Pengikut

ooh ADAKAH ????

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aishhh mengapalah sekarang ni anis masih lagi teringat akan 'Si Dia' walaupun anis tahu hubungan kami hanyalah sebagai 'Kawan' emmm maybe 'Teman Tapi Mesra'. Anis masih lagi tertanya2 apa jawapan di sebalik persoalan  yang berlegar di fikiran anis. Sekarang ni hati anis keliru akan perhubungan anis dengan 'Si Dia' samada nak anggap die sebagai kawan atau lebih dari seorang kawan.

Anis tahu yang 'Si Dia' sudah pun mengetahui segala luahan hati anis dalam blog ni. Adakah 'Si Dia' tahu yang dialah selama ini anis katakan dan adakah dia tahu  yang anis inginkan dia lebih dari seorang dan bukan sekadar 'Teman Tapi Mesra'. Anis juga tertanya2 selepas dia melihat dan membaca blog anis apakah reaksi dan perasaan dia selepas membacanya??? inilah persoalan yang sering bermain di benak fikiran anis !! mengapa dia hanya mendiamkan diri tanpa memberi sebarang jawapan kepada anis yang masih tertunggu2 akan jawapan darinya.

Masa sering mencemburui anis dikala dan saat ini. Hanya dua kali (exam) detik pertemuan diantara kami berdua. Adakah semua ini akan berakhir begitu sahaja.. Hanya tuhan saja yang mengetahui dan anis berserah kepadaNya andai ada jodoh diantara kami insyallah kami akan bertemu di lain hari, tempat dan waktu.KU BERSERAH..

Setiap malam ku tunggu mesej darimu
Rasa hati ku menanti walaupun sehari
Ku tak mendengar suaramu
Hati rindu kuterasa dunia ini bagai terhenti
Aku tahu kau rindukan aku
Belaian kasih mesra untukmu
Tak sempat lagi kita bersua bermesra
Kita akan terpisah jauh, terlerai segala impian di dalam hati.


bawa haluan masing2..BYE2

P/S andai diriku sentiasa diingatanmu  kuharap agar engkau akan mencuba untuk memenuhi impianku. Aku disini hanya berserah pada takdir andai itu sudah tertulis dipintu suratan kita aku relakan dikau pergi...^_^

1 ulasan:

ciKgu GoguMa berkata...

huhu... sweet nye luahan ati ni....moga2 impian awak tercapai...amin