Pengikut

Rezeki...Rezeki....Alhamdulillah..

Baru beberapa hari ja mak buat bisnes Karipap Mini
sekarang sudah mendapat permintaan. Kawan2 mak jugak yang pesan
dan mak ada letak kat kedai jugak.

1 bungkus = Rm 1.00
Setengah Kilo = Rm 15.00
Sekilo = Rm 30.00

Jual...Jual...hehehe
sapa2 yang duduk berdekatan dengan anis
boleh la mai beli....

** Rezekiallahbagisyukur **

NenEk....rindu la....

Sudah lama agaknya tidak bertemu dengan nenek
last jumpa pun tahun lepas time mak su kahwin.
Rindu sangat hari2 teringat dekat nenek, tapi nenek jauh
nun di SATUN, THAILAND
nak pergi pun susah...PAsport pun tak ada
macam mana nak pergi. Kalau la nenek ada dekat
rasanya dah lama jumpa ni apakan daya ada jauh.


Kalau nenek ada dekat anis, anis suka peluk dan cium2 nenek
sampai puas...hahaha Comey tak nenek anis??
macam anis kan?? dengar kata sekarang nenek anis tak berapa
nak sihat, sakit kaki..tapi kat sana ada adik beradik nenek
dan yang paling dekat Tok Lang anis, jadi hari2 la dia akan
pi tengok nenek anis. Tok Ayah dan Mak Tok kadang2 pergi tengok
juga nenek kat THAILAND tu. Kami je yang belum berkesempatan
nak pergi sana tengok nenek.




Kawan Baru..SukaNya....

Hari ni anis berjumpa dengan kawan baru...hihi




Suka menambah kawan...hihi

Karipap Mini

Sekarang mak anis dah tak kerja jadi mak nak jual kuih
nak letak kat kedai2 atau gerai makan.
Mak baru start letak pagi tadi, dan Alhamdulillah
jualan habis mak letak sikit dulu takut orang tak beli tapi
rupa2nya habis jugak. Hari ni mak lagi bersemangat nak buat
esok nak letak lebih sikit.


SayaNg MaK

Serupa Tak??




Korang rasa sama tak? memang la ada iras2 sikit kan..
Sebenarnya black ni sepupu kepada budak laki ni.
Namanya Rosyafikri, black ni anak sedara kepada mak
fikri ni. Fikri ni kalau karaoke memang suara dia meletup la
tambah2 kalau nyanyi lagu perempuan. Dia suka jugak mai karaoke
kat rumah mak anis dan semua suka sangat dengan suara dia.
Kalau dia masuk pertandingan nyanyian pasti dia dapat memenangi
pertandingan itu. Kat sekolah dia pun aktif menyanyi juga.

Mak fikri ni kawan rapat mak anis, dengan fikri ni
pun kami dah anggap macam adik beradik sebab kami rapat.

** Sajanakbagitahutuje **

Love You My Sweet Friends



Rindu la kt korang...bila mau ketemu...
Selama 3 tahun kita duduk satu bilik kan?
kecuali Ika ( baju hijau ) 2 tahun
Banyak kenangan yang telah kita ciptakan bersama


Yeayy saya tahu yang saya paling kecik...haha
Walaubagaimanapun bersyukur sangat sebab diorang ni
tak memilih kawan sebab anis kan kecik mungkin diorang malu atau
segan kalau nak jalan dengan anis sebab anis ni kan macam
ADIK-ADIK , anis tahu ramai orang yang tak berapa nak suka dekat
anis dan ada jugak yang suka mengejek anis.
Anis tak kisah tapi kadang2 tu anis kecik hati jugak sebab anis
ni jadi bahan lawak dan usikan.
Tapi dengan diorang ni berbeza sebab anis rasa dengan diorang
ni apa2 pun boleh buat dan diorang ni pun perangai boleh
tahan gila2 jugak. Dengan diorang anis senang nak berkongsi
masalah, tu yang best.

Kalau boleh nak korang sentiasa ada dekat dengan anis.
Kalau boleh nak menjerit dan ketawa kuat2 dengan korang.

Rindu korang,
Kalau dulu kita selalu mengendap budak laki kat
tingkap main bola tampar kan???haha
( Sekarang Dah Tak Ada )


** Sory pada kawan2 yang lain kalau anis tak tulis pasal
korang ye....**

Kenapa???

Hari ni dapat lagi panggilan dan mesej dari seseorang yang
dah lama tak berhubung.
Kenapa baru muncul?
Kenapa cari anis kembali?
Kenapa perlu sekarang?

Walaupun anis sudah melupakan dia tapi dia terus menghubungi
anis..Bukan anis tak mahu layan dan dianggap sombong
tapi anis tak boleh nak teruskan kembali hubungan yang
telah lama putus itu..Biarlah nak kata anis apa pun yang penting
anis tahu diri anis ni macam mana dan janganlah nak
ganggu anis. Buat masa sekarang anis tak perlukan sesiapa
kecuali keluarga dan rakan2 yang sentiasa ada di sekeliling anis
yang sentiasa memberi anis semangat dan dorongan.

Andai kata itu sudah takdir kita,
redha je la...

Telur Puyuh

Agaknya da lama kot meNgiDaM nak makan
telur puyuh walaupun burung puyuh tak makan.
Tapi hari ni dapat jugak makan ayah beli tadi dan rebus
betapa nikmatnya dapat makan...hahaha
agak lama mencari baru sekarang dapat.

** Bersyukurdapatjugakmakan **

Putri Yang Ditukar

Cerita ni bila la mau tamat da bosan la
tengok asyik putar belit cerita ja.
Kenapalah mak dan kakak suka sangat tengok
cerita ni, mula2 memang la seronok tapi bila tengok lama2
naik bosan dan meluat pulak...huhuhu


Akhirnya Menjadi Jugak

Ini merupakan percubaan anis yang kedua
PuDiNg JaGuNg
Akhirnya menjadi jugak.....hehehe
semalam pun anis buat jugak tapi tak berapa menjadi
sebab terlupa nak masukkan tepung custard.
Anis baru lagi nak belajar buat puding jagung tu pun
anis mintak bantuan kawan cik Aina , dia yang tolong
bagi tahu bahan2 dan lepas tu boleh pulak dia lupa pasal
tepung tu...hihi mau ke tak jadi.
Tapi hari ni anis bersemangat lagi nak buat dan
JADI 

Suka sangat dapat jugak buat...Anis memang
suka sangat makan puding jagung ni jadi anis
kenalah belajar buat.....


Haa tengok jadi kan...hehehe
macam Confirm sedap je kan....
Tapi kakak anis pun kata sedap jadi memang sedap
laa...hahaha perasan tol..
Yang ni anis nak bagi dekat jiran sebelah
alang2 dah buat jadi anis nak bagi la sikit.

Thanks CheF AiNaa...

** rezekiallahbagi **

Miss My Dear Friend

Wahai temanku,
Di kala ini hatiku dilanda kesunyian
kerana kamu berada nun jauh disana
entah bila kita dapat bertemu.
Teman, andai kamu berada dekat disisiku
pasti kamu akan merasai apa yang aku rasakan
sekarang ini apabila berjauhan dengan kamu.


Rindu kenangan kita bersama
Rindu nak bermanja2 dengan korang

Sekarang semua itu hanyalah kenangan dan tidak
mungkin kenangan itu akan kembali...

Untuk menjadikan kenangan itu mudah tapi
untuk melupakan kenangan itu amat susah.

Rindu Tudung Bawal

Agaknya sudah lama tak pakai tudung bawal ni
mentang2 sekarang popular dengan Shawl maka anis
pun terikut2 sekali sampaikan dah lupa macam mana nak
pakai tudung bawal....kalau dulu boleh jew entah
kenapa sekarang tak pernah pakai langsung
rasa rindu pulak nak start pakai tudung bawal ni.



Rindu nak pakai tudung macam ni jugak..


Sekarang ni macam2 style tudung boleh buat dan
yang menarik....kalau dulu tak tahu sangat nak bergaya
kalau pakai tudung tapi alhamdulillah pakai tudung pun
boleh bergaya jugak kan???

** pakaitudungbukanuntuksementaratapiselamanya **

Full Stop


I dOnt knOw whaT to dO because
I'm nOt Perfect Gurl to You
I'm sOrry...

Setiap manusia pasti ada kelemahan masing2
tapi dengan adanya kelemahan itu ia mengajar
kita untuk mengatasi setiap kelemahan itu
dengan memperbaikinya agar lebih baik.

** Katakataikhlasdarihati **

Jangan Berharap

Asal sekarang baru kau muncul kembali?????
Setelah sekian lama kau menghilangkan diri baru sekarang
nak muncul.....Sudah la...cukup la...
Jangan la nak berharap yang anis akan kembali balik..
Lagipun sudah anis katakan dulu bahawa kita ni
hanyalah KAWAN tolong lah mengerti....
Dulu dan kini tak ada apa yang berubah...
Masih lagi seperti dulu, biarpun kau masih anggap anis
ni lebih dari Kawan..maaf anis tak dapat nak terima
anis sudah bagi tahu baik2 kan....Tak salah kalau kita
kawan kan???? apa yang istimewa sangat anis ni dimata kau???
tak ada apa yang menarik pun......
Mungkin kau akan dapat yang lebih baik lagi dari anis
sapa tahu kan???tapi kalau kita ada jodoh
tak kemana kan????

Rindu Sama kamu

Wahai adik DEMOX ku bila mau balik ni haaa
lama sudah rasanya tidak bertemu denganmu..
Kangen bangat ni....hahaha
Tau la duduk kat rumah Tok Ayah tu SYIOKk
sampai tak mau balik....Rasa sunyi pulak
bila tak ada..kalau ada asyik gaduh je...
Bila ada asyik gaduh
Bila tak ada asyik merindu
waaa ayat.....


** Kerinduanmelandahatiku **

Kamu

Satu saja yang ku harapkan dari Kamu iaitu Kejujuran, Kesetiaan dan Kepercayaan janganlah Kamu menghancurkannya.

Kamu insan yang ku Sayang , percayalah bahawa hanya Kamu yang ku inginkan janganlah Kamu mengkhianatinya.

CoZ i LoVe YoU
CoZ i nEeD yOu


Tiada kata yang dapat memisahkan kita,
Tiada arus yang dapat melenyapkan kita.

Itu semua hanya satu mimpi sahaja dan bukannya realiti, ku juga berharap agar suatu hari nanti pintu hatiku akan terbuka untuk insan yang bergelar ' Lelaki '. Sekarang mungkin belum ku jumpa siapa yang dapat bertahta di hati ini, tapi percaya suatu hari nanti Hari itu pasti akan tiba juga.


** ketidakbetulanmelandadiriku **

One Direction

Semua pasti kenal kan dengan kumpulan One Direction
yang kini menjadi kegilaan ramai remaja2.
Kumpulan ni nak sama jugak dengan kumpulan
The Beatles tapi sekarang kumpulan ni menjadi fenomena
sampaikan peminat menjadi histeria kalau melihat mereka ni.
One Direction ni dianggotai oleh Niall Horan, Zayn Malik,
Louis Tomlinson, Lian Payne dan Harry Styles.
Lagu2 mereka ni semua nampak fresh dan memang dapat
diterima ramai.


Gempa Bumi

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau lindungilah kami dari sebarang musibah
yang akan berlaku..

Tengok syok2 baca surat khabar tiba2 terasa kepala
pening2 lepas tu barang dalam rumah bergoyang
mula2 ingat ingat tak ada apa tapi bila tengok2 balik rasa
macam gegaran lepas tu terus terfikir mesti gempa
bumi...Terus kami semua lari turun bawah sampai terlupa nak
kunci pintu..

Tapi mujurlah tak ada apa yang teruk berlaku,
kena beringat2 lah la sekarang macam2 kejadian sudah
berlaku..dunia sudah akhir zaman....

Cuba renung2kan..

gegaran 8.9..cuba tengok ayat 8:9

(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.

banyakkan berdoa..insyaAllah Allah kan kabulkan...

استغفر الله العظيم...

استغفر الله العظيم...

استغفر الله العظيم...

Betul2 3 temujanji


Pasti ramai yang dah tengok cite ni kan?
macam mana pendapat korang tentang cite ni...
Bagi anis cite ni best la menyentuh perasaan jugak la sampaikan
mak anis menangis tengok cite ni.


Mak anis start nangis time ni anis pun sedih tapi
tak lah sampai menangis...huhuhu
Lagi satu time yana dan pierre ingat temujanji yang
ke3 kan sedih sebab diorang nak berpisah...
Padahal bukan yang ketiga..

Tapi kan memang kitorang ni kuar temujanji la sebab
dalam wayang yang menonton cite ni ialah kami bertiga..
Ya hanya kami bertiga je...anis
pun tak tahu kenapa hari ni tak ada orang yang menonton
cite mungkin la jugak hari ni kan hari biasa
jadi mungkin tak ramai yang keluar....
hehehe..Dalam wayang kami bertiga asyik bergelak je
sebab tak ada orang...hahhaah..Lagi satu yang
buat kami tergelak, ada la satu uncle ni mak saja la ajak tengok
wayang tapi uncle tu kata

' tak pa lah u orang pergi la buat temujanji 3 orang '

hehe macam tau2 ja memang kami 3 orang pun dalam
panggung wayang tu.....

Apa2 pun cite ni memang terbaik la..tak rugi
pergi tengok....

Kami Memang tak ada Keja

Bosan...bosan....bosan...
nak buat apa pun tak tau petang2 ni..
jadi timbul la idea

|
|
|
|
|
|
|

  





huhu....tak ada apa yang menarik pun..
bila bosan macam ni la


ni ayah belikan...
yang kiri tu Domo ( akak ) yang kanan Momo ( anis )

:: ^_* ::

Ayah

Ayah
Seharian hidupmu membanting tulang
Tanpa mengenal erti jemu
Demi kesenangan kami
Tidak menghirau panas mentari

Ayah
Demi kami kau sanggup berkorban
Untuk mencapai apa yang dicita
Untuk melihat kejayaan kami
Untuk kebahagiaan bersama

Ayah
Akan kami kenangkan jasamu
Nasihatmu akan kami sanjungi
Semoga kejayaan kami akan diiringi dengan doamu

Ayah
Engkaulah sumber kekuatan kami
Sentiasa bersama tidak kira susah atau senang
Beri pelindungan kepada kami


:: Hargailah segala pengorbanan ayah ::

Amir Khan Thailand

Sebenarnya kalau korang nak tahu tok su anis dari Thailand
muka dia ada iras2 macam Amir Khan
Tak caya??? nak tengok?? 
cuba bandingkan...
ni time da berumur laa..tapi kalau time muda
memang nak sama



rasa2 sama tak?? huhu
anis last jumpa tok su anis ni time mak su anis kawen
2 pun jumpa tak lama....kira dapat lepas rindu la
sebab ramai sedara dari thailand mai..
Tok su anis ni kalau kami balik siam mesti dia akan
cari sotong sumbat dekat mak sebab dia dengan mak
paling rapat.





Mari Mengenal 20 sifat yang wajib diketahui

Wujud ertinya ada
Qidam ertinya setia
Baqa' ertinya kekal selamanya
Mukhalafatuhulilhawadis ertinya bersalahan pada yang baharu

Qiamuhubinafsi ertinya berdiri allah dengan sendiri
Wahdaniah ertinya yang esa
Qudrah ertinya berkuasa
Iradah ertinya berkehendak

Ilmu ertinya mengetahui
Hayy ertinya hidup
Sama' ertinya mendengar
Basar ertinya melihat
Kalam ertinya berkata-kata

Kaunuhu Qadiran ertinya keadaan-Nya berkuasa
Kaunuhu Muridan ertinya keadaan-Nya berkehendak
Kaunuhu Haiyan ertinya keadaan-Nya yang hidup
Kaunuhu A'liman ertinya keadaan-Nya mengetahui
Kaunuhu Sami'an ertinya keadaan-Nya yang mendengar
Kaunuhu Basiran ertinya keadaan-Nya yang melihat
Kaunuhu Mutakalliman ertinya keadaan-Nya berkata-kata

:: Sama2 mari mengenal ::