Pengikut

Apa celOp??

Tadi pukul 9 kat tv3 de cita apa celOp
tapi kamal adli berlakon nampak macam tak berapa best
sebab zizan tak da....papa pun kamal adli kira Ok la berlakon
walaupun ada sesetengah lakonan dye anis tak bape suke.
Dalam cita ni yang bagi jadi kelakar yang pelakOn nama SAWI 2
dye tu anis suka lawak pun lawak.
Apa celop tOq...hahhah
macam best pulak bila duk sebut2..haha penangan cita
hantu bonceng sungguh.
Ni baru episod pertama pun dah gelak2 da
nantikan episod seterusnya pulak..
Ok la nanti sambung lagi ye.....
Goog nite...

Rindu sama kamO semua

korang.......my sunshine friends.....anis rindu sangat dekat korang semua Aainaa Una Along Ika Ayang Ayu Yah Syifa hampir 9 bulan kita berpisah kan??? bila mau ketemu....kenapa korang jauh sangat.....tapi selamat Along dan Una dekat anis hanya seberang laut je...Walaupun dekat nak jumpa pun susah asyik tunda je kan??hehehehe tak pe satu hari nanti kita akan jumpa jugak kan??untuk melepaskan rindu masing2..... Geng Forever.... saje nak bagi tau yang saya sangat RINDU kamu semua........hihihi muaahhh2...

Nasihat buat insan yang bernama Sahabat

Kawan kenapa sekarang engkau berubah?
Kawan kenapa sekarang engkau tidak seperti dahulu?
Di mana kau yang dahulu?
Di mana salah silap yang telah engkau lakukan?

Kawan,

Di sini anis ingin menyatakan kepada ida bahawa anis sedih sangat masa tadi ida datang rumah anis, dan anis melihat perubahan pada diri ida...kenapa sampai jadi macam ni??? tapi ida tidak menjawabnya malah hanya diam dan senyum sahaja dan anis terus mengerti....Anis tahu ini bukan ida yang dulu...mana perginya ida yang dulu??? Kenapa sejak belajar jauh ida jadi berubah sampai macam tu...anis pun belajar jauh jugak tapi anis pandai je jaga diri dan sekarang anis cuba belajar untuk menjadi yang lebih baik lagi dari sekarang...Bukannya anis ingin menjatuhkan ida tapi anis nak ida tahu yang ida tak sepatutnya berubah sampai macam tu.....Kenapa dekat sana ida terlalu bebas sangat??? macam mana ini boleh terjadi??? Bila ida cerita dekat anis apa yang ida buat dekat sana memang anis sangat terkejut sebab kalau dekat sini ida tak berani nak buat tu semua.....Tambahan pulak kat sana ida tak ada sapa2 kecuali kawan2 tapi kalau kawan2 pun tak dapat bimbing ida siapa lagi yang dapat nasihatkan ida...Kira anis cukup bertuah kerana kawan2 sentiasa ada untuk menegur atau bagi nasihat jika anis ada buat sesuatu yang salah di sisi mereka tapi apa yang mereka buat itu adalah untuk kebaikan anis jugak dan anis sangat berterima kasih kepada mereka sebab telah merubah anis menjadi yang lebih baik.......Ida satu je yang anis harapkan iaitu supaya ida menjadi diri ida yang sebenar dan menjadi seperti dahulu balik......Apa2 pun anis tetap di sisi ida tak kira saat susah atau senang....Ini nasihat anis kepada ida sebab kita kenal dari kecik lagi, dan kita pun rapat kan takkan anis nak biar ida macam tu....Ok la apa2 pun anis sentiasa menyokong ida tak kira apa jua yang ida lakukan asalkan ia ke arah kebaikan....

:: Ini bukan tujuan nak menjatuhkan air muka ida tapi
sebagai nasihat dari seorang yang bernama SAHABAT ::

Dating time !!!

Hello...hello....ada orang tak....
Asal anis macam hepi semacam ni....Oppsss anis kuar dating??? haaa dengan sapa??? mesti dengan orang tersayang kan?? BF??? Ohh tidak sama sekali....hehehe sebenarnya hari ni anis kuar date dengan BFF anis la...haha lagipun siapa la anis ni kan nak kuar date dengan BF..emmm BF pun belum ada macam mana nak date....Lagipun kami dah lama sangat tak jumpa hari tu pun berjanji nak jumpa tapi tak jadi sebab anis ada kerja dan sekarang anis tak ada kerja dan dia pulak cuti jadi kitorang cadang kuar hari ni la.....Dia pun anis tengok banyak berubah time sekolah lain dan sekarang lagi lain penampilan pun banyak berubah...yang anis sedey tu dulu dia pakai tudung tapi sejak belajar dekat melaka dia terus tak pakai tudung sampai sekarang....Macam terbalik pulak dengan anis sebab dulu anis tak pakai tudung dan sekarang dah pakai...Anis pun malas la nak kata apa nanti macam campur hal dia pulak..tapi anis ada jugak tanya kenapa tak pakai dan dia cakap entah la....pastu ley pulak gelak2......
Tapi apa2 pun anis harap dia akan berubah satu hari nanti....Aisshhh anis ni melalut cerita pasal lain pulak...sebenarnya nak cerita pasal kuar tadi...hihi hari ni kuar memang anis habis banyak jugak la duit.....hahaha sekali sekala kuar memang la macam2 nak beli....Ok la malas dah nak cerita panjang2 nanti orang bosan pulak nak baca kan.......pape pun anis enjoy sangat hari ni.........

Best Friend Forever

Beg Tangan

Anis sekarang memang giler dengan beg tangan
entah kenapa kalau tengok beg tangan
yang cantik2 mesti gatal je tangan ni nak beli
walaupun anis bukan pakai sangat.
Banyak sangat design yang cantik2 yang buat mata
anis tak berkelip bila tengok beg.
Sejak bila la minat dengan beg ni anis pun tak tau
dulu anis bukan suka sangat nak galas2 beg ni
tapi sejak dua menjak ni pantang nampak
beg mesti nak beli tapi kadang2 tu kawal jugak nafsu
ni supaya tak beli.hihi
Buat masa sekarang anis baru ada 5 jenis beg
antaranya lebih kurang macam ni la semua koleksi
beg anis..






Entah kenapa tiba2 anis minat dengan style beg2 macam ni
nampak ringkas dan menarik. 
Kalau boleh nak lagi banyak koleksi beg2 macam ni.
Hahaha giler betul..

Shawl

Sekarang ni memang anis giler pakai shawl
tapi bila nak pakai tu tak tahu nak buat style yang macam
mana. Sebab kadang2 anis buat mesti tak berapa
nak jadi dan kena buat banyak kali
nak bagi nampak cantik dan kemas, ada jugak
anis tengok dalam you tube
cara2 nak pakai shawl  yang ringkas dan kemas.
Anis suke sangat cara Nisa Kay , Nurul dan Enna pakai shawl cantik.

Bila anis tengok sape2 yang pakai shawl yang cantik atau
menarik mesti anis akan jeles dan
terfikir macam mane la nak pakai macam diorang pakai
sebab anis tak berapa tahu style2 yang menarik
yang nak digayakan.

Tapi ni ada beberapa jenis shawl yang anis cuba gayakan






Sape2 yang ingin berkongsi tentang cara pemakaian shawl yang
ringkas tapi menarik boleh la share dengan anis ye.....


KembaLi...

Salam sejahtera

Sekian lama tidak update blog hari ini baru
berkesempatan nak update.
Sebenarnya tak ada apa yang menarik pun
cuma nak bagi tahu yang
2 3 bulan lepas laptop anis rosak sampai
tak ley on langsung dan anis
pergi la kedai tanya dan tuan kedai tu kata
dari repair baik beli baru sebab
harga repair pun lebih kurang seribu lebih.
Baik beli baru dari repair kan?
dalam duk tanya pasal laptop tu tiba2 ayah kata
nak beli yang baru tak?
anis apa lagi kata la ikut suka abah la nak beli
ke tak tapi ada duit x?
abah kata pilih nak yang mana.
Dalam hati memang berbunga la kan sebab
abah nak beli yang baru.....hihihi
jadi pilih punya pilih anis ambik la ACER..
nak order pun ambik masa seminggu jadi hari ni dah dapat
laptop tu...hehehhe
sekarang tengok membelek2 laptop baru
anis ni...hahaha
bahagia rasa da dapat laptop baru dan
boleh lah On9 lepas ni....