Pengikut

~~ Kereta Busuk ~~

Cerita ni dah lama jugak, masa tu aku tingkatan satu. Nak cerita secara detail aku pun tak berapa ingat cerita ni. Cerita yang aku nak cerita ni pun takdelah seram sangat pun, tak taulah aku kalau ada daripada pembaca yang rasa seram jugak. Masa tu aku ingat lagi kecoh kat sekolah aku pasal ada sebuah kereta Proton Saga Aeroback yang dijual dengan harga murah, tak sampai RM 500 pun. Memang murah gila, yelah mana nak dapat kereta murah macam tu dan masih baru lagi. Kereta tu second hand tapi baru je pakai beberapa bulan dan pemiliknya telah menjual pada satu kedai kereta terpakai. Tapi kereta tu takde seorang pun mahu membelinya. Heran bukan? Memang heran pun aku sendiri pun heran, mesti ada udang disebalik batu.
Sebab musabab kereta tu tak laku bukannya kerana dah tak boleh digunakan atau rosak, kereta tu masih sempurna lagi dari segi zahir dan batinnya… cewahhh. Tapiiiiiiii ni aku nak kaboo ke mung ni (terengganu pulak aku ni) bila bukak je pintu kereta tu, peeehhhh mengeluarkan satu bau yang amat busuk, masyaAllah tak taulah nak kata macammana dia punya busuk, aku rasa bau taik aku pun kalah. Memang busuk sangatlah. Itulah puncanya kereta tu tak laku. Nak ikutkan puas juga orang kedai tu bersihkan, macam-macam jenis syampu pakai tapi memang bau tu tak mahu hilang jugak.
Ceritanya macamni, aku pun ingat-ingat lupa sebenarnya. Lebih kurang macam ni la, pada suatu hari pemilik kereta asal ni balik dari kerja (nak mudahkan cerita aku bagi nama  kat pemilik ni Zues lah, senang sikit tapi bukan nama sebenar), si Zues ni balik pada hari ni agak lewat sikit, yelah banyak kerja la katakan pada hari tu. Dalam perjalanan pulang si Zues akan melalui satu tanah perkuburan, memang tiap-tiap hari dia ikut jalan tu. Tapi dah biasa agaknya si Zues ni takdelah rasa apa-apa lalu kat situ. Kebetulan selepas saja melalui tanah perkuburan tu ada seorang wanita tahan kereta si Zues ni, masa tu lebih kurang pukul 8:30 malam. Pada mulanya si Zues ni tak mahu berhenti yelah dah malam-malam macam tu, entah kenapa pulak hati dia ni tergerak pulak nak berhenti. Si Zues menekan butang auto windowsnya,
"Nak kemana ni cik adik?", tanya Zues pada wanita tu.
"Saya nak baliklah bang, dari petang tadi saya tunggu bas, takde satu pun yang lalu, kalau abang tak keberatan boleh saya tumpang?", tanya wanita tersebut pada Zues.
"Emm boleh jugak, rumah cik adik ni kat mana?", tanya si Zues lagi.
"Alaa bang tak jauh pun, dekat kawasan perumahan yang dekat dengan restoren lj tu."
"Ohhh restoren tuuuu, emm kat situ nasi lemak dia memang sedap tu, emm naiklah saya pun memang lalu tempat tu", Tanpa berlengah lagi si Zues pun membuka pintu keretanya.
Wanita tadi pun naiklah kereta si Zues. Wangi jugak, ntah minyak wangi apa entah dia pakai. Si Zues tak banyak tanya dengan wanita tu, malulah tu konon yelah boleh tahan jugak lawanya. Tak sampai satu kilometer wanita tu suruh berhenti.
"Opssss, berhenti sini bang", dengan nada yang agak kuat.
"Eh! Apsal berhenti kat sini pulak? Kan ke belum sampai lagi", Zues hairan.
"Tu ha, rumah saya", dengan menuding jari kearah satu tempat.
"Takde pun?", Zues kehairanan.
"Adalah bang, takpalah saya turun sini ye, terima kasih kerana tumpangkan saya nah ambil lah kain ni tanda terima kasih saya, simpan elok-elok ye bang jangan buang pulak simpan je kat dalam kereta ni". sambil menyerahkan sepotong kain pada Zues.
Si Zues ni pun tanpa banyak tanya dia pun terima kain tu. "Oklah, Baik-baik jalan tu" dengan agak kehairanan dengan apa yang terjadi. Si Zues ni pun baliklah rumahnya dengan kain yang diberi oleh wanita tadi. Untuk pengetahuan, si Zues ni dah berkahwin.
Keesokan harinya pula, kebetulan besok tu hari minggu si Zues ni banyak menghabiskan masa dirumah bersama keluarga. Si Zues ni biasalah dah hujung minggu ni takde keje lain dia basuh kereta la, kereta barulah katakan baru je sebulan pakai, dia basuh kereta dengan bini dia. Tengah bini dia dok vacumm dalam kereta, "Eh kain apa ni bang? Wangi je kain ni, abang keluar dengan perempuan mana pulak ni bangggg???" Zues pandang pada kain tu, dia teringat pasal wanita tu, "Takdelah Nazira, semalam masa abang balik ada sorang perempuan nak tumpang, lepas tu dia bagilah kain tu tanda terima kasih, alaaa takde apa-apalah biar jelah kat situ jangan dibuang" si Zues cuba menenangkan keadaan isterinya. "Abang jangan memain dengan saya bang" dengan keadaan yang agak marah si Nazira buang kain tu kedalam tong sampah. Si Zues membiarkan saja apa yang dilakukan oleh isterinya tu, yelah karang dilarang lain pulak jadinya (takut bini jugak mamat ni). Si Nazira ni pun terus masuk ke dalam rumah meninggalkan si Zues yang sedang memegang berus, Zeus diam tak terkata apa dengan sikap bininya tu, merajuklah tu biasalah orang perempuan cemburu, cemburu tandanya sayang tu.
Berlalulah bab tu, pada keesokannya seperti biasa si Zues ni bangun pagi dan bersiap-siap nak pergi kerja. Tengah dok nak buka pintu kereta, Zues terbau bau yang sangat busuk bau tu datang dari kereta dia, bila dibukanya pintu kereta bau tu semakin kuat pulak. Terus si Zues ni panggil bini dia, "Naziraaaa!!!! Mari cepatttt!, "Ye bang" jawab bininya "Ada apa abang panggil saya?" "Kenapa kereta ni bau busuk sangat ni? Kamu basuh macammna kereta ni semalam sampai keluar bau busuk macamni?" dengan nada yang agak tinggi. "Apa pulak bang, manalah saya tahu abang yang sudahkan basuh kereta ni semalam". "Ish macammana boleh busuk macam ni?" serba tak kena si Zues dibuatnya.
Di pendekkan cerita, Zues mengambil keputusan menjual kereta tersebut setelah puas berikhtiar menghilangkan bau pada keretanya itu. Zues telah menjual kereta itu di salah sebuah kedai kereta terpakai dekat Cheras kalau aku tak silaplah. Lama jugak kereta si Zues tersadai kat kedai tu, takde sorang pun nak beli. Emm begitulah serba sedikit ceritanya, tak taulah aku apa cerita kereta tu, tapi ada jugak terdengar cerita kereta tu dah ada orang yang beli, yang beli tu pulak aku dengar cerita orang yang ada ilmu jugak la, tah macammana dia buat kereta tu pun hilang baunya. Wallahuaklam.

~~ Kisah Mat Rempit ~~

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!



keanak-anakan

ai2 semua..selamat malam
malam ni macam mane sihat?sudah makan?
ade yang tengah study kan jadi selamat menstudykan diri ye..hihi
good luck pade semua yang tengah final exam..

malam ni anis jadi hepi semacam je..huhu
bukan nye ape tapi entah la malam ni mood gila2 sudah mari..
adik dan abah pun melayan je anis ni
yela malam ni anis asyik acting like a child....wahhh
bila lagi kan nak bermanja2..dengan adik pun kadang2 suke bertengkar jadi nak gurau2 pun jadi malas tapi entah mood dye pun ok kot 2 yang ley layan anis...abah pun tengok tergelak je...
disebabkan anis ni teringin nak ade abang jadi anis panggil la kat adik 'abang' sebab dye besar pade anis..kalau orang tengok pun dye macam abang sebab besar pade anis dan akak..
dah lame tak mesra2 macam ni dengan adik...
adik ni pun dari tadi tak berenti2 makan je naik penat dah tengok dye
bile la agaknye nak kenyang...kalau boley semua makanan dye nak habiskan..
pening2 tengok adik ni.....janji dye bahagia sudah la...hihi

Nice To Meet You

hari pertama kita mula bertemu
hari kedua kita berbalas senyum
hari ketiga kita hubungi diriku
hari keempat rindu semakin merindu.

tanya sama hati mengapa ku berduka
tentu jawab hati kerana diri terluka.
tanya sama diri mengapa aku tersiksa 
tentu jawab diri kerana dia tak setia.

dalam hati ader taman,
dalam taman banyak lalang,
niat hati mmg nak berteman,
tp ble pkir blik idup single ag senang.

mase mule2 kenal memang saye tak menyedari kehadiran awak 
lama kelamaan kite menjadi rapat mase  2 jugak saye tak menyedari kehadiran awak
apabila semakin rapat dan selalu bersama saye tak jugak menyedari kehadiran awak
tapi kenapa sejak dua menjak ni perasaan saye lain terhadap awak
saye rase saye mule sukekan awak
saye rase saye perlukan awak
saye rase saye nak awak disisi
tapi saye tahu itu tidak mungkin sebab semua itu sudah terlambat
mungkin hubungan kite tidak akan lebey dari seorang kawan
betulkan awak???betulkan??
mungkin kite memang ditakdirkan untuk berkawan sahaja
jadi sekarang saye perlu menerima keputusan itu
buat ape nak mengharap pada yang tak sudi
tapi saye rase bersyukur sangat sebab awak sudi jadi kawan baik saye 
dan awak salah seorang lelaki yang saye rapat dekat kolej ni
selame saye kenal awak saye senang dengan sikap awak itu
selama ini saye cube rahsiakan dari kawan2 saye tapi entah macam mane diorang dapat tahu pulak yang saye sukekan awak mule2 memang saye tak nak mengaku tapi dengan diorang saye tak boley nak tipu tapi diorang rahsiakan hal ini tak semua orang yang tahu..
kalau boley saye nak biarkan je tak nak bagi awak tahu tapi kalau awak pun dah tahu...entah laaa....bile difikir2kan balik biar lah saye dah malas nak fikir pasal ni kite pun lepas ni mungkin dah tak jumpe dah yela dah last sem kan jadi pasti nanti semua bawak haluan masing2...entah ingat atau lupe dekat saye ni...banyak kenangan yang telah kite ciptakan bersame dan saye harap awak akan ingat kenangan2 kite itu..harap awak akan jumpe jodoh awak dan saye doakan yang terbaik buat awak..saye pun akan teruskan kehidupan saye bersame dengan orang2 yang saye sayang walaupun awak tiada di samping saye.....
mungkin awak akan menjadi orang terakhir yang saye suke buat mase sekarang ni sebab saye lebey suke bersendirian dari berteman..
selamat tinggal kawanku tak mudah untuk aku pergi..bila wajahmu sentiasa dihati ini..


Abah demam

tadi pagi tibe2 je abah kol dan cakap yang abah demam dan suruh anis dan adik datang rumah sebab abah tak larat lagi pun tak de orang yang nak jage..anis ingat nak datang rumah abah hari rabu tapi dah tadi abah suruh datang jadi datang la tak perlu la nanti abah nak datang ambik anis..tadi nak datang rumah abah selamat kawan mak yang tolong hantarkan..
mase anis dapat panggilan dari abah dan abah bagi tau yang abah tak sihat dan tak larat hati anis dah berdebar2 dah takut jadi ape2 kat abah sebab sebelum ni abah tak pernah kol pun bagi tau kate demam or sakit kecuali kalau anis tanye baru abah bagi tau..terus la anis ajak adik datang rumah abah, time 2 macam2 dah anis fikir takut benda buruk yang berlaku...alhamdulillah anis tengok abah sihat sikit time kami sampai sebab abah kena cucuk 2 jarum kat tuttt...hihi..tapi doktor pesan kalau tak baik abah kena p hospital untuk buat pemeriksaan lebih lanjut...anis akan jage abah sampai abah baik...mudah2an abah cepat sembuh..amin.

pelbagai perasaan yang dirasai

Bila dengar je minggu study week mesti da ingat yang FinaL eXam . Macam2 perasaan sekarang ni takut, sedey, gembira dan sebagainya. Da la sem last jadi macam2 yang difikirkan kerana tak lama lagi akan berpisah dengan kawan2 dan entah bila lagi la boley jumpa dengan diorang sebab diorang lah kawan yang paling berharga yang anis perolehi sepanjang anis belajar dekat sini. Baru2 ni banyak kejadian yang berlaku itu pun berkaitan dengan KAWAN kerana ada salah faham sikit yang menyebabkan hubungan kami renggang. Anis bukannye tak mahu selesaikan tapi anis tak tahu nak buat macam mana jadi anis diam je la sebab tak nak besarkan takut nanti jadi macam lain pulak.  Anis sedey sangat bila fikir2 balik pasal ni..anis rasa yang anis lah orang yang menyebabkan benda ini terjadi ye la orang yang selama ini rapat sangat dengan anis menjadi renggang dan anis pulak rapat dengan kawan yang lagi sorang jadi anis macam terabaikan cikit kawan anis ni. Bukannye anis sengaja buat macam tu tapi jadi tiba2 je anis rapat dengan orang lain mungkin sebab kami banyak habiskan masa bersama2 jadi hubungan anis dengan kawan yang sekatil menjadi renggang. Hari jumaat lepas anis kuar dengan dye berdua untuk habiskan mase berdua disamping tu nak luahkan perasaan masing2...kami g karOk dan yang touchingnye dye suke dengar lagu jangan kau ucap selamat tinggal mungkin sebab lirik tu ade kene mengena dengan kami pastu kami karOk la lagu tu tanpa anis sedari airmata mengalir dan selamat la anis dapat jugak cover sebab anis kalau menangis ambil mase yang lame untuk berenti. Memang terase gile malam tu pun dye luahkan dan anis sekali lagi menangis sebab anis tahu yang anis bersalah dan anis yang menyebabkan dye da tawar hati dengan semua ini. Disaat2 hari perpisahan terakhir ini masalah ini baru berlaku dulu semuanye ok saje anis pun tak tahu kenapa sekarang hal ini berlaku anis pun tak mampu nak menghalang tapi nasi da jadi bubur memang da tak ley nak buat ape da melainkan buat seperti biasa. Hal ini menyebabkan mudah saje anis mengalirkan airmata anis kalau boleh anis tak nak sedey2..Anis tak dapat nak bayangkan bila hari perpisahan itu menjelma dan takut nanti akan ada drama airmata pulak..hihi. Tapi anis rase mungkin hubungan kami akan ok tapi nak jadi seperti dulu balik mungkin susah sebab da terlambat lagi 3 minggu dari sekarang sedang menanti detik2 perpisahan yang mane telah terjalin selama 3 tahun. 
Dikesempatan ini anis ingin memohon ampun dan maaf sekiranya selama kita berkawan ni anis ada menyakitkan hati korang secara sengaja atau tidak sengaja, halalkan makan minum, terpinjam barang atau pape, mungkin ade yang tak senang dengan anis, anis minta maaf banyak2 ye mungkin anis tak sedar selama ni tapi korang banyak bersabar dengan karenah anis. Terima kasih banyak2 sebab sudi terima anis jadi kawan korang tika susah atau senang. Harap hubungan persahabatan kita akan kekal sampai bila2...insyallah..

The Rules Of Love

Kiss on the lips = i love you
Kiss on the ear = you are special
Kiss on the neck = i want you
Kiss on the nose = laughter
Kiss on the cheek = friendship
Kiss on the forehead = i comfort you
Kiss on the shoulder = you are wonderful
Kiss anywhere else = be careful
Play around with hair = can't live without you
Holding hand = happiness
Arms around waist = you are mine / i need you
A hug = i care
Nibble on ear = start warming
Smiling at eachother = i like you
Lifting up eyebrows / wink = flirtation
Looking around = heading true feelings
Tende kiss on the side of your lips = you're mine
Wetting your lips = waiting for a kiss
Tear drop = i'm losing you
Crying = i'm lost you