Nak menggedik kejap boleh tak kat sini...
Saja nak bagi tahu perkara2 yang anis suka dan tak suka...
Jangan jeles dan marah yea...hahaha
SUKA
* Suka makan pedas walaupun tak boleh makan sebab memang dah terbiasa dari kecik lagi makan pedas ( mak orang siam jadi pedas itu wajib ) hehe walaupun kena kurangkan...
* Suka sangat dengan warna PINK entah la kenapa mungkin pink tu melambangkan wanita yang lembut dan sopan santun macam anis ni...hahaha dushh dushh gedebokkk perasan sungguh lembut ke? sopan ke? lagipun semua gadis2 suka dengan warna pink kan?? kalau betul angkat jari....hehe
* Suka berkawan tak kira lelaki atau perempuan tapi pelik jugak bila sesetengah orang kata anis ni sombong tak betul sama sekali..tidakkk...
* Suka makan AYAM haha...sebab tu badan bertambah berat...betul ke kalau makan ayam jadi gemokk?? tak kan.....
* Suka tangkap gambar sampaikan orang kata anis ni gila kamera pantang nampak kamera kat mana2 mesti nak tangkap..ni mesti satu kemestian kalau keluar mana2 tak sah kalau tak tangkap..
* Suka senyum dan ketawa kalau orang buat lawak...tambah pulak mak anis seorang yang kelakar dan boleh masuk raja lawak....
* Anis gila KOREA tak la sampai jadi orang gila cuma suka sangat layan cita dan rancangan korea...tu sebab terpengaruh dengan kawan AINA....
* Makan ketam sebab kalau demam mesti ketam dan jus epal jadi keutamaan tak makan ubat pun tak pe...boleh baik dengan sendirinya kalau ada ketam dan jus epal ni..sampai orang kta mengada2 demam2 pun nak makan yang hebat2...huhu
TAK SUKA
* Orang yang suka buat bising, menyebok hal orang, mungkir janji, dan sombong
* Makan udang dan sotong kecuali mak anis yang masak tu pun kadang2 je makan...
* Lagu rock2 yang buat anis sakit kepala tu paling benci
* Minum air kopi dan nescafe kopi sebab hitam..haha tak munasabah kan?? nescafe sebab buat anis sakit kepala kalau bau...
* Makanan yang ada benda2 hitam...contoh ikan yang tengah warna hitam tu anis tak makan..haha..sotong sebab kulit dia ada warna hitam..udang yang belakang kot ada hitam.....tak tahu la kenapa kalau makanan yang ada warna hitam mesti anis tak boleh nak makan...bukan mengada tapi memang tak boleh nak makan..
:: saja mahu kongsi2 sebenarnya ada banyak lagi tapi biarlah sikit2 je ::
2 ulasan:
hehehe byk nye pantang larang dia yah..huhu
hehe....ni bru sebahagian.....da byk lgi...
Catat Ulasan