Pengikut

Khas Buat Kamu

Jangan diucap selamat tinggal..
Nurul Aainaa Syahirah Bt Zamri
Nurul Husna Bt Abdul Karim


Kawan, kita pernah bersama dahulu,
Bersama membuat kenangan,
Bersama membina impian,
Bersama menempuh cabaran..
Kawan, kita tak pernah menyakiti hati sesiapa,
Kau dan aku gembira bersama,
kau dan aku sentiasa bersama,
kau dan aku saling memerlukan,
Tiada siapa boleh menghalang kita,
Sesungguhnya, kita di takdirkan untuk berjumpa..
Bersahabat.. dan berkongsi cerita, berkongsi rasa
Kerana kau adalah kawan yang tak mungkin ku lupa
dan sukar untuk dilupakan..
Kawan..Maafkan aku jika ada salahku..
Maafkan aku kerana seakan mengabaikan mu..
Mungkin silapku yang tidak kuduga..
Bukan salahmu, bukan silapmu..
Lalu maafkan aku..
Semoga kau akan beroleh kejayaan..
Di setiap persinggahan mu!
Selamat berjuang aku ucapkan kepadamu,


Kepadamu,
terima kasih kerana sudi menerimaku sebagai temanmu
terima kasih kerana memberiku sinar kebahagiaan
terima kasih kerana sudi menghiburkanku dikala ku kesedihan
kini masanya sudah tiba,
selamat tinggal kawanku,
tak mudah untuk aku melupakan,
bila wajahmu sering terbayang difikiran,
hanya kamu yang aku kasihi,
selamat tinggal kawanku,
tak mudah untuk aku pergi,
meninggalkanmu dan berjauhan darimu.

3 ulasan:

Unknown berkata...

sweet.. :D

Tanpa Nama berkata...

so sweeeeet :)

hye , thanks ! done follow you back !

teruskan menulis ok :) salam perkenalan !!

enjoy your days and happy friday :) !!

Miss Anis berkata...

tengs.....