Pengikut

Cadburry

Lapar CAdbuRrY la pulak
pagi2 ni orang tak berapa nak ada..
Bosan tu tak bosan sangat la sebab boley ONLINE
hahaha....yang tak suka tu bila tiba2 teringin nak makan 
cadburry Roast Almond
mana la nak cari kedai bukannya dekat 
nak pi beli. Tapi nak hilangkan mengidam tu anis makan 
la coki2..hihi Coklat gak tu.

Ada tak sapa2 yang sudi bagi kat anis Cadburry???
kalau sudi anta la kat anis ye...hihi

~ Pinkystorymory ~
 

Mimpi

Semalam anis bermimpi yang anis bekerja dekat sebuah
syarikat ni dan anis jadi
pengurus pemasaran
haaaa kalau la mimpi tu jadi kenyataan mesti best kan..hehehe
Orang kata mimpi mainan tidur nak caya
sangat pun tak boley tapi dalam mimpi tu macam jadi
kenyataan je. Klau la anis dapat
kerja bahagian pemasaran memang anis suka la sebab
kos yang anis ambik pun ada kaitan.
Doa2kan lah ye mOga2 anis dapat kerja yang baik.. 

Keseorangan

Hari ni anis duduk kat kedai sorang2 la..
K.awin demam dan tak ley la datang kedai
tadi pun ayah k.awin dan abang dia 
datang tunggu kejap sebab yela takut anis jadi pape
kan anis duk sorang2.
Selamat la hari ni tak bapa ada orang sangat
jadi anis tak berapa rasa takut la tambahan ley pulak update 
BLOG..hehehhee sempat lagi tau

^_*

~ Pinkystorymory ~
 

Syukur Sangat2 ! ! !

Sebenarnya anis terkejut bila tadi abah anis gi ambik anis
kat rumah k.awin dan masa sampai kat rumah
ayah bagi tahu yang hari rabu malam
time abah nak balik kerja abah terjatuh kat dalam lubang.
Kan dah malam dan abah tak perasan yang
dekat tu ada lubang dan apa lagi abah terjatuh la dan 
mOtOr terbalik atas abah.
Time tu pun dah pukul 11 macam tu tapi selamat la ada kawan2 abah
yang tolong dan lubang tu tak dalam sangat
dan abah kata la kalau la lubang tu dalam mesti abah
dah MATI, tapi syukur kehadrat ilahi
kerana ALLAH masih sayangkan dan masih lindungi abah.
Semoga abah sentiasa dilindungi dan dijauhi dari kecelakaan
dan panjangkanlah umur abah !!

Tapi masa jatuh tu abah tak bagi tahu anis pun..
Anis pun marah lah abah kenapa tak bagi tahu
tapi abah kata saja tak nak bagi tahu sebab abah
tak jadi apa2.

Alhamdulillah abah tak jadi apa2....

~ Pinkystorymory ~

HURT

Anis kecewa dan sedey sangat dengan 'M' sebab 'AT'..
Hari tu anis duduk kat rumah 'M' dan malam tu ada la
cakap2 sikit pastu kak ada cakap sesuatu pasal 'AT' 
ni yang mana anis tak berapa suka cara 'AT'.

Oleh kerana 'M' tak dapat nak terima
anis ber'gaduh' mulut dengan 'M'. Bukan bermaksud anis tak suka
tetapi anis cuma tak suka satu je cara dia tu.
Disebabkan itu anis dan 'M' tak bercakap.
Di sini memang anis nak bagi tahu yang kenapa sekarang bila cakap
benda yang tak puas hati pasal 'AT' je mesti 'M'
akan bantah dan bangkang dan seolah2
tak kisah tentang kami dan hanya nak menangkan 
'AT' je. Anis sakit hati sangat sejak2 dah ada pertalian ni
'M' asyik salahkan kami je bila kami cakap pasal 'AT'.

Tak kan 'M' tak dapat nak baca apa yang kami fikrkan
dan apa yang kami harapkan.
Anis sekarang terima 'AT' seadanya cuma anis belum
dapat nak bergaul mesra dengan 'AT'.
Walaupun 'AT' cuba nak ambik hati kami, tapi kadang2 ia tak menjadi
dan menyebabkan kami tidak berkomunikasi.
Memang anis rasa bersalah dan berdosa tapi anis ni pulak jenis 
keras hati dan susah nak mintak maaf
walaupun anis tahu yang itu salah anis dan anis perlu mengungkapkan
perkataan MAAF.

Salah ke kalau anis menegur?
Salah ke kalau anis luahkan ketidakpuasan hati?
Salah ke??

Anis tahu anis bersalah
Anis tahu anis berdosa
Anis tahu anis tak dapat menerima

Maafkan anis kalau anis bersalah
Maafkan anis kalau anis berkasar
Maafkan anis kalau anis menyakiti
Maafkan anis andai mengguris perasaan

Tetapi mengertilah bahawa anis tidak bermaksud dan terniat 
pun nak bertengkar dan berlawan.
Tetapi perkara yang berlalu tak dapat diundurkan kembali
kerana ia sudah pun terjadi.

MAAFKAN ANIS !_!

~ Pinkystorymory ~

Tak ku Sangka Tak ku Duga

Sebelum ni anis pernah praktikal kat satu kilang ni
anis praktikal dengan budak USM sekali
tapi diorang kerja bahagian lain la.
Baru2 ni salah seorang daripada diorang ni nama dia
Amalina Omar dan dia pun tiba2 je
bukak FB kak anis dan dia tengok la gambar family anis
dan time tu dia tengok dengan family dia,
tiba2 dia mesej anis dekat FB 
dia tanya la nama mak ayah anis pastu anis pun bagi tau lah
dan dia kata la yang mak ayah dia kenal mak ayah anis.
Kesimpulannya, mak ayah anis dan mak ayah dia SEPUPU
dan anis dengan dia kira DUA PUPU la...huhu
Tak sangka pulak yang kami ni ada sangkut paut dah la pernah praktikal
sama2 lagipun sebelum ni memang anis tak pernah 
jumpa dengan family dia jadi macam secara kebetulan pulak.

Jadi ayah pun bagi tahu yang anis ni pangkat kakak, jadi dia
kena panggil kat anis kakak la...hahaa
kelakar pulak....

~ Pinkystorymory ~

Baju...Baju

Hari ni anis nak cerita tentang baju
baru2 ni anis pegi umah ayah dan anis pun kemas2
lah umah ayah tu.
Anis tengok la baju yang tak pakai tu banyak
sangat yang pelik macam mana lah baju tu jadi sebanyak
tu sampai 5 plastik sampah.
Hahaha tu pun campur dengan baju adik dan ayah sekali
baju adik tu memang dah tak muat sebab
dia tu semakin besar dan bukan kecik baju tu ley la
dah kecik..hehehe
Baju2 anis pun ada yang tak muat dan ada yang 
tak nak pakai dah
lagi pun baju2 tu nak sedekah kat kawan2 mak
yang memang dari dulu family anis bagi
pakaian yang tak dipakai tapi
pakaian yang elok lagi la.
Kalau nak buang pun rugi jadi baik bagi kat orang yang
tak berkemampuan...
Semoga ini dapat membantu mereka sekeluarga..


~ Pinkystorymory ~




hOliday

Agaknya bila lah anis dapat bawak
family pegi holiday..
Tapi with my Own mOney.
Mesti kita akan happy kan bila
bawak family pegi bercuti
guna pulak tu duit kita sendiri hasil dari
titik peluh kita.
Selama ni asyik guna duit mak ayah je
sekarang ni sudah tiba untuk 
mak ayah merasa duit kita pulak...
Lepas habis belajar ni anis kena fokus untuk
cari kerja pulak dan anis berharap
yang anis akan mendapat pekerjaan yang dapat
menjamin masa depan dan dapat membantu
mak ayah dari segi kewangan.
Biarlah duit anis berhabis kerana family
dan jangan berhabis dengan benda yang bukan2.
Anis teringin sangat suatu hari nanti impian anis
akan terlaksana dan termakbul..AMIN

Need sOmeOne

Sunyi kan bile tak de teman?
tu buat yang tak de pasangan la macam anis
ni...heee
bukannye ape sekali sekala teringin
gak nak bermanja2, berkongsi cerita,
bergurau senda, keluar sama2..
Anis pun tak tahu kenape menjak dua menjak
ni anis jadi jeles bile tengok
pasangan kapel ni
geram pun ada, meluat pun ada
hahhaha macam2 la anis ni.
Bukan anis ni desprate nak sangat ada
Boyfren cuma perasaan nak 
tu ada la jugak..
Benci...Benci..Benci...
bila perasaan jeles ni wujud.
Anis macam dah serik pun ada nak berkapel
ni..yla kebanyakkannya semua mengecewakan
hati anis je. Bukan anis
nak kata yang lelaki ni tak guna
cuma sestengah je, lagipun kita kena jugak
pandai memilih, buatnya silap pilih
tak ke Rosak..

Bila lah anis nak jumpa dengan pasangan
hidup anis ni...sambil2 tu nak berangan cikit la..hee

ciNciN

Baru2 ni anis konvo
dan time beratur anis nampak la kat jari
husna ada 2 cincin sebelah dan kanan
anis dengan slamber dengan muka tak malu
mintak kat una satu cincin

Dia pun tak kisah dan terus bagi kat
anis cincin yang dia pakai tu
anis ingat nanti nak bagi balik la dekat dia
tapi macam mana anis boleh terlupa.

Time balik rumah baru anis ingat 
dan anis mesej la kata 
yang cincin anis terlupa nak bagi
lepas tu dia kata nanti la bagi kalau
jumpa atau nak ambik terus pun tak pa

Anis segan la nak simpan lama2 dekat anis
lagi pun tu cincin dia kan...
yang penting cincin dia tu hari2 anis pakai
hehehhee
bila buang rasa lain pulak..

hahhaa macam la cincin ni BOYFRIEND 
yang bagi.....

Anis seyesly kalau pakai cincin
memang sayang nak buang..
jadi anis akan jaga cincin ni baik2 
sehingga anis bagi balik dekat una..

Biar cincin ni jadi ingatan anis
dekat una yeee...hihihi
Sayang Una...^_*

SaLam TakziAh


Anis nak ucapkan salam takziah buat
Azewan sekeluarga diatas pemergiaan ayahanda
tercinta ke Rahmatullah semalam.
Anis pun baru tahu pasal ni dari adik beliau.
Kematian ayahandanya jugak secara mengejut semasa 
ayahandanya bermain sepak takraw.
Azewan yang belajar dekat Polimas segera pulang ke rumah
apabila dikhabarkan berita tersebut.
Dia tak sempat nak berjumpa dengan ayahandanya buat
kali terakhir.
Anis bila dapat tahu jugak rasa sedih dan anis
berharap dia dan keluarganya tabah dan sabar
dalam menghadapi semua ini.
Banyakkan sedekah al-fatihah dan berdoa agar
rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan
dikalangan orang2 yang beriman.
AL - FATIHAH

Cemburu !!!

Tetibe je anis rase jeles dengan pasangan yang kapel
aishhh tak masuk akal langsung.
Yla sudah masuk tahun kedua anis tidak terikat
dengan mana2 lelaki. Bukannya
 tidak suka tetapi anis rasa malas nak ada hubungan
dengan lelaki kalau setakat kawan
tu boleh la bila nak lebih2 ni jadi malas nak layan pulak.
Tapi bila tengok orang lain berkepit atau berpegangan
tangan dengan pasangan masing2 anis rasa CEMBURU
macam sweet je diorang.
Anis tahu yang anis tak boleh nak terikat dengan
mana2 lelaki tapi mungkin suatu hari
nanti pintu hati anis akan terbuka untuk menerima
cinta dari seorang lelaki.
Kalau boleh biarlah lelaki tersebut terus menjadi
suami anis tanpa perlu KAPEL2...huhu
Bercinta lepas kawin lebih manis...
hahahha Sooo Sweeetttt
 LOL

~ Pinkystorymory ~

kOmbO...kOmbO...kOnvO

Alhamdulillah....akhirnya dapat jugak anis menggenggam
segulung diplOma....
Bahagia rasanya bila dapat membuat mak ayah bangga
dengan kejayaan anis.
Dalam family anis seorang yang dapat
segulung diploma dan merupakan harapan family.
Anis harap yang anis tak akan sia2kan 
harapan family.
Doakan kejayaan anis ye..
Mudah2an anis dapat mencari pekerjaan yang
baik dan jika ada rezeki lagi
anis akan sambung belajar lagi ke peringkat IJAZAH
insyallah....Doa2kan ye...

08/10/2011
Merupakan tarikh anis berkonvo di Klana Resort, Seremban

Pic2 anis bersama kawan2











Kenangan terindah apabila dapat bersama2 KONVO
lepas ni kita susah dah nak berjumpa
Rindu kenangan kita bersama.

~ Pinkystorymory ~

GelaranKu

Sejak belajar kat kolej ni macam2 gelaran yang anis dapat..
1. Kak chik
2. Pipi
3. Kecik
4. Budak sekolah
5. Penyu
6. ANIS ni mmg panggilan tok anis 

orang first yang memanggil anis kak chik ialah zack @ pak long
tu gelaran yang anis panggil kat dia.
Pipi pulak abg senior entah nama apa anis pun
tak ingat cuma anis tahu nama dia wan, panggilan pipi ni lekat 
sebab da satu hal yang berlaku dan terus dia 
ejek dengan panggil anis PIPI.hehe
Kecik pula abg senior jugak yang panggil nama dia anis panggil
abang apan dengan dia pun anis boleh kenal pun sebab
ada sesuatu hal yang membuatkan anis rapat dengan dia.
Budak Sekolah budak kelas anis yang panggil nama dia 
Zam, anis panggil kat dia gigi tak dak...hihi kelakar kan?
yela anis kan kecik jadi hari2 la dia kata tak pergi sekolah ke?
disebabkan gigi depan die tak de anis panggil la gigi tak dak..
hahaha anis sorang je yang panggil cam tu kat die.
Penyu lak Abg Senior jugak nama dia Dafil dan anis
panggil kat dia Abg BuayA...huhu
entah macam mana terkeluar buaya daaa....
Anis memang sejak dari sekolah rendah lagi orang memang 
panggil nama anis..heee
tapi ada jugak budak pompuan yang panggil anis 
Kak Chik tapi anis tak kisah sebab dah terbiasa
dengan panggilan nama tu..
Bila ingat2 balik rindu la nak dengar orang GELAR nama anis
dengan macam3 nama.. ^_*


rindu sangat2 time ni !!!!

~ Pinkystorymory ~

RINDU


nak dekat 4 bulan kita berpisah dan time konvo la kita
nak berjumpa kembali kan?
tak sabar rasa nak peluk cium korang
hehe...RINDU la...
walau berjauhan kita tetap berhubung kan?
walau lama tak bertemu kita saling rindu merindu kan?
walau jarak memisahkan kita tapi kita tetap seperti dulu kan?

dalam masa 2 hari lagi kita nak jumpa
yeaayyy...yeaayy...
tak sabar jugak nak jumpa orang lain
dak DPP group A
rindu nak masuk kelas
rindu nak gurau same2
rindu nak gosip2
rindu nak gaduh2
arghhh rindu la kat semua
walaupun kita tak serapat dan tiada sefahaman
kita tetap KAWAN kn?
banyak memori kita bersama kan
pergi Langkawi, pergi Cameron Highland
pergi Gunung Stong dan lawatan2 yang pernah kita pergi bersama.

Segala memori kita tetap dalam ingatan
DPP group A  memang best



Miss U aLL !!!!

AINA
HUSNA
ALONG
AYU
AYANG
YAH
SYIFA
IKA

Tak sabar rasanya nak jumpa dengan korang semua
Tak sabar nak bergosip2 dengan korang
Tak sabar nak tangkap gambar banyak2 dengan korang
Tak sabar nak bergelak tawa dengan korang

Banyak betul kenangan kita kan?
Banyak cabaran suka dan duka yang telah kita tempuhi bersama

Korang semua memang spOrting
Korang semua memang kawan the best 
Korang semua memang suka ambil berat diantara satu sama lain

2008 - 2011
3 tahun masa yang lama kita kenal
bukan mudah untuk melupakan korang
walaupun banyak perkara yang menyakitkan 
kita tetap bersama.
Janganlah kita melupakan satu sama lain ye...
Tak sabar nak jumpa time konvo ni..

MISS U ALL ! ! !
MUCH2 LOVE

SemOga BahagiA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tiba-tiba jantung berdegup kencang
bila anis buka FB 'si dia' yang kini menjadi sejarah
apabila dia sudah menemui penganti yang baru.
Anis harap semOga mereka bahagia, lagipu anis sudah 
buang dia dalam hati anis
jadi buat apa anis nak cemburu atau sakit hati
kan...?


Senyum melihat kebahagiaan mereka berdua ^_^