Pengikut

Tentang Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ok entry anis kali ni pasal diri anis lebih kurang macam biodata la ini pun sebab atas permintaan beberapa orang blogger yang suruh anis tulis pasal anis...

Nama : Norsalwanis bt Abd Shukor
Umur : 21 Tahun
Nama Ayah : Abd Shukor bin Mohd Isa
Nama Ibu : Fatimah bt Zakaria
Tempat Tinggal : Penang
Tempat Lahir : Hospital Besar Kangar, Perlis
Warna Kegemaran : Pink, Hitam dan Coklat
Minuman Kegemaran : Jus Epal
Makanan Kegemaran : Masakan Thai, Laksa Thai dan Ketam
Nama Gelaran : Anis, Angah dan Kak chik
Cita - cita : Pegawai Pemasaran atau Pengurus Sumber Manusia
Hobi : Berblogger, Tengok Tv, Dengar Lagu dan Berinternet
Artis Yang Diminati : Dato Siti Nurhaliza dan Artis - artis Korea
Lagu Yang Diminati : Pop Rock, Slow Rock dan Lagu - lagu Korea
Harapan : Ingin menjadi seorang yang berjaya didalam hidup disamping ingin membahagiakan keluarga.

Ini sedikit sebanyak yang dapat anis kongsikan bersama dengan anda.

Tentang Anis :

* Seorang yang sensitif
* Seorang happy go lucky
* seorang yang cepat merajuk
* Love Family dan Friends
* Suka berkongsi Cerita
* Kadang2 seorang yang tak dengar cakap
* Seorang yang keras kepala
* Sukakan makanan yang pedas2
* Gila shopping ( terutama kasut dan baju )
* Masih Single ( hehehe tengah mencari )
* Suka sangat dengan warna pink
* Suka korea ( sebab pengaruh kawan)
* Sukar tidur malam
* Suka ketawa

P/S diharap berpuas hati ye....
~ Pinkystorymory ~

Kerana Buah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Macam pelik je tajuk entry anis kali kali ni..asal dengan buah tu....
Sebenarnya semalam kan Tok Ayah dan Mak Tok datang rumah lepas tu diorang bawak la buah laici, limau dan pelam konen. Lepas diorang sampai kat rumah je mak terus ambik buah pelam konen, kupas dan anis ape lagi kalau buah pelam memang tak boleh tunggu lama mesti nak makan punye....Anis pun makan je la macam biasa, lepas tu Mak Tok tegur yang anis tak boleh makan buah pelam konen tu sebab anis tak baik sepenuhnya lagi.

Dalam setengah jam macam tu terus badan anis rasa gatal2 dan Mak Tok kata la tu la makan lagi buah pelam tu kan dah gatal2..Adoii memang tak tahan gatal la, nak dekat satu jam jugak la anis duk tergaru2 sebab gatal. Buah laici anis tak berani nak makan sebab Tok kata tak ley makan takut nanti jadi pape lak sebab dalaman anis  tak baik lagi. Cuma buah limau je anis boleh makan...terpaksa......

~ Pinkystorymory ~

Tunggu Kedatangan Orang Jauh..

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni anis gembira sangat sebab orang jauh akan datang..nak tahu x sape orang jauh 2?? yang anis maksudkan ialah Tok Ayah dan Mak Tok anis yang duduk kat perlis lagipun dah lama anis tak jumpa diorang. Jadi nanti diorang nak datang , anis tak sabar nak jumpa..RINDU........


~ Pinkystorymory ~


Anis Merajuk ! !

Assalamualaikum dan salam sejahtera


1.45 a.m

Mak : Lapar la nak makan nasi...
Kak : Nasi ada sikit ja tapi lauk xda
Mak : Goreng telur da la..
Anis : nak jugak....tapi telur xley makan...buat la nasi goreng
Kak : Malas aku hang buat la sendiri
Anis : (diam maknanya merajuk)

Boleh pulak pagi2 buta lapar nasi...huhu...tapi macam mana pun kakak buat jugak nasi goreng untuk anis, kakak buat nasi goreng kunyit ayam kesukaan anis tu pun mak yang ajar buat. Anis memang kalau anis nak tapi tak buat memang anis akan merajuk, anis merajuk bukannya suka2 atau saja2 tapi dah semulajadi memang anis macam tu anis tak tahu nak hindar macam mana.

2.15 a.m

Nasi goreng siap dimasak oleh kakak

Mak : angah mai makan, along da siap masak nasi goreng
Anis : (diam) walaupun nak makan
Kak : mai la makan cepat
Anis : pura2 nak g tandas...hehehe
Kak : mai la makan sedap ooo aku buat
Mak : p la makan along buat nasi goreng kunyit tu...

Kakak siap hidang atas meja lagi cuma tunggu anis nak makan je..hehehhe...kira baik la hati kakak sebab dalam tak mahu masak tapi masak jugak...anis makan sikit je pun sebab mengidam nak makan....hahaha

P/S sekarang ni anis kuat makan pulak...adoiii

~ Pinkystorymory ~

Akademi Fantasia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Malam ni menyaksikan konsert akademi fantasia ke 9 minggu ke 8. Siapakah yang akan tersingkir dan siapakah yang akan terselamat. Mereka juga sedang berlumba siapakah yang akan mendapat imuniti yang mana peserta yang dapat imuniti tu akan terus membuat persembahan di final tanpa minggu ke 9. Jadi anis rasakan yang akan dapat imuniti tu antara hazama, fina ataupun azri tapi kena tengok jugak persembahan mereka pada malam ni.

Sayangnya yang AF 9 ni ialah yang terakhir sebab disinilah platform mereka untuk tunjukkan bakat mereka yang terpendam. Anis memang mengikuti AF dari musim pertama hingga ke sembilan ni walaupun musim yang ke sembilan ni agak kurang menyerlah tapi di akhir2 ni mereka menunjukkan persembahan yang mantap sekali.


P/S tak sabar nak tengok konsert malam ni.

~ Pinkystorymory ~

Dia

Dia,
tak suka tapi terpaksa untuk terima
Dia,
terluka tapi tidak dapat ditunjukkan
Dia,
mengapa terjadi sebegini dikala ku tidak memikirkan
Dia,
sesuatu yang tidak dirancang terjadi dan terpaksa menerima
Dia,
menjadikan ia sebagai sesuatu yang berharga dan dihargai
Dia,
bukan seperti yang diharapkan dan tidak seperti yang diperkatakan




Kenangan Terakhir Bersamamu


Eh2 muat2 je anis dalam almari ni..hehe
kredit 2 NURUL HUSNA
gambar ni time dah cuti last sem gambar sebelum nak balik
penang sempat lagi suruh dia tangkap
walaupun mula2 dia malas nak tangkap sebab anis
ni pantang semua nak tangkap.
Time ni jugak la anis mula2 kena demam CAMPAK !!!
memang hampeh la kan sebab sampai sekarang tak baik2 lagi.


ayu
kenangan bersama ayu dari sem 1 sampai sem 6
memang memberikan banyak kenangan manis dan pahit.

ayang
diantara mereka ayang adalah orang yang anis rapat
dan kalau ada pape mesti ayang yang akan tolong.

syifa
dulu kita tak rapat tapi semakin hari kita semakin
rapat dan anis selesa berkawan dengan syifa.

yah
yah juga orang yang anis tak berapa rapat tapi anis
cuba untuk rapat dan mengenali yah dengan lebih rapat.

along
orang pertama yang anis kenal dekat kolej 
dan kita juga satu kelas dan walaupun dulu tak berapa
rapat sangat tapi sekarang kita sudah rapat dan berkongsi
macam2 cerita.

husna
orang pertama yang anis kenal dan jumpa, kita memang selalu
bergurau dan sering gaduh2 manja.

aina
aina ko adalah orang yang anis paling rapat
dan kalau ade pape mesti kita berdua, banyak kenangan
kita bersama.

ika
kita mula kenal mase sem 3, walaupun lambat kita
kenal tapi kita tetap rapat dan sering bersama.

kawan2 ku walaupun kita jauh korang semua tetap
anis ingati dan rindui selalu. Janganlah kita melupakan satu sama lain
biarlah kita jadi seperti dulu dan sering bertukar2 cerita,
berkongsi masalah dan sekarang masing2 membawa
haluan sendiri tapi itu tak akan menjadi penghalang
untuk kita melupakan satu sama lain.

~ pinkystorymory ~

Anak Saudara yang Buas dan Nakal

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama sungguh anis tak update blog ni disebabkan beberapa masalah yang dialami jadi hari ni dapatlah anis update entry baru. Anis nak cerita pasal anak2 saudara anis yang sememangnya nakal dan buas penat anis nak melayan karenah mereka. Mak ngah hari2 datang umah mak sebab umah mak mertua dia dekat dengan umah mak jadi memang mak ngah selalu datang lah. Tambahan pula anak2 dia yang comey2 dan anis suka main dengan diorang sampai penat jadi tak lah anis bosan duk dekat rumah sorang2.






Aimman Harith dan Nur Kasih

Kalau tak de diorang ni memang sunyi la diorang ni menceriakan hari2 kami semua, walaupun anis dengan budak2 tak berapa nak masuk tapi dengan diorang ni anis boleh layan. Geram kat diorang sebab buas.

~ Pinkystorymory ~

Bosan...bosan...bosan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anis tak tahu nak buat ape dah ni
duk kat rumah bosan tak tahu nak buat ape..
Dah la demam ni susah nak baik
jadi nak buat ape pun tak boleh kena duk kat dalam uma je
Kawan2 yang lain semua dah apply keje dan
ade yang da dapat.
Tapi anis ni masih tak boleh buat ape2..
Anis nak ucapkan selamat menjadi cikgu kepada
kawan2 anis yang sekarang ni tengah praktikal
jadilah cikgu yang baik ye...hehehe
Ape yang anis nak buat untuk hilangkan bosan ni..

P/S bila nak sembuh...

~ Pinkystorymory ~

Jiwang ke Anis ni??

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ramai kawan2 anis kata yang anis ni seorang yang jiwang
betul ke??hehee
Tapi anis rasa anis ni tak lah jiwang sangat
kalau jiwang pun sebab anis suka dengar lagu yang jiwang2
2 kot yang menyebabkan mereka kata anis ni jiwang...huhu
Lagipun anis tak pandai nak romantik2 ni sebab
anis jenis yang biasa2 je..
Kadang2 mungkin orang akan cepat bosan kalau 
kawan dengan anis yela anis tak pandai nak 
berjiwang2 bila berkawan dengan orang.
Tapi kalau bab dengar lagu2 jiwang ni memang anis suka la...
hehehehe


:: LOL ::
suka bila dengar lagu yang menusuk kalbu ^_*

~ Pinkystorymory ~

DoA PeRpiSaHaN

video

khas buatmu temanku yang sentiasa ku rindui selalu
semoga persahabatan kita berkekalan

SAY : rindu dekat korang LOL

~ Pinkystorymory ~

Apa yang perlu dibuat???

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ape yang perlu dibuat jika seorang lelaki tu asyik cakap pasal kawin je
adakah dia serius atau saja2 nak tengok penerimaan kita macam mana.
Konfius la....anis dah kawan lama dengan dia tapi tak kan dia tak faham
yang anis anggap dia sebagai kawan saja dan tak lebih dari tu.
Tapi si dia buat tak kisah dan tak heran kerana si dia asyik cakap nak masuk meminang je.
Apa yang perlu anis buat untuk menolak permintaan si dia dengan elok??
Anis pun tak nak lah si dia kecewa dan anis nak si dia menerima dengan hati yang terbuka
tanpa ada sebarang masalah. Lagipun anis belum bersedia tambahan anis masih muda lagi nak fikir tentang semua ini dan ini bukan masanya lagi untuk anis memikirkan perkara ini.

~ Pinkystorymory ~

Adakah Semua Itu Cinta??

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cinta...sukar ditafsirkan
Datang dikala tidak kuperlukan
Pergi tika hati dilukai
Adakah semua itu cinta..??

Cinta..
Yang sejati memekarkan jiwa
Yang setia menguntum jiwa
Membuat hidup sempurna
Kadang membawa lara derita
Adakah semua itu cinta..??

Cinta...
Kadang bertambah dengan satu kelebihan 
Kadang kurang dengan satu kesilapan
Adakah semua itu cinta..??


~ Pinkystorymory ~

Dapat Makan Ikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seronok sangat hari ini sebab dapat makan ikan masak sambal tumis
yela sebab dah lama kena berpantang hari ni baru dapat makan.
Tu pun mak kata kalau badan rasa gatal2 lepas ni tak boleh makan dah
sebab tak baik lagi. Walaupun anis da jugak rasa gatal2 tapi sebab tak nak makan
sup ayam hari2 anis terpaksa la tanggung...hehehhe
Tapi semalam time mak goreng telur kat adik badan2 anis da rasa gatal,
anis pun tak tahu kenapa tapi mak kata kat rumah ni tak boleh nak masak yang goreng2
sebab anis tak baik lagi. Kalau anis duk gatal2 lagi maknanya mak tak boleh nak
masak benda yang goreng2 sebab nanti anis yang sakit.
Sekarang badan anis da terasa gatal2 da jadi japgi konfem tak boleh nak makan ikan
kena la makan sup ayam balik...waaaa tak suka...

P/S  nak baik cepat jadi kena la berpantang.

~ Pinkystorymory ~

:: Betul @ tidak anis ni ::

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kau bukan yang kuinginkan
Kau sudah tidak kupeduli
Kau bukan untukku
Kau hanyalah tempatku mengadu
Kau hanyalah sebagai tempat persinggahan
Kau hanyalah manusia biasa
Kau hanya ingin mempermainkan perasaanku

Mengapa harus ini yang terjadi
Mengapa ini yang perlu ku tempuhi
Mengapa semua ini berlalu dengan begitu pantas
Mengapa semua ini tidak dirancang
Mengapa kita harus berpisah

Jiwa kacau
Jiwa keliru
Jiwa memberontak
Jiwa bersedih
Jiwa merana
Jiwa terseksa
Jiwa terluka

Hati merintih
Hati menginginkanmu
Hati merinduimu
Hati menyayangimu
Hati bergembira
Hati berduka
Hati berkelana

Tak perlu ucap selamat tinggal
Tak perlu menagih kasih
Tak perlu bersandiwara
Tak perlu berpura-pura
Tap perlu kembali
Tak perlu berlakon

Satu saat
Satu hari
Satu titik
Satu jam
Satu minggu
Satu kilo
Satu minit
Satu meter

Tiada apa yang perlu difikirkan lagi
Tiada apa yang perlu ditangiskan lagi
Tiada apa yang tinggal untukmu
Tiada apa yang perlu ditakuti
Tiada apa yang perlu kau jelaskan lagi
Tiada apa yang perlu kau sangsikan lagi
Tiada apa lagi yang ku harapkan darimu
Tiada kata secantik bahasa

Janganlah kau datang lagi kepadaku
Janganlah kau mengharapkan ku lagi
Janganlah kau mencariku lagi
Janganlah kau menantikanku lagi
Janganlah kau membohongiku lagi
Janganlah kau menyakiti hatiku lagi
Janganlah kau suarakan hasrat palsumu itu

Kenapa dengan anis hari ini...semuanya tak betul...huhuhu
ayat2 yang anis buat semua merepek2...
entah pape je anis buat entry kali ni...
Korang boleh faham ke maksud yang anis ingin sampaikan ni???

Pinkystorymory ~

Ooh adikku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam adikku jatuh motor dengan kawan dye, adik yang bawak motor 2. Dye yang luka teruk abis siku, lutut dan kaki dye luka. Tengok dye jalan pun teruk dah sebab dye sakit, dah sapu ubat tapi dye tak boleh tido sebab   sakit. Anis ingatkan anis sorang je yang sakit rupa2nya tambah lagi sorang yang sakit.huhu
Dye jatuh motor pun sebab pak ngah suruh dye pergi kedai beli ubat tapi macam mana tah adik kata motor tayar pancit masa dye nak corner jadi kawan dye jatuh dulu lepas 2 tertendang motor 2 yang adik pun jatuh sekali kalau tak adik tak jatuh. Tapi benda dah jadi nak buat macam mana selamat motor pak ngah tak teruk cuma spring je yang patah kot. Nak bawak pegi klinik tak nak, nak sapu ubat je 2 la bile dah penakut nak pegi klinik macam 2 la.huhu

: : Adik kita sama2 la sakit ye tapi dalam sakit2 pun adik masih jaga makan anis lagi.hee


~ Pinkystorymory ~

Maharaja Lawak ! !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak cerita pasal maharaja lawak.
Sape tengok maharaja lawak semalam sila angkat jari /0/
kalau korang perasan makin hari lawak Nabil dah tak best dan kelakar
tengok la semalam bile name dye 3 terendah.
Lagi satu anis geram la tengok perangai dye macam terhegeh2 dan tergedik2
kalau tersingkir baru tahu. Kalau boleh Nabil tu ubah la perangai sikit, ni tak
perangai dye tu menyakitkan hati betul !!


tak suka nabil minggu depan harap dye terkeluar.

Anis suka sangat dengan persembahan kumpulan sepah, jozan dan jambu
macam diorang yang akan ke final je. Sebab setiap minggu persembahan mereka
sangat menghiburkan anis dan family tengok pun tergelak2 tengok cara
diorang memang lawak habis la.
Pada pendapat anis yang akan menang tempat pertama ialah :


No 1


No 2


No 3

Tapi ini sekadar pendapat anis saje sebab anis tengok berdasarkan'persembahan yang mereka tunjukkan.

Anda rasa macam mana??

~ Pinkystorymory ~

Baiknya Adikku...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anis nak ucapkan terima kasih pada adik
sebab dalam minggu ni dye yang banyak jaga anis.
Disebabkan mak keja pagi minggu ni jadi adik la yang ambik
tugas mak jaga anis.hihihi..
Dye la yang tolong sediakan anis makanan, kalau anis nak 
pape dye yang tolong ambikkan.
Agaknya dye dalam mood yang baik nak jaga anis
selalunya dye yang susah kalau nak mintak2 tolong ni
mungkin anis sakit tu yang dye jaga.hihi
Tapi lepas mak balik keja baru dye kuar sebab dye tak nak
biar anis duduk sorang sebab nanti kalau anis nak pape
susah pulak kalau dye tak de.
Anis dengan adik ni selalu gaduh2 jugak tapi macam mana tah
boleh pulak baik2 dengan anis.
Biasalah adik beradik kalau gaduh2 tu normal la kan.
Pape pun anis nak berterima kasih kat dye sebab sudi jaga 
anis walaupun anis belum lagi baik sepenuhnya
masih lagi perlukan pertolongan dye.

~ pinkystorymory ~

! ! Demam Campak ! !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasanya sudah lama anis tak update blog.. Anis sebenarnya sudah seminggu kena demam campak.
Demam ni memang teruk la anis kena sampaikan nak jalan susah, nak bangun susah, nak mandi susah, nak tido susah, nak makan susah dan semua la susah sebab habis satu badan anis kena. Anis kena sehari sebelum balik penang time tu anis last paper dan time tu memang dah rasa demam da sikit2 tapi tak teruk la. Paper anis tu pagi jadi habis je jawab paper tengahari anis dah gerak ke seremban naik bas pukul 3.30. Dalam perjalanan balik tu memang sejuk giler bas yang anis naik tu + bawak slow, anis memang nak beku dah kat dalam bas tu sampai ketar2 dah, anis sampai penang dalam pukul 11 macam tu.

Sampai je kat rumah anis dah memang tak larat dengan demam dah teruk memang anis tak boleh nak buat apa dah sebab memang tak larat giler. Tambahan pula dengan demam campak memang anis tak bertenaga langsung mujur la anis balik awal dan kira anis demam pun dekat rumah dan senang la sebab mak ada yang jaga. Malam tu juga anis tak boleh tido sebab sakit, memang anis nangis sampai mak pun tak boleh nak buat apa sebab anis dah teruk sangat tapi berhari2 juga la anis nangis sebab sakit. Kawan2 mak jugak ada cakap yang demam ni tak boleh makan ubat dan tak perlu pegi klinik jadi anis kena lawan sendiri la.

Memang anis kena berpantang giler2, dah la hari2 makan sup ayam dan air kelapa makanan lain dah memang tak boleh makan yela nanti silap makan anis yang sakit dan nanti bintik2 tu jadi parut. Mula2 tu memang la mak yang suap makan, tolong mandikan, angkatkan anis sebab anis memang tak boleh nak bangun sendiri. Semua anis kena bergantung dekat mak sampaikan mak kena ambik cuti 2 hari sebab nak jaga anis tapi sekarang anis dah boleh bangun sendiri, makan sendiri jadi mak pun dah tak perlu risau.

Boring giler anis sebab tak boleh nak buat apa selain tengok tv, hari ni baru anis online sebab dah tak tahu nak buat apa dah. Nak keluar rumah pun dah tak boleh, jadi kena duduk kat dalam rumah la sampai campak ni baik. Mudah-mudahan anis cepat sembuh dan mintak2 la tak de parut ye..hihihihi

P/S thanks to mak sebab susah payah jaga anis sampai anis sembuh
kredit to ayah juga sebab ulang alik dari rumah datang tengok anis.

Khas Buat Kamu

Jangan diucap selamat tinggal..
Nurul Aainaa Syahirah Bt Zamri
Nurul Husna Bt Abdul Karim


Kawan, kita pernah bersama dahulu,
Bersama membuat kenangan,
Bersama membina impian,
Bersama menempuh cabaran..
Kawan, kita tak pernah menyakiti hati sesiapa,
Kau dan aku gembira bersama,
kau dan aku sentiasa bersama,
kau dan aku saling memerlukan,
Tiada siapa boleh menghalang kita,
Sesungguhnya, kita di takdirkan untuk berjumpa..
Bersahabat.. dan berkongsi cerita, berkongsi rasa
Kerana kau adalah kawan yang tak mungkin ku lupa
dan sukar untuk dilupakan..
Kawan..Maafkan aku jika ada salahku..
Maafkan aku kerana seakan mengabaikan mu..
Mungkin silapku yang tidak kuduga..
Bukan salahmu, bukan silapmu..
Lalu maafkan aku..
Semoga kau akan beroleh kejayaan..
Di setiap persinggahan mu!
Selamat berjuang aku ucapkan kepadamu,


Kepadamu,
terima kasih kerana sudi menerimaku sebagai temanmu
terima kasih kerana memberiku sinar kebahagiaan
terima kasih kerana sudi menghiburkanku dikala ku kesedihan
kini masanya sudah tiba,
selamat tinggal kawanku,
tak mudah untuk aku melupakan,
bila wajahmu sering terbayang difikiran,
hanya kamu yang aku kasihi,
selamat tinggal kawanku,
tak mudah untuk aku pergi,
meninggalkanmu dan berjauhan darimu.

Selamat Tinggal Uniti dan Kawan2

Pilu rasa hati bagai tak nak berpisah dengan kawan2
debaran perpisahan semakin terasa..
kenapa airmata ini tak berenti mengalir....
tambahan pula bila dengar lagu2 sahabat dan yang paling penting lagu
doa perpisahan lagu tu da menjadi lagu wajib kitorang dengar time nak
cuti sem tapi sekarang cuti untuk selama2nya..
Entah bila kita akan dapat bertemu kembali..
BOLEH TAK KALAU TAK NAK BERPISAH DENGAN KORANG?????
anis harap esok anis tabah menghadapinya perkenalan selama 3 tahun
memberikan anis pengalaman sebab inilah yang anis rasakan sebagai
persahabatan yang sejati..
pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama..
semoga kita tabah menghadapi perpisahan..
kenangku di dalam doamu..
semoga tuhan memberkatimu..
seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika
namun di dalam hati dirimu ku terkenang jua
engkaulah permata di dalam genggaman tidak kusedari..



pegang erat tangan kita terakhir kalinya hapus airmata
meski kitakan terpisah
selamat jalan teman tetaplah berjuang semoga kita
bertemu kembali..
sebiru hari ini

P/S aina, una, ayu, ayang, syifa, along, ika, yah semoga persahabatan kita berkekalan.

Kau, Dia dan Kamu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aina dan Husna korang berdua kawan yang paling aku sayang
Aina dan Husna korang berdua sentiasa bersama dengan aku
Aina dan Husna korang berdua sentiasa ada bila aku perlukan
Aina dan Husna korang berdua orang yang paling aku rapat


Ingat walau apapun yang terjadi janganlah kita melupakan satu sama lain ye?
Sentiasalah kita berhubung ye?

Lepas ni da tak ley nak manja2 dengan korang
Lepas ni dah tak boleh gaduh2 manja dengan korang
Lepas ni dah tak boleh dengar bebelan korang
Lepas ni dah tak boleh nak lawan2 cakap
Lepas ni dah tak tido sekatil dengan aina dah
Lepas ni tak ley kutuk2 Husna dah
Lepas ni tak boleh bising2 dah
Banyak sangat kenangan kita bersama



Anis Xde Perasaan ! ! !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semakin hari semakin hilang perasaan anis terhadapnya..
biarpun masa sudah suntuk tapi anis harus menerima kenyataan bahawa
lepas ni kami takkan berjumpa lagi.
Anis terimanya dengan hati yang terbuka biarlah ia berakhir begitu sahaja
dan anis tak mahu memikirkannya dah !!


Sok hari terakhir anis di kolej ni dan hari terakhir anis bersama kawan2
esok lepas jawab exam last paper anis terus balik penang.
Semoga esok anis tabah menghadapinya, rasa macam tak sanggup nak berpisah dengan
korang semua. Biarpun mula2 kita tidak kenal satu sama lain tapi sekarang
kita sudah menjadi seperti satu family.
Pasti anis akan merindui saat2 kita bersama


Ingatlah segala kenangan kita bersama dan janganlah kita melupakan satu sama lain
semoga persahabatan kita akan berkekalan.

Mood : SEDIH ! !

Gambar Kenangan Bersama Dengan Kamu Semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni anis taknak tulis entry sebab anis nak tunjuk gambar2 anis bersama kawan2
disaat susah senang bersama. Tengok la ye

Bersama dengan kawan sebilik







Bersama dengan kawan serumah







Sedihnya bila tengok gambar2 ni semua
Kenangan yang kita ciptakan bersama.

Sayang Korang Ketat2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Macam mana nak buat?
Apa yang akan terjadi?
Boleh terima atau tak?
Sedih ke tidak?
Bila akan berakhir?
Tekanan..tekanan..tekanan..

Aisshhh ape la yang anis mengarut ni...
tetiba je terfikir macam mana la anis akan menghadapi
hari tersebut..emm hari ape tu anis??
sebenarnya hari perpisahan anis dan kawan2..
ahhh sedihnye bila ingat..
hari khamis ni hari terakhir anis dengan
diorang semua terutama dengan budak bilik
B - 03 - 09

koranglah kawan yang paling anis sayang,
koranglah yang memberi anis semangat,
koranglah yang selalu ada disisi anis,
koranglah kawan terbaik yang penah anis jumpa,
koranglah yang mengajar anis erti persahabatan,
koranglah yang selalu buat anis ketawa,
koranglah tempat anis perlukan bila sedih,
koranglah yang sudi menerima anis sebagai kawan korang,

Anis bersyukur sangat sebab korang ditakdirkan menjadi kawan anis
Anis happy sangat dapat kawan dengan korang
Anis happy sangat dapat kenal dengan korang
Anis happy sangat sebab kita menjadi kawan
Anis happy sangat sebab kita sentiasa bersama
Anis happy sangat dapat bergelak ketawa bersama
Anis happy sangat korang sentiasa menceriakan suasana


Bila lagi kan kita dapat berkumpul bersama2
Bila lagi kita nak kuar bersama2
Bila lagi kita akan makan bersama2
Bila lagi kita nak berkongsi cerita bersama2
Bila lagi kita boleh masak bersama2
Bila lagi dapat bermanja bersama2

Adoiii...rasa kejap je 3 tahun ni
dulu nak sangat abis cepat tapi sekarang
bila da nak abis menjadi masalah pulak tak nak
berpisah...
Janji ye kawan2 yang kita takkan melupakan satu sama lain
Janji tau yang nanti kita akan berjumpa lagi
Janji tau??? janji tau???
SAYANG KORANG KETAT2




Ika, Una, Anis dan Aina

P/S  Kenangan terindah dapat mengenali korang semua..
T_T rasa taknak berpisah dengan korang
tambahan pula dengan Aina teman SEKATIL dan
budak sebilik anis Una dan Ika...waaa :(
Jaga Diri Masing2 ye...
Ingat Daku Dalam DoaMu.. ^_*

~~ Menyentuh Hati ~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera





Ayang,
Terima kasih sebab tulis surat ni untuk anis, anis pun tak tahu
masa bila ayang tulis surat ni dalam diam2 pulak tu. Anis terharu
sangat bila membaca, rasa sebak sangat sebab ayang tulis macam tu.
Insyaallah anis takkan lupakan ayang mahupun ayu
korang anis sudah anggap macam satu family sebab susah senang kita
bersama. Sekarang kita hanya menunggu detik perpisahan yang berapa 
hari saja lagi lepas ni tak tahu bila pula nak boleh jumpa
sebab korang kan jauh. Tapi kalau ada peluang kita tetap akan
berjumpa. Ayang jangan sedih ye setiap pertemuan
pasti akan ada perpisahan. 3 tahun kita menjalinkan ukhwah
persahabatan anis harap ayang takkan sia2kan perhubungan kita
ni ye. Terima kasih banyak2 sebab sudi terima
anis sebagai kawan ayang. Anis nak mintak maaf kalau 
anis ada sakitkan hati, terlepas cakap, terkutuk @ termengata, 
terambil barang tanpa sengaja @ sengaja dan halalkan segala 
makan minum anis ye.
Salam sayang buat Ayang.

Doakan Kesejahteraan Abah ! ! !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari tu anis telefon abah dan anis dengar yang abah batuk2
tapi bila anis tanya abah sihat atau tak abah kata sihat tak da
apa dan anis kata betul ke ni jangan nak tipu2...abah kata betul la
dan siap makan ubat lagi, anis pun macam tak yakin tapi anis 
tak kata apa la dekat abah. Lepas tu anis telefon mak pulak
dan mak bagi tahu yang abah tak berapa sihat. Anis risau sangat 
dengan kesihatan abah sebab abah tak da sapa yang nak jaga
hanya anis sorang je yang boleh jaga abah. Baru2 ni abah telefon
tanya bila abis exam anis kata la 12/5 lepas tu abah kata la 
nanti terus balik la tak payah la balik lambat. Anis ingat nak balik
lambat sikit sebab hari sabtu 14/5 ada event untuk budak2
kelas anis dan anis da bayar duit da pun tapi abah
kata tak payah join la terus balik. Takkan la anis kata 
taknak balik pulak anis risau dengan abah jadi anis mesti kena
balik jugak dan anis mintak maaf sangat2 dekat kawan terutama 
dekat ALONG dan HUSNA sebab tak dapat nak join
event tu sebab kita yang susah payah uruskan tiba2
anis tak dapat nak join pulak. Maaf la tapi korang
jangan risau nanti kita jumpa dekat penang ye
hang out sama2.


P/S tak semestinya anis tak da event tu tak meriah
kan..anis nak korang ciptakan kenangan
yang terindah walaupun anis tak ada sekali.....


Happy Mother Day

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Dikesempatan ini anis ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada mak
anis. Anis mintak maaf sebab tak dapat nak sambut hari ibu dengan
mak sebab anis jauh. Tapi tak pe akak dengan adik mesti sambut
kan..sedeynye anis xda sekali. Mak adalah mak yang terbaik buat anis biarpun
mak tiada disisi kami, melihat kami membesar, masak untuk kami,
tahu kegemaran kami tapi sekarang kami sudah ada semua
itu, kami sudah rapat dengan mak walaupun baru 3 tahun.
Anis sudah dapat terima semua hakikat kerana mak dengan abah tiada
jodoh lagi dan mak tetap bersabar melayan perangai dan tingkah laku
kami. Selamat hari ibu anis sayang mak sangat2..


Anis nak ucapkan selamat hari jadi jugak dekat mak pada 12/5 ni
besday mak kali ni anis dapat join sebab anis last paper 
dan anis terus balik penang..
Nantikan kepulangan anis ye mak..
a lot of love untuk mak..muaaahhhh

Khas Buat Sahabatku Nurul Husna

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nurul Husna Binti Abdul Karim
Hang adalah orang pertama yang aku kenal masa aku mula2
masuk Kolej. Walaupun 1st time jumpa kita tak banyak cakap dan nak
cakap pun masih malu2, tapi itu tak menjadi halangan untuk kita menjadi kawan
baik kan? aku gembira sebab kita telah dipertemukan di sini walaupun kita satu negeri
tapi disini baru kita berjumpa dan kenal. 
Hang ingat lagi tak masa kita mula2 kenal time aku masuk umah dekat ixora
time tu hang dengan Syu tengah basuh rumah aku sampai dan kita bersalam2
terus aku balik dan hari ahad tu baru aku masuk rumah dan dekat situ kita 
baru berkenalan. Bila di ingat balik detik2 pertemuan kita dulu
memang nak tergelak la..hahahaha
Dekat rumah tu aina dan syu 1 kos, aku Dpp dan hang kos Dbs. Tapi disebabkan aku 
hang tukar kos sama dengan aku..hehehe..aku terharu sangat sebab aku da geng pi kolej,
study sekali. Dulu masa kita mula2 kenal perangai hang pelik sikit..haha tapi aku tak kisah pun sebab sekarang pun perangai macam hang memang macam tu tak berubah.
Hang banyak bagi nasihat, kutukan dan kata2 semangat dekat aku. Bila aku sedih hang 
pinjam bahu hang dekat aku, bila aku marah hang coolkan aku, bila
aku ketawa hang pun ketawa sekali dan kita ni banyak suka merepek2
aku suka kata dekat hang macam2 sampai kadang2 kita bertekak mulut..hihi
tapi tu semua untuk mengeratkan lagi hubungan kita. Aku suka mengusik hang
tambah bila cakap2 pasal azmi mesti hang malu2..hahahha Hang tu asyik 24 jam
mesej dengan azmi sampai hang tak hiraukan aku disisi hang.
(jangan marah ye nanti kene kawin dengan azmi..hahaha
Dulu aku ingat hang jenis tak banyak cakap dan pendiam tapi rupa2nya hang
pun jenis cakap banyak dan pandai buat lawak2 ni..Kadang2 hang suka kenakan aku
tapi selalunya hang yang kena dengan aku sebab aku kan jahat dalam bab2 kenakan
hang....hihi..Kalau hang sakit sapa yang tolong hang..aku jugak kan..hehe
kalau hang tak ada aku rasa bosan jugak sebab rindu nak gurau2 dengan hang, kongsi masalah sama2,
duk tengok budak laki main bola tampar sama2 yela sebab azmi ada kan dan kadang2
mandi pun sama2..oppsss heehe..





ingat tak ni adiah yang aku bagi dekat hang tahun lepas hang simpan lagi kan..
sayang dekat hang..Mesti nanti hang akan rindu aku kan? aku suka kata dekat
hang 'Una Gila', 'Una Mereng', 'Una Tak Betul' dan bla..bla..bla....hehehe
tapi hang pun melayan je karenah aku kan..aku suka sangat kawan dengan
hang. Hang banyak tolong aku dalam pelajaran sebab aku kan lemah sikit dalam
bab2 ni...hiihi

P/S  Nurul Husna a.k.a Una Popeye terima kasih sebab sudi terima aku
sebagai kawan hang. Nanti bila kita da abis ni hang jangan lupakan aku 
ye sebab aku tak kan lupakan hang. Sedih sangat kita da nak abis dan bila lagi la
dapat jumpa walaupun kita dekat.
Salam Sayang Untuk Una..^_* Muahhhh <3