Pengikut

! ! Demam Campak ! !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasanya sudah lama anis tak update blog.. Anis sebenarnya sudah seminggu kena demam campak.
Demam ni memang teruk la anis kena sampaikan nak jalan susah, nak bangun susah, nak mandi susah, nak tido susah, nak makan susah dan semua la susah sebab habis satu badan anis kena. Anis kena sehari sebelum balik penang time tu anis last paper dan time tu memang dah rasa demam da sikit2 tapi tak teruk la. Paper anis tu pagi jadi habis je jawab paper tengahari anis dah gerak ke seremban naik bas pukul 3.30. Dalam perjalanan balik tu memang sejuk giler bas yang anis naik tu + bawak slow, anis memang nak beku dah kat dalam bas tu sampai ketar2 dah, anis sampai penang dalam pukul 11 macam tu.

Sampai je kat rumah anis dah memang tak larat dengan demam dah teruk memang anis tak boleh nak buat apa dah sebab memang tak larat giler. Tambahan pula dengan demam campak memang anis tak bertenaga langsung mujur la anis balik awal dan kira anis demam pun dekat rumah dan senang la sebab mak ada yang jaga. Malam tu juga anis tak boleh tido sebab sakit, memang anis nangis sampai mak pun tak boleh nak buat apa sebab anis dah teruk sangat tapi berhari2 juga la anis nangis sebab sakit. Kawan2 mak jugak ada cakap yang demam ni tak boleh makan ubat dan tak perlu pegi klinik jadi anis kena lawan sendiri la.

Memang anis kena berpantang giler2, dah la hari2 makan sup ayam dan air kelapa makanan lain dah memang tak boleh makan yela nanti silap makan anis yang sakit dan nanti bintik2 tu jadi parut. Mula2 tu memang la mak yang suap makan, tolong mandikan, angkatkan anis sebab anis memang tak boleh nak bangun sendiri. Semua anis kena bergantung dekat mak sampaikan mak kena ambik cuti 2 hari sebab nak jaga anis tapi sekarang anis dah boleh bangun sendiri, makan sendiri jadi mak pun dah tak perlu risau.

Boring giler anis sebab tak boleh nak buat apa selain tengok tv, hari ni baru anis online sebab dah tak tahu nak buat apa dah. Nak keluar rumah pun dah tak boleh, jadi kena duduk kat dalam rumah la sampai campak ni baik. Mudah-mudahan anis cepat sembuh dan mintak2 la tak de parut ye..hihihihi

P/S thanks to mak sebab susah payah jaga anis sampai anis sembuh
kredit to ayah juga sebab ulang alik dari rumah datang tengok anis.

7 ulasan:

♥yaya budak suka embun♥ berkata...

kesiannya kena demam campak...

kite pn dh kena dulu tapi kecik2 la...zaman skolah..dah tak ingat dah camne..

trigyy berkata...

waooo. begitu terukk.. huhuhu..

t8 care. moga cpat smbuh..

Cik Azizah berkata...

kesiannya..moga sembuh betol2 tau..


ni entry jijah ttg chicken pox Chicken POx baca lah yer.. sekadar info

aiman rashidd berkata...

jaga kesihatan ok :) btw thanks :) done follow you back !! teruskan menulis ok :)

salm perkenalan :) have a nice day !!

Miss Anis berkata...

maceh semua....doakan anis cepat sembuh.....

armouris berkata...

info tentang demam campak di SIHAT SELALU - Demam Campak Berjangkit

Miss Anis berkata...

maceh ye info yg di berikan...