dia pulak kan sebab mak anis pun dah ada S****i. Dia ni macam tak faham2 padahal dah trang tang tang dah semua orang pun dah tahu.

Tahun lepas dia duk cari pasal dengan mak anis, bila mak anis ajak jumpa dan nak bincang dia pulak tak mau jadi satu hari tu mak anis terserempak dengan dia dan mak anis face to face dengan dia boleh pulak dia buat pekak. Time tu anis sabar lagi, last sekali mak anis jumpa dia dekat rumah kawan mak dan depa pun setel la baik2. Ok diorang dah berbaik.

Lepas tu sekarang dengar pulak yang dia masih tak puas hati walaupun mak anis dah tak cakap dengan LAKI dan dia tu......sekarang ni apa masalah dia pun tak tau...tekanan mental kot..asyik duk ungkit benda yang lama. MAcam la LAKI dia tu orang nak ambik, dah la kuat minum, lepas tu boleh pulak pesan jangan sesekali nak cakap @ jumpa mak, mak pun bila terserempak tak pernah nak tegur. Sebab tu dia duk kongkong Uncle Emon tu supaya tak cakap dengan mak.

Yang hairannya, kalau dengan orang lain tak apa pula tapi dengan mak ni dia cukup pantang tak tau la pasal apa..boleh pulak kata mak ni duk bomoh2 dia...Tak logik betul....ingat mak anis ni kejam sangat ka sampai nak pakai2 bomoh ni...dia kot la....aishhhh sekarang ni mak anis dah tak kacau hidup dia boleh pulak dia duk nak mai kacau hidup mak.

* Kalau tak puas hati lagi mai jumpa senang dan luah apa yang tak kena *

SAKIT

Pening, batuk dan demam
Demam dah baik, cuma pening dan batuk ja tak baik2 lagi.
Ubat ?? em mesti la kena paksa makan...hehe
Tapi anis dalam duk batuk2 ni ubat batuk
sudah semestinyalah tak makan..heee tak tau kenapa ubat
batuk ni susah sangat nak makan. Kalau orang lain tu ada jugak suka
makan tapi anis ni tak pernah nak sentuh walaupun duk kena marah.
Hari ni seharian anis tidur lepas makan ubat sekarang ni boleh tahan
baik sikit la, mana tak nya sempat lagi ONLINE..hihihihi

Mintak2 esok keadaan anis bertambah baik la sebab esok anis
nak belajar bawa kereta takut nanti terganggu pulak. Hari isnin
pun anis dah tak sihat jadi hilang fokus sikit la bila time bawak kereta
tu tapi mujur la cikgu yang ajar tu sungguh SPORTING sebab
dia pun tak sihat jugak...hihihi tapi dia dengan anis macam dah
kenal lama siap boleh duk buat lawak2 dan gelak2 lagi time duk bawak
kereta tu. Dia cina LELAKI..huhuhu

Esok lagi sekali nak kena pi belajar kereta, hari isnin tu anis dah
bawak sampai jalan raya dah tapi esok ni tak tau la macam mana pulak.
Mudah2an esok anis bertambah sihat dan tak hilang fokus
tapi yang sangat2 menganggu anis ni ialah BATUK.....

Teringatkan Kamu

Kata orang setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan
Walaupun perpisahan itu sangat menyakitkan tetapi kadang2 ia mengajar kita erti untuk menjadi kuat, bersedia dalam menghadapi perpisahan itu.

Entah kenapa tiba2 je anis terfikir kembali saat2 semasa anis belajar di kolej dulu kerana di situlah bermulaannya ikatan persabahatan yang erat dan sukar untuk anis tafsirkan. Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi tetap kami lalui bersama, banyak suka dan duka yang terjadi apapun yang manis la banyak.

Dalam berkawan pasti akan ada sedikit perselisihan faham dan pergaduhan itu biasalah kerana ia akan mengeratkan lagi hubungan persahabatan. Kita memang sangat rapat sampaikan kadang2 orang ingat kita ni berlakon, mana tak nya kita apa2 pun mesti sekali kan jarang nak berpisah.

Sangat merindui kamu semua, tapi entah kamu merindui anis atau tak.....sedey la
Selalu teringatkan kamu semua, Selalu rindukan gurauan kamu, Selalu teringat usikan kamu,
Rindu nak peluk2 korang, Rindu nak bergosip dengan korang, Rindu nak bising2 dengan korang.

Tapi itu semua dulu, sekarang semua itu sudah tidak ada dan yang ada hanyalah kenangan.
Hanya gambar2 dan video2 korang saja yang jadi peneman diri ini dikala merindukan kamu.
Rasa macam tak percaya pun ada kita dah terpisah jauh nak jumpa belum tentu lagi bila.

Rasa macam nak menjerit kuat la RINDU SANGAT2 TAHU TAK??? macam nak jumpa korang sekarang jugak !!!!

JAntung Hatiku



ABD SHUKOR BIN MOHD ISA

Aaippp2 sarjan misai...hehehe muka nampak garang tapi
dalam hati ada taman...hahah opsss tak da la gurau ja..
Ni la jantung hati anis selain mak..
Memang muka ayah nampak garang tapi ayah adalah ayah yang
paling paling baik sekali tau nak marah pun susah tapi
kalau dah marah tu tak tau nak kata la.

Belum terlambat lagi kan untuk anis ucap
SELAMAT HARI BAPA

Luaran nampak macam garang orang nak dekat pun rasa takut
betul tak? betul kan? tapi kalau dah kenal ayah anis orang tu tau la macam mana.

AYAH,
Tak garang tapi tegas,
Tak pernah pukul anak2,
Jarang nak marah anak2,
Anis manja dengan ayah,

Kalau dengan ayah apa yang anis nak mesti akan dapat
selagi tak dapat lagi tu anis akan mintak..hihi teruk kan perangai.
Tapi ayah kalau anak nak apa2 mesti dia akan usaha juga bagi
kita ni puas hati.
Sesetengah orang tak percaya pun ada kata ni ayah anis ye la
ayah anis kan gelap sikit tapi anis peduli apa janji anis tau ni ayah
anis..ada ku kesah...
Hari tu ada la anis terjumpa dengan kawan tempat ayah anis kerja
boleh dia tanya ayah ' ni anak hang ka??awat lain putih '
ayah kata ' ye la dia ikut mak dia putih '
lepas tu anis senyum je la....
Sekarang anis jarang sikit duduk dengan ayah sebab anis duduk dengan
mak tapi anis balik juga duduk dengan ayah.
Anis duduk dengan mak sebab anis duk tolong mak buat
karipap kalau mak sorang susah pulak nak buat sebab nanti tak ada
orang nak tolong..



ABAH TETAP NO 1 DI DALAM HATI KAMI TAK ADA SIAPA
DAPAT MENGGANTIKAN TEMPAT ABAH..
SAYANG ABAH

Anis juga nak ucap selamat hari bapa dekat seseorang yang
sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami.

Mahu Jumpa Mereka ini


ANIS, NURUL, MIRA, PIKAH

Lama sungguh tidak berjumpa diorang ni...
Mungkin hujung bulan ini akan berjumpa..
yeaahhhh2
Kalau tak nak jumpa dah lama tapi sebab
anis balik siam jadi tak dapat nak jumpa lagi la.
Tapi lepas ni pasti dah boleh jumpa sebab anis
dah tak ada hal dah...hihihi
lagipun kami semua nak jumpa sebab kawan anis 
PIKAH dia sudah mau kawin la...lagi 2 bulan ja
lagi jadi kami nak keluar la sebelum dia nak jadi bini
orang...emm kawin anis MIRA dia pun dah kawin dan sekarang
dia tengah pregnant anak kedua, anak dia yang first dah meninggal
sakit apa anis tak pasti.. yang NURUL pulak tunangan orang
tak lama lagi dia pun nak kawin jugak, tinggal anis sorang je la yang
belum kawin.,....hihihi

Wordless Wednesday


Sangat merindui NENEK :(

Bakat Terpendam

video

Bakat yang terpendam dari adik anis...hehehe
kakak anis selongkar telefon dia dan jumpa video ini..
cuba teka adik anis yang mana? hehehe...adik anis yang pakai
baju purple tu dan yang baju putih tu kawan dia.
AZIM n BABY 
Lawak la diorang ni.....nak tergelak pun ada..
Ni lagu BUDI - DOREMI

Nak tau orangnya dan lagunya macam mana...
Ni dia.....

video

Rasa2 korang best tak??

MimPi

Mimpi kata orang mainan tido tapi kadang2 macam betul..entah la nak
percaya boleh tak percaya pun boleh.
Dalam duk borak2 dengan kakak dan mak tiba2...
lagu love light - cn blue kedengaran dan anis pun angkat la

M.Ngah : Angah tengah buat apa?
Anis : Tak buat apa...napa?
M.Ngah : Hang ada mimpi Nenek tak?
Anis : Tak ada pun...napa?
M.Ngah : Ngah mimpi lagi nenek, dah banyak kali tapi napa hampa tak mimpi ek?
Anis : Mana nak tau, teringin jugak nak mimpi nenek tapi tak ada pun...Ngah mimpi apa pula kali ni?
M.Ngah : Ngah mimpi nenek mai kat ngah berseri2 ja..putih, cantik..lepas tu nenek kata tolong urut sat..ngah pun urut la, lepas tu nenek kata angah pulak tak ada nak suruh urut .
Anis : (menangis ) T_T

Anis dengar mak ngah cakap macam tu pun dah sebak ye la sebab
kalau nenek sakit anis la yang akan urut dengan kakak. Memang selama
anis jaga nenek anis sentiasa di sisi nenek. Tapi yang anis tak boleh lupa
sekali masa nenek tak boleh nak tidur kalau tidur mesti sakit kami buat
macam2 cara nak bagi nenek tidur tapi tak boleh jugak. Last2 nenek tertidur
sendiri tapi nenek tertidur atas lengan anis, sampai tangan kebas baru anis
kejut mak suruh letak nenek bagi baring betul2. Time tu nenek macam BABY.
T_T Ok la anis tak mau tulis lagi nanti jadi cerita sedih pulak...hohoho


Sangat2 merindui nenek SITI RAHMAH hanya doa yang dapat
ku titipkan buatmu dan Bantal Kesayanganmu menemaniku dikala
malam. Bantal ni memang nenek suka dan anis memang nak bantal ni jadi
diorang bagi la kat anis sebab anis jaga nenek.


AL-FATIHAH
Ok sekarang anis tak mau sedih2 dah....^_^

Tahniah...Tahniah....

Wahhh tak lama lagi anis nak dapat BABY baru...hehehe
Mak Ngah anis tengah menunggu hari je nak bersalin dan
kemungkinan dia dapat BABY BOY ...Yeahhh memang tak sabar
nak menanti ni...ambOi excited sungguh anis ni nak dapat BABY..Opps
baby Mak Ngah anis...

SecOnd news pulak, mak anis baru je bagi tahu yang
Mak Su anis sudah PREGNANT ....yeahhh lagi sOrang Baby
anis nak dapat..Mak Su anis ni baru kahwin tahun lepas, dia baru
dapat tahu...memang gembira la sebab baby first kan....Harap2
kandungannya tak ada apa2 masalah dan sihat2 belaka....


TengOk tu dalam mengandung2 dan tunggu masa je nak
melahirkan sempat lagi tau mandi air terjun...hihi
kata mak ngah kedua2 anaknya mandi air terjun jadi baby
baru pun harus la mandi sama.....


Ni dia Mak Su dan Pak Su anis bakal ibu dan ayah...

Itulah gunanya FACEBOOK

Tak kira jauh atau dekat semua boleh berkenalan, berkomunikasi,
boleh semua la...Sebelum ni anis tak tau pulak yang adik beradik anis
kat siam tu ada FACEBOOK hahaha ingat diorang ni kuno sangat ka...
tapi bila anis tanya tau tak pasal artis2 korea..emmm tak adO yang tau pun..
Tapi tak apa la kan bukan jadi masalah pun.
Yang sukanya anis ni sebab kalau nak tahu tentang family anis kat
sana senang je ONLINE FACEBOOK haaa kan senang....
Sekarang ni macam2 teknologi yang kita boleh guna untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan tapi anis nak ajak diorang buat SKYPE tapi
tak tahu pulak walhal senang je pun kan....


Namanya MUNIRAH a.k.a MAK SU
dia la orang 1st yang anis dapat tau dia ada fb, dia ni
boleh cakap melayu tapi kadang2 kalau nak chat dengan dia kat
fb memang susah sikit la sebab dia tak berapa faham dan tulis dalam
bahasa melayu. Kalau dia tulis siam mak yang akan tolong
translate...


Ni namanya LILI anak tok lang dia ada kembar


Ni la kembarnya...cuba teka dia yang mana satu??
haa mesti kOnpius kan??hehhe
yang kiri tu namanya LILA  dan yang kanan tu namanya LILI
LILA tu kakak dan LILI tu adik...
kalau dulu memang anis kOnpius la yang mana satu kakak
dan adik tapi bila dah besar ni dah dapat beza.
Anis pun baru dapat tau je yang diorang ni ada FB...


Ni namanya KAK CIK


Ni namanya NONGNA adik kepada LILI dan LILA


Ni namanya anis tak ingat tapi anis panggil MAK SU

Walaupun jauh beribu batu tapi dengan adanya FB atau apa
saja alat komunikasi pasti hubungan kekeluargaan tu akan
terus terjalin...Anis pun boleh tahu khabar berita mereka di sana.

Tahu Tak Rindu Ni !!!!??

video

Sapa2 nak belajar ABC ley la datang jumpa belajar dengan
dia.hehehe budak ni namanya FENDI berumur 7 tahun.
Dia ni masa anis balik THAILAND dia tak berapa nak cakap
sangat sebab dia ni pemalu, tapi bila dah lama2 tegur dan cakap dengan
dia mula la dia tunjuk perangai dia yang sebenar Banyak cakap,
suka buat lawak, manja.
Sampai nenek dia suruh dia berenti buat perangai macam tu sebab
kalau dengan orang lain tak pula dia buat perangai macam tu.
Anis ingat lagi masa anis nak balik penang, masa anis balik rupa2nya
dia MENANGIS hahaha kelakar pulak rasa yela bila anis pi sana
balik anis tanya dia tak mengaku tapi nenek dia yang bagi tau.

Rindu gila sama ini budak
Rindu mau peluk2
Rindu mau gurau2
Rindu mau tumbuk2

HArap2 dia belajar elok2 dan kalau ada kesempatan
anis nak sangat balik sana nak jumpa dengan adik beradik yang
lain.....Anis dekat sana ada ramai sangat TOK NEK kadang2 pening
jugak nak panggil yela sat gi panggil TOK NEK ni TOK NEK lain
pulak yang terasa..hihi

<3 ^_* <3 rindu sangat dekat semua orang


Cincin ni FENDI tikam dan dia bagi dekat anis dan kak
anis masih simpan lagi kenangan dengan dia.


Bersama TOK NEK DA , SYAFINA dan cucu tok nek
NABILA SOMSIDA KARASI


TOK NEK NGAH dan TOK NEK ( lupa nama) hehe



TOK NEK SU dan TOK NEK LANG



KAK PAH dan TOK NEK LANG

Sebenarnya ramai lagi TOK NEK anis tapi malas la nak uplOad
nanti orang jemu pulak nak tengok....huhuhu

SEKIAN...


Cha-lung, Satun, Thailand

Walaupun kesana dengan ' niat ' di hati untuk menjaga nenek yang tengah sakit tapi kami juga sempat keluar jalan2 sebab masa tu nenek tak sakit teruk.

Ni antara gambar2 yang anis boleh tunjukkan masa anis di sana


Ni dekat ( chebilang ) hari NAT 


ni masa balik kami naik COLAE


Tok ayah bawa pergi pantai *lupa nama pantai tu *


Bersama dengan Tok Su kesayangan.....


Peace ^_^


Dengan Tok Ndak yang kuat buat lawak sampai nak pecah perut


Dengan FENDI budak banyak cakap



sempat lagi pose atas keta ni 



CHA-LUNG jalan nak masuk rumah nenek



Ni mak bawak jalan2 kaki tengok kawasan lepak mak masa kecik

 





Naik kereta ni dengan malu, jakun dan mukaku SUNBURN banyak hari
jugak la ambik masa nak kembali ke warna asal. 2 la ' keperakan '
sangat nak naik kereta ni kan dah sunburn boleh pulak jadi
macam anis pakai cermin mata. Kawasan yang paling ketara dekat
belah mata, hidung dan pipi. Jenuh tempek kat muka timun, tomato
dan aloe vera semua ni mak yang tempekkan. 

Lepas baik penang baru mukaku kembali ke warna yang asal..
apa nak buat...hiihi tapi tu semua kenangan yang terindah..

Tiba2 teringat dan rindu pulak dekat arwah nenek


Al-Fatihah