Pengikut

Miss You

Rasa menyesal pulak bila baru ja dua hari balik dah macam2 benda yang terjadi. Anis balik penang hari ahad, dan dalam masa 2 hari tu hari isnin dan selasa, nenek sakit teruk sampai lagi susah nak tidur, tidur pun sambil duduk.

Memang sedih dengar tok anis cerita, diorang buat macam2 supaya nenek anis boleh tidur dengan selesa. Hari isnin diorang bawa nenek pi tambah air garam dan lepas tu nenek nampak sihat lagi sebab anis sempat cakap dalam telefon dengan nenek. Tapi sekejap ja nenek baik lepas tu nenek sakit balik, diorang dah tak ada cara lain lagi melainkan bawa nenek pi hospital pada hari selasa.

Doktor cakap yang tulang nenek semua retak sebab tu nenek sakit tak boleh tidur, bila jalan pun dengar bunyi tulang berlanggar. Tapi hari rabu kami semua pi sana tengok nenek sebab depa cakap yang nenek makin teruk, petang tu kami terus pi hospital, bila tengok keadaan nenek tu memang sedih sangat hati anis. Anis tak dapat menahan airmata dari terus mengalir sebab nenek duduk tak diam sebab sakit sana sakit sini.

Sekejap2 kena ubah nenek sebab nenek tak selesa time nak ubah tu pun nenek meraung "" Sakit...sakit...'' memang tak sampai hati tengok nenek macam tu. Malam tu kami pun balik la lepas tu tok lang datang rumah pukul 4 pagi (waktu thailand) datang rumah bincang kata nak bawak nenek pergi hospital hatyai mungkin kalau bawak pergi sana harapan nenek nak sembuh tu ada.

Tapi pagi rabu tu Tok Lang (perempuan) datang rumah kata nenek makin teruk dan dah tak boleh nak buat apa dah sebab nenek dah tak bercakap dan tengah hari tu nenek dibawa balik ke rumah supaya semua adik beradik sedara mara boleh tengok. Anis memang sentiasa di sisi nenek tak berganjak ke mana dah. Anis sempat baca yasin 2 kali masa nenek tengah nazak.

Anis sempat bisik dekat telinga nenek '' '' nenek...ni angah ni nenek '' '' lepas tu nenek jawab '' '' angah '' '' sambil mata terbuka lepas tu tertutup balik dan anis sempat jugak beberapa kali ajar nenek mengucap. Mungkin sebab nenek pakai oksigen tu yang nenek susah nak PERGI jadi depa buat keputusan nak buang oksigen nenek tu tapi anis tak sanggup dan depa kata tu untuk memudahkan nenek PERGI dan supaya tak terus seksa nenek.

Luluh, hancur dan pedih hati anis bila tengok nenek semakin lemah dan akhirnya nenek telah PERGI buat selama2nya.. Satu2nya nenek kesayangan anis telah PERGI jauh...jauh...nun dialam lain.. Walau apa2 pun anis redha dan dapat menerima bahawa nenek telah PERGI menginggalkan kami semua.  Rasa nenek pergi dengan senang sekali bila nenek sentiasa sebut nama '' Allah...Allah...Allah '' sampai akhir nafas.

Semoga roh nenek tenang di alam sana , dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan soleh dan solehah.. Al-Fatihah..

1 ulasan:

Messy Girl berkata...

Aku sedih la bca bnda ni ..
Dah mmg masa die da smpai anis..
Lepaskan arwah pergi k
Jgn lupa doakan die..
Take care