Pengikut

Hari Berganti Hari

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat

Hari berganti hari...
namun sukar bagiku untuk melupakan dirimu...
hadirmu tanpa ku sedari...
tanpa ku sangka perkenalan yang singkat menitipkan 
jalinan ukhwah bersamamu...
suka,duka kita tempuhi...
Hari berganti hari...
sayu hatiku saat terpaksa berjauhan denganmu...
berjanji bersama agar ukhwah yang terjalin sentiasa terpatri...
dirimu begitu istimewa bagi driku ini....
Hari berganti hari...
saban hari kenangan bersamamu terbayang-bayang di fikiranku...
Tapi lihatlah...
kau pergi tinggalkan ku....
kau pergi tinggalkan kenangan kita....
puas ku jejak dirimu...
puas ku jejak bayangmu..
tapi tiada apa yang dapat kutemui
melainkan seorang SAHABAT sepertimu....

Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan

Bersama2 lah kita mengeratkan lagi hubungan persahabatan kita dan kekalkanlah ia sebagai suatu hadiah yang paling bermakna. Kau sahabat, teman dan kawan walaupun kau jauh beribu batu tetapi kau tetap dihatiku selamanya dan janganlah kau pula yang melupakan diriku ini. Biarlah kusemat namamu dihatiku agar tidak mudah untukku melupakan dirimu.

Maafkan diri ini bila diri ini bersalah
Walaupun kau telah pergi
Bagiku kau selalu ada dalam hatiku
Kerana kau adalah sahabatku
Dari dulu dan sampai bila2 pun

Seminggu dari sekarang kita hanya menanti detik2 perpisahan yang mana kau, aku dan dia akan terpisah bukan selama2nya tetapi hanya sementara kerana mungkin kita akan bertemu kembali selepas ini. Ya pasti kita akan bertemu, jagalah diri wahai sahabatku sekalian janganlah dikau sesekali melupakan diriku.


Wahh anis ayat tak boleh blah...hahahha macam pening je hari ni...ayat merepek2 je....

P/S aina, una, along, ayu, ayang, syifa, yah dan ika
kenanglah segala kenangan yang telah
kita bina di KOLEJ UNITI ini.
Susah senang bersama..
3 tahun dalam kenangan T_T

1 ulasan:

ciKgu GoguMa berkata...

3 thn... cm2 aq belajo.... segala erti...