Pengikut

2 Minggu

Anis baru ja balik dari SATUN, THAILAND,
anis pergi sana sebab nenek SAKIT jadi kami bertiga
iaitu mak, anis dan kak kena la jaga. Lagipun kami semua
tak buat apa jadi ada la masa nak jaga nenek.

Mula2 nenek sakit kepala sebab dengar berita yang Tok Su (lelaki)
kena strok lepas dah baik sikit sakit kepala nenek sakit tulang punggung
nak tido pun susah sebab sakit. Sampai tak boleh nak tidur, jadi Tok Lang
bawak nenek pi klinik nenek kena cucuk. Doktor kata 'Tulang Tindih Urat'
tu yang nenek sakit sampai susah nak berjalan, bangun dan berdiri.

Lepas tu pulak malam tu nenek tak boleh tidur lepas makan ubat, kalau
nak tido kena duduk kalau tak sakit. Anis la yang kena peluk nenek dari
belakang sebab takut nenek jatuh. Malam tu macam2 cara buat nak bagi nenek selesa tidur tapi tak boleh jugak, macam nak menangis ja bila tengok nenek macam tu.

Hari ni baru kami balik walaupun nenek belum baik lagi, sebab nak selesaikan urusan dekat rumah dulu dan kalau boleh nak pi sana balik. Masa sampai rumah tadi dapat pulak panggilan dari Mak Tok yang jaga nenek sekarang kata nenek tak sedarkan diri masa pi buang air kecil. Time tu memang dah sebak sebab kami baru sampai dan dapat berita macam tu pulak, tapi Mak tOk kata lepas gerak2 nenek, nenek sedar juga lagipun mungkin nenek mabuk ubat tidur yang doktor bagi tu. Dah 3 hari nenek susah tidur, mungkin tadi tu nenek terlampau mengantok sangat sampai tak sedar.

Baru2 ni nenek macam pelupa kadang2 tanya soalan yang sama banyak kali
dan nak ambik air sembahyang pun kadang2 tersilap. Tapi nenek memang kuat walaupun sakit dan susah nak jalan sembahyang tetap tak tinggal.


Nenek sangat2 putih semua orang kalah dengan nenek...hehehhe
semoga cepat sembuh nenek...
makan banyak2 tau 

1 ulasan:

♛ Dea Arematt ♛ berkata...

semoga nenek awk sembuh cpat..:)

tag awk

http://nuruldya13.blogspot.com/2012/05/1st-giveaway-by-nabila-medan.html