Pengikut

Pertunangan Mak Cik


Ni la mak cik anis selamat menjadi tunangan orang pada 15/7/12
tempoh pertunangan mereka mungkin setahun ataupun lagi cepat.
Tak sangka mak cik pun dah bertunang, walaupun umur baru
20 tahun....elok la kembar dia pun kawin umur 19 sekarang bakal
jadi ibu...Depa semua duk kata kat anis dan kak nak dekat
tua dah tak kawin2 lagi tapi nak buat macam mana kan belum ada
jodoh lagi..
Ni kembar dia...kembar tapi tak serupa
Kebetulan kawan anis pun dia bertunang jugak nama dia
Che Mastura Bt Che Abdullah

Cantik kan?? lagi pun anis tak boleh nak pergi rumah dia
sebab dia duduk kat pahang..jauh sangat...hehhehe
nanti kalau kawin insyaallah boleh pergi tu pun tak janji lagi....


Syukur Alhamdulillah

Akhirnya impian untuk ada lesen sudah tercapai sebab anis baru ja
dapat lesen P...hehehe walaupun baru sekarang nak ambik lesen.
Tapi disebabkan anis dan kakak dah dapat lesen, jadi abah pun nak belikan
kami kereta tapi disebabkan abah dah pencen jadi nak beli kereta baru tu
memang tak dapat la..JADI
jeng
jeng
jeng
jeng
jeng


Walaupun secondhand tapi puas hati la sebab ayah beli Cash...
tambah2 impian nak ada kereta sendiri...
Syukur Alhamdulillah...
Kereta ni no plat sama dengan Pak Ngah PFT..hehehe warna pun
sama kira semua sama laa....Tapi elok la kereta anis dan kak sama dengan
Pak Ngah dan kereta Mak Cik sama dengan Mak Lang...huhu
Macam kebetulan pulak no plat sama...

Nur Balqis Binti Hamihazrie



Rindu sama ini budak agak lama tidak berjumpa
tapi semalam dapat jugak melepaskan rindu dekat dia.
Semalam rumah kak Diana mak Balqis ni ada kenduri sikit
kenduri tahlil dan sambut Ramadhan. Kira akhirnya dapat jumpa
jugak la, tapi bila dia dah besar ni memang tak mahu dekat orang
lagipun dengan anis pun dah tak mau sebab tak kenal.
Lagi 18 hari umur dia genap setahun, memang lain dah muka
dia macam tak percaya dia dah besar sikit.


Rasa2 ada perubahan tak?? hehe makin comel kan??

Bertemu Kamu

Setelah beberapa kali asyik tertangguh ja akhirnya bertemu juga
dengan kamu HUSNA dan DAYAH walaupun sekejap itu sudah cukup
sebab kita pun lama tak jumpa kan....Tu pun kebetulan
ja anis pi penang sebab mak ngah masuk hospital kat sana dan jugak
dekat dengan tempat kerja diorang jadi lagi senang la..
Tapi anis jumpa HUSNA dulu baru jumpa DAYAH  sebab diorang balik
dan kerja tak sama..


Walaupun sekejap sempat lagi tau nak tangkap2 gambar ni...
Bila pulak la nak jumpa kan???

MUHAMMAD ADIB RAYYAN


Nampak terserlah tak wajah keibuan anis???hehe
ni bukan anak anis sebab anis pun belum kahwin lagi,..tettt
Ni sebenarnya anak mak ngah anis dia baru dilahirkan petang semalam
namanya MUHAMMAD ADIB RAYYAN BIN AZLAN
nama anak bukan main panjang lagi nama ayah pendek je.
Mulanya memang tak sabar la nak jumpa dengan Rayyan ni bila dah
jumpa puas hati..COMEY...geram macam nak cubit2 pipi dia.
Dekat situ dialah yang dilahirkan paling besar iaitu 3.65 baby lain semua
kecik2 je dan suara dia bila nangis pun paling kuat.


Rayyan bersama Tok Mak







Syukur ALHAMDULILLAH Rayyan dan mak ngah selamat
dan sihat...esok mungkin dah boleh keluar hospital....
Tak sabar nak tunggu Rayyan balik...dan nanti petang
nak pergi jumpa dia......