Sebelum ini anak lelaki mereka tinggal bersama atok tetapi disebabkan si ayah tak ingin anaknya hidup berjauhan lalu si ayah pergi ambil anak lelakinya untuk tinggal bersama. Kadang2 mereka menjadi keluarga bahagia kerana si ibu akan datang ke rumah untuk memasak dan meluangkan masa bersama dengan anak2nya. Namun begitu, anak2 tidak berapa rapat dengan si ibu kerana si ayah la yang membesarkan mereka dari kecik hingga dewasa.
Apabila sudah dewasa si ibu mengajak anaknya tinggal bersama tetapi si anak mengambil waktu untuk membuat keputusan tinggal bersama. Kakak sulung menganbil keputusan untuk tinggal dengan si ibu kerana dia bekerja sekali dengan si ibu, manakala anak kedua dapat menyambung pelajaran, akan tetapi hubungan dia dengan si ibu kurang rapat. Adik lelaki juga buat keputusan untuk tinggal bersama si ibu lalu tinggallah si ayah seorang diri.
Tetapi anak keduanya sudah menamatkan pengajian dan dia pun membuat keputusan untuk tinggal bersama ayahnya kerana dia tidak mahu ayahnya berasa kesunyian. Dan baru2 ini anak lelakinya mengambil keputusan untuk tinggal di perlis bersama atok dan opahnya. Lagipun anak lelaki itu sudah tidak mahu belaja dan dari dia membuang masa di sini baik dia tinggal bersama atoknya kerana atoknya akan mengawal tingkah lakunya.
Jadi adik beradik ini berpisah, si kakak tinggal bersama ibunya, si adik perempuan tinggal bersama ayahnya dan si adik lelaki tinggal bersama atok dan opahnya. Memang terasa kelainan sebab mereka berpisah jarak jauh nak jumpa pun boleh tapi kadang2 masa tidak mengizinkan.
orang yang dimaksudkan ialah family anis...
memang kadang2 terfikir kenapa ini semua terjadi
tapi ni semua kan sudah ditentukan jadi kena terima
lah...nak tangkap gambar satu family memang tak
pernah la...tiba2 rindu pulak dekat kak dan adik...
Walaubagaimanapun kasih sayang kami tetap utuh..
SaYaNg sEmuA
3 ulasan:
hmm..kisah anis sebenarnya..apa2 pun, anis kuatkan semangat dan kena tabah dan kuat harungi kehidupan ini k.sememangnya dunia ini memang terlalu kejam,tetapi sebenarnya kekejaman itu lah yang menjadikan diri kita ini semakin kuat dan kuat dari sehari ke sehari..semua ini sebenarnya akan membantu kita mengharungi kehidupan yang lebih mencabar pada masa hadapan.trust me.
Terpisah jarak.
kasih berpaut.masih.
gua harap lu kuat dan power.
semoga ikatan kekeluargaan akan semakin erat insyaAllah anis...^^. bykakn doa dan bermohon kepadanya,
Catat Ulasan