Pengikut

Pergilah Kau !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pergilah kau bila aku sudah tidak diperlukan lagi
Pergilah kau bila kau sakiti hatiku
Pergilah kau bila semua ini sudah berakhir
Pergilah kau bila aku kau tinggalkan
Pergilah kau bila aku kecewa dengan sikapmu
Pergilah kau bila kau kianatiku
Pergilah kau bila aku sudah putus asa dengan semua ini
Pergilah kau bawalah semua rasa bersalahmu
Pergilah kau pergi dari hidupku


Semua ini hanyalah dugaan darimu dan sekarang aku harus bangkit untuk melupakan segala2nya, kerana kau sudah musnahkan harapanku. Diri ini sudah tidak diperlukan lagi dan kau hanya membuangku jauh dari hatimu, biarlah ini semua menjadi sejarah buat kita.

Jangan fikir kau hebat kerana dapat menghancurkan hati seseorang
Jangan fikir kau hebat bila semua yang kau inginkan akan dipenuhi
Jangan fikir kau hebat kerana semua itu hanya sementara
Jangan fikir kau hebat bermain dengan kata2 manis
Jangan fikir kau hebat bila janji tak dapat kau tunaikan
Jangan fikir kau hebat dengan kemewahan yang kau miliki
Jangan fikir kau hebat jika kau berkuasa


Sudah ditakdirkan kita bukan untuk bersama jadi disini biarlah aku mengundur diri membawa hati yang lara ini ke mana saja. Kau bukan tercipta untukku, kau bukan untukku, kau & aku bukan bersatu, pergilah kau kepada dirinya dan janganlah kau datang mencariku lagi. Akan ku semat kisah kita ini didalam hatiku pergilah kau....

P/S ini tiada kena mengena antara yang hidup atau pun yang mati ini sekadar saja2....PEACE ^_*

5 ulasan:

nelly berkata...

Terasa ~

Miss Anis berkata...

kenape??

nelly berkata...

ayat tu ..sweet + sayu ~

Miss Anis berkata...

hehehe ykew?tengs....

ciKgu GoguMa berkata...

pergi lah enkau dari idup ku...huahua