Pengikut

Moga Berbahagia

Dulu banyak janji2 manis yang ditaburkan
sekarang entah kemana hilangnya janji2 itu semua mungkin
sudah lari bertempiaran.
Wahh ayat tak boley blah....
Bukannya apa cuma hati anis sedikit terguris
disebabkan 'dia' yang dulu penah menjadi
sebahagian di dalam hidup anis.
TApi sekarang sudah tidak lagi, yang mampu anis katakan
semoga dia berbahagia dengan insan yang 
lebih menyayanginya daripada anis.
Walaupun dalam hati terima ketentuan tapi bila anis
tengok kebahagiaan diorang anis jadi cemburu 
dan sakit hati...hahahhaha
macam pelik je walaupun dalam hati da tak suka.

Untuk Kakak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dear Kakakku,
Dikesempatan ini angah ingin memohon ampun dan maaf dekat along jika selama ni angah ada terkasar bahasa sehingga mengguris perasaan along. Biasa la adik beradik siapa yang tak pernah bergaduh bermasam muka kan, kita juga tak lari dari melakukannya. Walaupun kita selalu bergaduh tapi sekejap je boleh baik, perangai masing2 memang tak boleh nak dikawal.

Banyak rahsia yang kita simpan sama2
Banyak kenangan kita berdua
Banyak yang telah terjadi dan ia mematangkan kita
Kemana sahaja kita pasti bersama
Kalau gosip2 memang kita no 1..hee

Biarpun kita tak pernah ucap SAYANG tapi angah nak along tahu yang angah sayang sangat2 dekat along dan harap hubungan kita akan sentiasa baik.

Lesen...Lesen

Wahai cik anis,
bila anda mahu pergi ambik lesen haaa
cepat2 lah pergi ambik
Kalau asyik rasa takut je sampai bila2 pun anda
tak akan dapat berbuat apa2.
Lagi cepat anda pergi ambik lagi cepat lah
anda akan mendapat kereta..heee

Dalam hati memang kalau boleh nak pergi ambik sekarang
tapi bila difikir2 asyik rasa takut je sampai nak pergi
ambik pun malas.
Hari2 asyik ditanya soalan yang sama oleh mak
Bila nak p ambik lesen??
Bila nak p ambik lesen??
Cepat la p ambik buat apa nak takut..

Memang la rasa seronok kalau ada lesen dan nak dapat 
kereta pulak tu sapa yang tak mahu kan??
KAlau dah ada lesen nak buat apa pun senang
nak cari keje senang nak kuar jalan2 senang tak payah
nak harapkan orang dah semua boleh buat sendiri.
Semangat...Semangat..

Yakin boleh !!!





Private Number

Anis hairan betul la kenapa PRIVATE NUMBER
ni asyik CALL anis dengan buat 3G
Dah la suka call tengah2 malam menganggu orang nak tidur je.

HAri tu anis tersilap pegi angkat call die tapi anis
tak tengok pun anis biar je henset tu dan
masa tu anis nak tengok la die da letak ke tak rupa2nya die
buat benda yang tak senonoh...bongok betul
Apa lagi anis terus end call
lepas tu die duk call banyak2 kali terus anis tak
angkat dah. Die call tu setakat nak buat benda tu baik tak
payah nak call dan sampai sekarang die duk call anis
tak penah angkat. Geram betul la..
Dah tak da keje lain kot nak buat kalau ye pun 
dah tak tahan KAWIN je la senang leh buat hari2...


  
 

Berubah

Suatu masa dahulu anis memang seorang yang degil, tak dengar cakap, kuat melawan, sembahyang tak penuh dan macam2 lagi la perkara yang anis buat. Tapi sekarang anis sudah banyak berubah mungkin kerana ALLAH da buka pintu anis dan juga disebabkan pengaruh kawan2 jadi anis dapat melakukan perubahan yang amat ketara sekali. Anis sudah Bertudung dan Solat mungkin sebelum ni anis alpa dan mengingkari suruhan ALLAH, tapi sekarang syukur Alhamdulillah anis dapat berubah dengan sendirinya.
Walaupun dulu banyak jugak nasihat2 yang anis terima supaya berubah tapi jenis anis kalau nak berubah biarlah dengan hati yang ikhlas tanpa ada paksaan dari mana2 pihak.
Jiwa semakin tenang
Sifat kurang sabar dapat dikurangkan
Sentiasa fikir positif
Yakin pada diri sendiri

Anis berharap yang perubahan ini akan kekal dan bukan sementara sahaja semoga anis dapat menjauhi segala yang dilarang dan hari2 anis akan bertambah baik.