Apakah maksud rabun mata?
Cahaya melalui kornea (bahagian lutsinar di mata) dan lensa sebelum jatuh ke atas retina (retina ialah lapisan yang melitupi bahagian belakang mata dan mengandungi urat saraf). Mata perlu membiaskan cahaya supaya imej yang jelas dapat difokuskan ke atas retina. Rabun mata bermaksud mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur.
Jenisjenis rabun mata
1. Rabun dekat(myopia)
Ini adalah penyakit rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja dan boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun dekat memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya. Rabun dekat biasanya dapat dikesan ketika kanak-kanak memulakan alam persekolahan, seawal-awalnya ketika berumur 6 tahun. Pada umur remaja (ketika tubuh badan membesar dengan cepat), rabun dekat mungkin akan menjadi lebih serius. Bagaimanapun kadar kerabunan ini akan menjadi lebih stabil pada umur 20-40 tahun.
2. Rabun jauh(hyperopia)
Ini terjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung atau bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya bertumpu ke bahagian belakang retina. Bayi dan kanakkanak kecil lebih cenderung untuk rabun jauh. Keadaan ini akan menjadi lebih baik apabila mata semakin membesar dan menjadi lebih panjang.
3. Astigmatism
Ini terjadi apabila bentuk kornea tidak sekata dan membiaskan cahaya ke arah yang berlainan. Ia boleh wujud bersama penyakit rabun mata yang lain.
Tanda - tanda rabun mata
Rabun dekat(myopia)
• Objek dekat boleh dilihat dengan jelas tetapi objek jauh menjadi kabur
• Kanak-kanak mungkin akan mengecilkan mata apabila cuba melihat objek yang jauh
• Kanak-kanak sekolah tidak dapat melihat papan hitam dengan jelas
• Kanak-kanak mungkin meletakkan buku dekat ke muka ketika membaca
Rabun jauh(hyperopia)
• Objek dekat menjadi kabur tetapi objek jauh boleh dilihat dengan jelas
• Kanak-kanak mengalami masalah ketika membaca atau menulis
• Kanak-kanak mungkin akan mengadu mata menjadi penat setelah membaca selama
beberapa jam
• Kanak-kanak dengan rabun jauh juga boleh juling
Astigmatism
• Objek dekat dan jauh kelihatan tidak sempurna dan kabur.
• Kanak-kanak akan mengadu mata menjadi penat dan sakit kepala
• Penglihatan yang kabur ini mungkin lebih cenderung dalam arah yang tertentu sahaja
• Kanak-kanak biasanya boleh melihat garisan menegak lebih jelas dari garisan
melintang, atau kadangkala sebaliknya
Selain kabur penglihatan, apakah masalah lain yang mungkin timbul?
• Mata merasa penat dan sakit kepala
• Isu keselamatan : contohnya, apabila menunggang basikal, kanak-kanak yang
mempunyai masalah rabun mata yang serius boleh membahayakan dirinya dan orang
lain
• Tidak dapat hidup seperti kanak-kanak normal dan mungkin menjejaskan kualiti
hidup
• Rabun dekat yang terlalu serius akan meningkatkan risiko retina tercerai dari
bahagian mata (retinal detachment) dan ini boleh menyebabkan buta.
Apakah rawatan yang ada?
• Cermin mata atau kanta lekap adalah rawatan biasa untuk masalah ini
• Kanak-kanak lebih sesuai menggunakan cermin mata
• Kanak-kanak yang lebih besar mungkin boleh menggunakan kanta lekap jika mereka
boleh memakai dan menanggalkannya dengan baik. Mereka juga harus menanggalkan
dan mencuci kanta lekap mengikut saranan doktor.
• Pembedahan untuk membetulkan rabun mata tidak digalakkan untuk kanak-kanak
kerana mereka masih membesar.
Anis juga merupakan salah seorang yang memakai cermin mata anis mengalami masalah silau dan rabun jauh. Jadi korang rabun yang mana satu?
Jangan lupa pakai cermin mata ye..
~ Pinkystorymory ~
3 ulasan:
saya bila senja rabun sikit...mungkin ini rabun ayam...masa lain ok saja...terang...
mcm cter kau jugak ni . .RABUN !
@Khairil hehhe ok la 2 terang....
Catat Ulasan