Pengikut

Teringatkan Kamu

Kata orang setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan
Walaupun perpisahan itu sangat menyakitkan tetapi kadang2 ia mengajar kita erti untuk menjadi kuat, bersedia dalam menghadapi perpisahan itu.

Entah kenapa tiba2 je anis terfikir kembali saat2 semasa anis belajar di kolej dulu kerana di situlah bermulaannya ikatan persabahatan yang erat dan sukar untuk anis tafsirkan. Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi tetap kami lalui bersama, banyak suka dan duka yang terjadi apapun yang manis la banyak.

Dalam berkawan pasti akan ada sedikit perselisihan faham dan pergaduhan itu biasalah kerana ia akan mengeratkan lagi hubungan persahabatan. Kita memang sangat rapat sampaikan kadang2 orang ingat kita ni berlakon, mana tak nya kita apa2 pun mesti sekali kan jarang nak berpisah.

Sangat merindui kamu semua, tapi entah kamu merindui anis atau tak.....sedey la
Selalu teringatkan kamu semua, Selalu rindukan gurauan kamu, Selalu teringat usikan kamu,
Rindu nak peluk2 korang, Rindu nak bergosip dengan korang, Rindu nak bising2 dengan korang.

Tapi itu semua dulu, sekarang semua itu sudah tidak ada dan yang ada hanyalah kenangan.
Hanya gambar2 dan video2 korang saja yang jadi peneman diri ini dikala merindukan kamu.
Rasa macam tak percaya pun ada kita dah terpisah jauh nak jumpa belum tentu lagi bila.

Rasa macam nak menjerit kuat la RINDU SANGAT2 TAHU TAK??? macam nak jumpa korang sekarang jugak !!!!

Tiada ulasan: