Sebenarnya anis nak cita pasal anak mak lang..nama sebenar Fasha Ezween tapi oleh kerana dari kecik lagi dia sakit tarik jadi mak lang tukar nama jadi aisyah.. Dia sakit ni pun sebab ada satu kejadian yang jadi tapi tak payah la anis cita ek... Dah banyak tempat dah berubat tapi ada yang berhasil tapi sakit tarik dia tu kadang2 je jadi...
Kalau dia nak jadi tarik mesti dia akan lari dekat orang yang ada dekat dengan dia dan dia bagi tau yang dia tarik. Kesian jugak tengok dia sebab dia sekarang da umur 5 tahun sama dengan aiman. Dan dia ni tak berapa nak boleh cakap sangat...Hari2 akan lompat dan suka buat ikan duyung..LAgi satu dia ni suka pegang senduk..Kalau datang rumah mak tok je mesti dia akan terus ke dapur dan buka almari nak cari senduk kalau tak jumpa dia akan suruh kita ambik kat dia..
Baru2 ni kami pi dia ada buat perangai baru iaitu suka pukul orang dan ketuk orang dengan botol.. Memang sakit laa..sampai takut nak tidur sebab dia jenis tangan cepat je nak buat orang..Ada sekali tu dia pi ketuk tok ayah yang tengah tidur dan tok ayah terkejut la dan terus tertampar dia...hihihi...
Tapi kita pun tak boleh nak marah atau pukul dia sebab dia bukan tahu apa2...tapi aisyah ni makan banyak tapi badan tak naik2 kurus je...macam orang tak cukup makan.. Walau apa pun mak lang tetap bersabar dengan perangai aisyah...
ni aisyah sekarang umur 5 tahun..
aisyah ( 5 ) dan kasih ( 3 )
kasih lagi besar pada aisyah..
ni aisyah masa umur 4 tahun dia masuk hospital
sebab jangkitan kuman dekat paru2...
tapi selamat tak jadi apa2...
Ni time kecik nampak berisi kan?
tapi sejak sakit tarik tu la dia jadi kurus..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan