Pengikut

Gastrik Punca Pedih ULU HATI

Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.
Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Seperti yang dikatakan, apabila muntah ia akan berasa lega. Sebenarnya, muntah juga membantu untuk melegakan rasa kepedihan.
Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.

Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’.
Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.

Ini sering berlaku ke atas anis, sebab anis gastrik sejak dari darjah 4 lagi dan sekarang kerap sakit dada dan pedih ulu hati. Memang waktu malam dan pagi anis akan sakit dan rasa pedih sampai muntah2. Kalau muntah pun sebab angin banyak dalam perut ni. Tapi anis kalau nak hilangkan rasa sakit kena pergi klinik dan cucuk.

Dulu anis kalau sakit jarang makan ubat tapi sekarang kalau sakit kena selalu makan ubat walaupun tak suka makan ubat. Takut nanti akan jadi teruk...

:: Jagalah Kesihatan Anda ::

Kuatkan Hatimu Sahabatku

Nurul....jangan bersedih tau..pasti ayah hang tak
jadi apa2 dan akan baik..

Baru2 ni kawan anis nama dia Nurul ada telefon dan bagitau
yang ayah dia terjatuh tapi terjatuh kat mana anis lupa
pulak nak tanya. Sekarang ayah dia jadi strok dan ada pendarahan
dekat kepala jadi dia bingung tak tahu nak buat apa
sebab doktor kata kalau tak buat boleh jadi koma. Mak dia
pun tak tahu sama ada nak buat pembedahan atau tak, dia ada tanya
pendapat mak anis dan mak anis kata kalau selamat buat laa kalau
doktor kata terpaksa buat. Tapi kena ikut keputusan family dia la,
sedih pulak anis dengar sebab ayah dia kawan ayah anis dan
mak dia kawan mak anis kami dari kecik memang kenal
dan rapat. Apa2 pun anis doakan semoga ayah dia cepat sembuh dan
kalau buat pembedahan akan selamat dan tiada perkara yang
tak diingini berlaku....amin..korang doakan2 lah semoga ayah dia selamat
dan baik2 saja.....


Kuatkan hatimu wahai sahabat ku
dan aku akan sentiasa berada disisimu di saat 
susah atau senang..Kalau ada apa2
jangan lupa bagitahu yea....
Tak mau sedih2 k ayah hang pasti
tak ada apa2....

Kecewa

Kecewa bukan bermakna sedih tapi entah la kenapa
tak ada orang yang dapat faham hati dan perasaan
anis ni.....emmmm

MOOD :: sangat sedih ::


Suka dan Tak Suka

Nak menggedik kejap boleh tak kat sini...
Saja nak bagi tahu perkara2 yang anis suka dan tak suka...
Jangan jeles dan marah yea...hahaha

SUKA


* Suka makan pedas walaupun tak boleh makan sebab memang dah terbiasa dari kecik lagi makan pedas ( mak orang siam jadi pedas itu wajib ) hehe walaupun kena kurangkan...


* Suka sangat dengan warna PINK entah la kenapa mungkin pink tu melambangkan wanita yang lembut dan sopan santun macam anis ni...hahaha dushh dushh gedebokkk perasan sungguh lembut ke? sopan ke? lagipun semua gadis2 suka dengan warna pink kan?? kalau betul angkat jari....hehe


* Suka berkawan tak kira lelaki atau perempuan tapi pelik jugak bila sesetengah orang kata anis ni sombong tak betul sama sekali..tidakkk...


* Suka makan AYAM haha...sebab tu badan bertambah berat...betul ke kalau makan ayam jadi gemokk?? tak kan.....


* Suka tangkap gambar sampaikan orang kata anis ni gila kamera pantang nampak kamera kat mana2 mesti nak tangkap..ni mesti satu kemestian kalau keluar mana2 tak sah kalau tak tangkap..


* Suka senyum dan ketawa kalau orang buat lawak...tambah pulak mak anis seorang yang kelakar dan boleh masuk raja lawak....


* Anis gila KOREA tak la sampai jadi orang gila cuma suka sangat layan cita dan rancangan korea...tu sebab terpengaruh dengan kawan AINA....


* Makan ketam sebab kalau demam mesti ketam dan jus epal jadi keutamaan tak makan ubat pun tak pe...boleh baik dengan sendirinya kalau ada ketam dan jus epal ni..sampai orang kta mengada2 demam2 pun nak makan yang hebat2...huhu


TAK SUKA


* Orang yang suka buat bising, menyebok hal orang, mungkir janji, dan sombong


* Makan udang dan sotong kecuali mak anis yang masak tu pun kadang2 je makan...


* Lagu rock2 yang buat anis sakit kepala tu paling benci


* Minum air kopi dan nescafe kopi sebab hitam..haha tak munasabah kan?? nescafe sebab buat anis sakit kepala kalau bau...


* Makanan yang ada benda2 hitam...contoh ikan yang tengah warna hitam tu anis tak makan..haha..sotong sebab kulit dia ada warna hitam..udang yang belakang kot ada hitam.....tak tahu la kenapa kalau makanan yang ada warna hitam mesti anis tak boleh nak makan...bukan mengada tapi memang tak boleh nak makan..


:: saja mahu kongsi2 sebenarnya ada banyak lagi tapi biarlah sikit2 je ::

Duit syiling dan kertas terbaru

Walaupun duit syiling terbaru ni sudah dikeluarkan tapi susah betul nak dapat...Asyik dapat duit yang lama je...Hari tu bila dapat duit 50sen yang baru macam tak caya sebab kecik je tak macam duit 50sen yang lama da lah besar....Duit kertas lagi la tak pernah dapat tambah pulak ada duit kertas rm20 ringgit..



Agak2 bila boleh dapat pegang duit baru ni...

:: ^_* ::

Hati2 Dengan Si Penyimbah Asid !!!

Takut sungguh la bila dengar macam2 kejadian tentang asid ni...Kenapa la orang sanggup menyimbah asid? kerana dendam? kerana cemburu? kerana apa? apa? macam2 persoalan yang menjadi tanda tanya..Tergamak sungguh buat macam tu ke atas orang yang tak berdosa... Merana seumur hidup..

Sudah banyak kes yang dilaporkan..kadang2 takut juga bila fikir macam2 taktik yang diorang gunakan untuk simbah asid dekat orang yang mereka nak  buat...

info : polis menyatakan bahawa kejadian ini dilakukan oleh penunggang motosikal dan mangsanya adalah malam bagi waktu kerja dan pagi semasa hari minggu. Target adalah wanita. So berwaspada dan hati-hati dengan kejadian simbah asid ini.



Kesian pada kanak2 yang akan mengalami kecacatan seumur hidup
lagipun diorang ni bukan tahu apa2 pun dan terpaksa pula menanggung
kesakitan....Tergamak si penyimbah asid ni lakukan ke atas
kanak2...sungguh tak berhati perut...!!!

Akhirnya yang ditunggu2....awal dan scha kawin 4 mei 2012

Seronoknya...akhirnya...scha dan awal nak kawin.........tak sabar nak tunggu majlis perkahwinan diorang...baru2 ni awal lamar scha dekat rancangan propaganza...sweetnye memang gentle la awal buat macam tu.....

Dengar kata nanti astro ria akan siarkan majlis perkahwinan diorang sama macam dengan lisa dan yusri....diorang ni dah la sama cantik dan sama padan......Diorang akan bernikah pada 4 mei 2012 di Pullman Putrajaya dan majlis persandingan pada 6 mei 2012 di PICC, Putrajaya...





nak jugak macam ni....sweet...




scha bersama YUNO...hehe


Serius sweet....jeles...hahaa
Ambik kau besar gitu bear die....hehee

Jarum bertemu lagi kita...

Sudah dua kali kita bertemu..kenap kita sering dipertemukan mungkin kerana itu sudah jodoh kita untuk bersama...hahaha ayat gila betul la anis ni...Sebenarnya sudah dua kali anis dengan jarum bertemu...Yang pertama kita dipertemukan pada hari jumaat, itu sebab anis sudah tidak tahan menanggung kesakitan ( GASTRIK ) dan kena la cucuk di B_ _ T _ T......huhu sakitttt.......tapi selamat anis tak nampak jarum tu...

Yang kedua hari ini sebabnya....sakit anis kembali lagi.....hari tu doktor dah pesan kalau sakit berlarutan kena ambik darah jadi tadi tengah hari anis ajak mak pergi klinik lain dan kenalah ambik darah....uwaaaa sangat sakit sebab anis tak pernah kena ambik darah lagi...Jadi tadi first time kena.......sakit memang tak terkata laa....hahaha....jadi kena tunggu result dalam 3 4 hari kot...nanti bila dah dapat tahu baru anis dapat tahu sakit anis apa..

Kalau dalam perut anis ada masalah anis kena masuk kamera dalam perut sebab nak tengok dalam perut anis ada luka atau bengkak.....Jadi anis harap anis tak ada sakit apa2 sebab tak mau kamera masuk dalam perut....tiDaakkkkk...tak nakkkk.....takutttt.....

T_T

Kemas rumah.....mak su

Hari ni kena kemas rumah mak su laa..sebab mak su dan pak su nak pindah...Lagipun rumah depa dekat je dengan rumah mak...selang dua tingkat jew....mak ngah tingkat bawah sekali, mak su tingkat dua dan mak tingkat empat...Elok la adik beradik mak duduk dekat dengan mak..kalau ada apa2 senang...

Pak su pun sekarang dah banyak cakap kalau tak dulu pediam tapi sejak duduk dengan mak sebelum nak pindah rumah baru ni memang dia sudah pandai bergaul dengan kami....Mak su dan pak su baru je kahwin dalam 4 bulan....



Mak su dan Pak su semoga bahagia hingga
akhir hayat dan cepat dapat baby ye...hehe

Tiada Tajuk

Saat kau datang aku tidak pasti
Saat kau pergi aku sakit hati
Saat kau hadir aku tidak mengerti
Saat kau diam aku jatuh hati
Saat kau jauh aku tercari-cari

Tiap hari kau ku rindu
Tiap hari kau ku nanti
Tiap hari kau ku sayang
Tiap hari kau yang ku ingat
Tiap hari kau yang ku fikirkan

Mungkin kita sudah ditakdirkan begini dan aku mengerti kenapa kita tidak boleh menjadi sperti orang lain dan kau juga jangan nak harapkan apa2 dariku kerana ku tidak mungkin akan seperti dulu kembali..Kasih kita sudah sampai disini dan tiada apa yang tinggal lagi melainkan kenangan kita bersama yang tidak mungkin dapat terpadam begitu sahaja..

Andai itu takdirnya yang tidak dapat kita elakkan..
Andai itu suratannya yang telah tertulis untuk kita..
Mimpi indah tak semanis realiti walau betapa pahit pun ia..

Segalanya hanya dapat diungkapkan di dalam hati kerana tidak mungkin dapat diungkapkan melalui kata2..bersyukur dengan apa adanya kerana tidak semua impian kita menjadi kenyataan......

SAY :: Tiada lagi mimpi kerana mimpi itu mainan tidur...huhu

Majlis Pertunangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni anis pergi seberang jaya untuk hadiri majlis pertunangan sepupu pak ngah dan anis, mak, kakak, mak su, pak su dan mak ngah pergi...majlis pertunangan ni kira simple je la tapi panggil adik beradik tu yang ramai..dan orang yang dah lama anis tak jumpa ialah GG..huhu dulu anis pernah kawan dengan dia dan kami putus sebab masalah yang tak tahu puncanya..tapi dia dah kawin dah dan bakal jadi ayah dah pun....

Dila ni adik GG dia yang bertunang tapi tadi tak sempat nak tangkap gambar sebab orang ramai tambah anis pulak segan..hehe tadi mak dia pun ada jugak tegur anis...huhu menantu tak jadi katakan....hahaa gedik sungguh,...Apa2 pun anis doakan semoga bahagia dan Dila ni lepas raya baru nak kawin.....Majlis pun berjalan dengan lancar...amin....syukur alhamdulillah....

Hate ....Gastrik

Salam sejahtera semua...
Hari ni anis nak bagitau yang dah nak dekat 3 hari anis sakit....sakit yang anis tak suka tapi anis sendiri yang cari penyakitnya...hehee punca anis sakit ni ialah anis makan pedas terlampau..sebelum ni kalau anis makan pedas rasa sakit sikit2 je tapi kemarin paling tak tahan dan pukul 7lebih mak, pak cik dan kak bawak anis pegi klinik Joe Fernandez dan yang anis sakit hati tu kena tunggu doktor sampai 15 minit padahal time tu memang anis tak tahan dah sebab sebelum pi anis memang dah nangis sebab tu kakak suruh bawak pi klinik...

Bila dah nama anis dipanggil anis pun masuk bilik dengan mak dan doktor tu check la apa yang patut..Lepas tu mak kata tak kena cucuk ke sebab sebelum ni kalau anis sakit memang anis kena cucuk..lepas tu doktor tu kata mesti la kena cucuk kalau tak nak cucuk kat tangan tapi time tu anis dah seriau sebab anis boleh nampak jarum tu..tapi mak kata kenapa tak cucuk dekat BON**T je..hehe anis pun kata ok jugak sebab tak la anis nampak nanti takut pulak..arrggghhh memang terasa sakitnya lepas jarum tu dimasukkan..anis pun sudah lama tak kena cucuk bila dah kena tu memang tak ley nak kata apa laa....

Doktor ada bagi tau jugak yang kalau anis ada rasa sakit2 lagi anis kena check darah takut ada jangkitan kuman...dan kena buat ujian apa tah yang kena masukkan kamera kat dalam mulut sebab nak check perut takut kalau2 ada bengkak dekat perut....jadi anis kena jaga lah pemakanan...hehehe

2 la pasal sapa suruh makan lambat, makan pedas...kan diri sendiri yang sakit.....

Monday Couple The Best

Sejak bila anis suka tengok rancangan Running Man ni pun tak tau
bila mula2 tengok memang tak lepas la mesti kena tengok sampai habis.
Dan sekarang anis giler tengok pasangan dalam running man ni yang tak
lain dan tak bukan 






Kang Gary dan Song Ji Hyo..yeaaahhhh
walaupun couple hanya hari isnin dalam rancangan ni
tapi memang bila tengok diorang berdua ni best la.
Tiba2 anis jadi ter'excited' pulak bila tengok diorang ni..
Sweet....Lepas ni memang anis akan jadi peminat setia rancangan
running man ni laa...

Running Man In Malaysia


Biar betul?? macam tak percaya pulak yang Malaysia dipilih..
Tapi bila tu tak pasti lagi la..Anis pun dapat tahu bila terbaca satu
artikel ni..Kalau betul la Running Man akan berada di Malaysia
memang terbaik laaa.....Lagipun sejak kawan anis bagi video tentang
rancangan Running Man ni memang anis fokus tengok la...
Best... Yang terlibat dalam Running Man ni ialah Jae Suk, Kim Jong Kook,
Gwang Soo, Song Ji Hyo, Kang Gary, Ji Suk Jin dan Song Joong-ki tapi
dia dah keluar dari rancangan ni sebab dia sibuk dengan aktiviti lakonannya.


Running Man <3

Monday Couple



Kalau sapa2 tengok Running Man mesti kenal dengan diorang ni kan?
Song Ji Hyo dan Kang Gary...
Dah la Ji Hyo ni jenis yang gila2 sikit..Best pulak tengok diorang berdua ni.
Sweet je berdua..

Still In Love



Wahh lagu Cn Blue yang terbaru.....
Suka sangat...hehehe
Lagu ni ditulis sendiri oleh YongHwa...

Kal Ho Na Ho


Semalam tv2 ada tayang cita Kal Ho Na Ho tapi anis mula tengok
masa preity zinta dengan saif ali khan tengah pilih rantai dan terjumpa dengan
sonali doktor shah rukh khan. Scene ni memang sedih gila la sampai
anis dengan adik tengok nangis2...huhuhu
kalau sebelum ni anis tak berapa minat sangat tengok cita ni tapi
semalam memang anis tengok kira cita ni sangat menyentuh persaan.
Sedih sangat....Anis tak suka dengan preity zinta ni tapi semalam anis tengok
lakonan dia dalam cita ni memang berkesan la..

yana samsudin....



suka sangat...cuba korang tengok...
sweet la yana dan sam ni kalau diorang bercinta pun ok kan...
suara yana sedap....memang minat giler dengan yana ni...

Sophea Isabella


Geram tengok COMEY....

Fasha Sandha mahu berkahwin???


Pasti semua dah tahu kan yang Fasha Sandha dah nak berkahwin
dengan pilihan hatinya Jejai... Dengar kata nak berkahwin
dekat Bali, Indonesia tapi belum tahu lagi ataupun kahwin 
di Malaysia. Dia dijangka kahwin pada 29 April 2012.
Semoga perkahwinan mereka ini akan berkekalan hingga ke akhir
hayat. Agaknya perkahwinan Fasha ni bertemakan apa ek....
emm sama2 nantikanlah...

Aisyah

Akhirnya......dapat jugak anis balik kampung jumpa Tok Ayah dan Mak Tok, masa kami semua balik tengok tok ayah pun bukannya sihat sangat masih semput2.....Kasian jugak anis tengok tapi tok ayah makan ubat jugak...

Sebenarnya anis nak cita pasal anak mak lang..nama sebenar Fasha Ezween tapi oleh kerana dari kecik lagi dia sakit tarik jadi mak lang tukar nama jadi aisyah.. Dia sakit ni pun sebab ada satu kejadian yang jadi tapi tak payah la anis cita ek... Dah banyak tempat dah berubat tapi ada yang berhasil tapi sakit tarik dia tu kadang2 je jadi...

Kalau dia nak jadi tarik mesti dia akan lari dekat orang yang ada dekat dengan dia dan dia bagi tau yang dia tarik. Kesian jugak tengok dia sebab dia sekarang da umur 5 tahun sama dengan aiman. Dan dia ni tak berapa nak boleh cakap sangat...Hari2 akan lompat dan suka buat ikan duyung..LAgi satu dia ni suka pegang senduk..Kalau datang rumah mak tok je mesti dia akan terus ke dapur dan buka almari nak cari senduk kalau tak jumpa dia akan suruh kita ambik kat dia..

Baru2 ni kami pi dia ada buat perangai baru iaitu suka pukul orang dan ketuk orang dengan botol.. Memang sakit laa..sampai takut nak tidur sebab dia jenis tangan cepat je nak buat orang..Ada sekali tu dia pi ketuk tok ayah yang tengah tidur dan tok ayah terkejut la dan terus tertampar dia...hihihi...

Tapi kita pun tak boleh nak marah atau pukul dia sebab dia bukan tahu apa2...tapi aisyah ni makan banyak tapi badan tak naik2 kurus je...macam orang tak cukup makan.. Walau apa pun mak lang tetap bersabar dengan perangai aisyah...


ni aisyah sekarang umur 5 tahun..


aisyah ( 5 ) dan kasih ( 3 )
kasih lagi besar pada aisyah..


ni aisyah masa umur 4 tahun dia masuk hospital
sebab jangkitan kuman dekat paru2...
tapi selamat tak jadi apa2...


Ni time kecik nampak berisi kan?
tapi sejak sakit tarik tu la dia jadi kurus..

Adik Beradik Terpisah

Dalam family ada 3 orang adik beradik yang mana sulung kakak, tengah adik perempuan dan bongsu adik lelaki. Mereka bertiga boleh dikatakan sangat rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain. Si ibu dan ayah telah lama berpisah hampir belas tahun agaknya, lama tu tapi si ibu dan ayah tetap rapat demi anak2 yang tercinta. Walaupun mereka tidak dapat bersatu sekurang2nya mereka mahu anak2 mereka mendapat kasih sayang yang secukupnya.

Sebelum ini anak lelaki mereka tinggal bersama atok tetapi disebabkan si ayah tak ingin anaknya hidup berjauhan lalu si ayah pergi ambil anak lelakinya untuk tinggal bersama. Kadang2 mereka menjadi keluarga bahagia kerana si ibu akan datang ke rumah untuk memasak dan meluangkan masa bersama dengan anak2nya. Namun begitu, anak2 tidak berapa rapat dengan si ibu kerana si ayah la yang membesarkan mereka dari kecik hingga dewasa.

Apabila sudah dewasa si ibu mengajak anaknya tinggal bersama tetapi si anak mengambil waktu untuk membuat keputusan tinggal bersama. Kakak sulung menganbil keputusan untuk tinggal dengan si ibu kerana dia bekerja sekali dengan si ibu, manakala anak kedua dapat menyambung pelajaran, akan tetapi hubungan dia dengan si ibu kurang rapat. Adik lelaki juga buat keputusan untuk tinggal bersama si ibu lalu tinggallah si ayah seorang diri.

Tetapi anak keduanya sudah menamatkan pengajian dan dia pun membuat keputusan untuk tinggal bersama ayahnya kerana dia tidak mahu ayahnya berasa kesunyian. Dan baru2 ini anak lelakinya mengambil keputusan untuk tinggal di perlis bersama atok dan opahnya. Lagipun anak lelaki itu sudah tidak mahu belaja dan dari dia membuang masa di sini baik dia tinggal bersama atoknya kerana atoknya akan mengawal tingkah lakunya.

Jadi adik beradik ini berpisah, si kakak tinggal bersama ibunya, si adik perempuan tinggal bersama ayahnya dan si adik lelaki tinggal bersama atok dan opahnya. Memang terasa kelainan sebab mereka berpisah jarak jauh nak jumpa pun boleh tapi kadang2 masa tidak mengizinkan.













orang yang dimaksudkan ialah family anis...
memang kadang2 terfikir kenapa ini semua terjadi
tapi ni semua kan sudah ditentukan jadi kena terima
lah...nak tangkap gambar satu family memang tak 
pernah la...tiba2 rindu pulak dekat kak dan adik...
Walaubagaimanapun kasih sayang kami tetap utuh..

SaYaNg sEmuA 

Si Dia

Apakah akan ada harapan untuk anis bertemu dengan dia kembali?
Apakah dia juga ada menyimpan perasaan sama seperti anis?
Adakah dia masih mengingati diri anis ini?
Adakah kasih kami akan bertaut kembali?

aahhh itu semua tidak bererti lagi buat diri anis sebab
anis tahu yang anis dan dia tidak akan jadi seperti dahulu
kembali...semuanya sudah berubah dan tidak mungkn
dia akan datang kembali kepada anis...biarlah anis sahaja
yang simpan perasaan ini dan anis tidak akan sesekali
meluahkan apa yang anis rasa dekat dia..biarlah rahsia.
wahh macam tajuk lagu dato siti pulak...huhu sesekali tak pa..
Yaa betul tu biarlah rahsia dan orang lain pun tak akan tahu
siapakah gerangannya....heeee

Anis hanya manusia biasa yang mana kadang2 perlukan teman
untuk bersama dengan anis dikala susah dan senang bukan
setakat kawan tetapi lebih kepada teman hidup....
Hanya mampu berangan je

Bubur jagung + bubur pulut hitam

Fuhhh lama kot tak makan bubur jagung atau serawa jagung
yang mak buat...baru2 ni anis pi rumah mak
dan macam tah tiba2 teringin nak makan serawa jagung
kebetulan pulak esok pagi tu hari ahad 
ada pasar pagi dekat kubang semang tambah mak ngah nak
pi beli barang masak jadi kami pun ikut sekali
la anis, mak dan kak..Anis pun apa lagi suruh la mak
beli jagung dan pulut hitam nak buat serawa.
Tapi bukan buat dua2 sekali nanti macam mana 
nak habiskan...Jadi mak pun buat la 
ahad serawa jagung dan isnin serawa pulut hitam..
emmm memang terangkat laa...hahaha
biasalah air tangan mak masak mesti la sedap kan..

 anis tak sempat nak tangkap pic serawa tu 
tapi credit 2 incik google la...hehe
pic dia ala2 macam ni la..



serawa jagung


serawa pulut hitam

Tapi macam nak lagi tak puas makan..
kira anis makan banyak jugak laa...
lepas mengidam...hhaha

Sepetang Bersama Nur Kaseh

Nur Kaseh binti Azlan
Dengar nama pun cam comel je kan...anak mak ngah anis dia baru 4 tahun..anak kedua dari 2 adik beradik abang dia nama aimman haristh umur nak dekat 6 tahun...Kaseh ni kalau nak tahu suara dia ramai cakap macam Fasha Sandha..halus je bila cakap...kadang2 geram dengar dia cakap...dia dengan anis tak la rapat sangat sebab anis jarang pi rumah mak jadi tak jumpa dia la..

Rumah mak anis dengan mak ngah dekat je mak tingkat 4 mak ngah rumah bawah sekali..kira adik beradik dekat dengan mak la sebab lepas ni mak su pulak pindah duk belakang flat mak....Sebenarnya anis saja nak buat entry pasal kaseh ni sebab dia panggil kat anis Anyah sepatutnya angah...hehe...macam abang dia jugak panggil anis macam tu...kalau kak anis depa panggil Ayong dan kat mak anis kadang2 Mak Yong dan kadang2 Emah ...Emah tu sebab mak ngah anis duk panggil kak timah tu depa pun nak panggil sekali....

Baru2 ni anis balik rumah mak jadi ada jugak masa terluang bermain dengan kaseh ni.....
korang tengok comel ke tak kaseh ni???










Kalau tak ada nur kaseh ni boring sebab dia la
yang akan menceriakan hari2 kami...
seorang yang manja tambah2 bila dia nak dapat
adik dah..mak ngah sekarang tengah pregnant 4 bulan...
kalau kita tak layan dia, dia akan mengangis sampai la
kita layan dan main dengan dia....

sayang kaseh...Muahh2