Pengikut

Juara AF9

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ai semua pasti semua dah tahu kan juara af9
milik HAZAMA ! ! yeahhh
anis memang dah jangka dah yang hazama akan 
jadi juara. Semalam hazama nyanyi lagu
pukau - tomok
cinta teragung - hazama
memang anis suka la dengan lagu cinta teragung tu.
Tempat kedua milik LENA
Tempat ketiga milik FINA
Tempat keempat milik AZRI

Papa pun Hazama Kawtim....


ni lirik lagu cinta teragung
lirik lagu ni pun mendalam la..
Memang patut la hazama menang setelah penantian
selama 5 tahun untuk mendapat ilmu
dekat dalam AF ni.
Harap2 selepas ni hazama tidak lupa diri,
bangga diri,jangan lupa daratan, jangan poyo dan lupa asal usul
seperti yang dikatakan oleh Hattan dan Kak Ogy.
Biar lah orang nak kata papa pun dekat
hazama yang penting dia dah tunjukkan bakat dia
yang dia boleh pergi jauh dan jadi artis yang serba boleh.
Rugi dia tak dapat masuk af dulu.

pak lang kawtim


Juara AF9 HAZAMA

~ Pinkystorymory ~

Geram ! ! !

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Bodoh ! bangang ! jebon ! mangkuk !
ni memang anis dah geram ni 
tak pasal2 nanti kuar macam2 ayat pula kat sini..
Semalam anis dengan adik bergaduh ada la 
pasal sesuatu tu tak sangka lak jadi besar
anis memang geram la.
Rasa macam malas dah nak tegur atau cakap
dengan dia biar je anis nak buat
tak tahu je sebab nanti akan menyakitkan hati
saja. Memang la air yang dicincang 
tak kan putus setiap adik beradik pasti akan
ada pergaduhan kan?
tapi tak la sampai nak putuskan pertalian
persaudaraan, anis memang kalau merajuk
lama tapi kalau adik bercakap
dengan anis takkan la anis nak buat
tak tahu lak kan nanti jadi lain pulak.

Anis kalau gaduh dengan dia memang airmata
akan mengalir la sebab dia tu jenis kasar
dan memang kuat melawan
kadang2 anis rasa benci dan meluat dengan
perangai dia tapi dah nama pun
adik beradik kena terima jugak la kan.
Anis pun tak tahu lagi semakin besar perangai makin menjadi2
bila dia nak berubah pun tak tahu la.
Memang akan sakit hati kalau gaduh dengan dia
memang la kadang2 perangai dia O.K kadang2 K.O.


malas nak cakap banyak nanti akan bertambah sakit hati je..

~ Pinkystorymory ~

Kuar Lagi ! ! !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anis baru balik dari makan kenduri tahlil di rumah
tok pak ngah dekat seberang jaya.
Diorang masak semua makanan mamak
sebab mak mertua mak ngah anak mami.
Jadi memang ramai la mami2 yang datang sebab kami2
je orang melayu..huhu

Rumah Mr G pun dekat2 situ jugak selamat time anis
pergi die belum datang lagi, tapi lepas anis
balik baru die datang dengan tunang die.
Ok jugak la anis tak jumpa dengan die tapi anis sempat
jumpa dengan mak die...huhu
mak die duk tengok je anis, malu memang tak terkata 
la sebab kakak dan adik die pun ada jugak.
Tapi tak pe la anis doakan kebahagiaan die.



pic diambil sebelum sampai..hihi

~ Pinkystorymory ~

Seharian Bersama Tok Ayah dan Mak Tok

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebenarnya anis tak plan pun nak ikut tok pergi Perak tapi malam tadi tiba2 je tok ajak pergi makan kenduri rumah kawan tok dekat Sitiawan. Disebabkan anis boring duduk dekat rumah sorang2 anis pun ikut la, dari tak buat apa.

Kami bertolak pagi pukul 7 sampai dalam pukul 10 lebey, sesudah sampai Sitiawan tu singgah dekat rumah kawan lama tok sebab kawan tok baru meninggal jadi nak pergi melawat la. Lepas tu singgah pulak dekat rumah Tok Wan Mat Ketam kawan tok jugak, pasal apa nama Mat Ketam anis pun tak tahu la mungkin suka cari ketam kot...hihihi

Ramah jugak la Tok Wan Mat Ketam tu, anis pun dalam malu2 jadi macam dah biasa sebab diorang duk bercerita yang masa kecik2 dia yang duk dukung anis time tok duduk dekat Perak. Tok duk kat Perak lama la jugak, jadi kawan2 tok kat sana ramai la.

Masa balik pulak singgah la kat kedai jual buah2 kat tepi jalan tok beli buah pelam, durian dan rambutan tu pun sebab anis memang dah lama nak makan rambutan. Lagi satu time tok datang penang ni boleh pulak lupa nak bawak rambutan yang tok beli dekat siam jadi untuk tidak menghampakan cucunya ini tok pun beli la...hehehe...tok beli pun sekilo je sebab tak nak lah suruh beli banyak2 kila lagipun tok kata makan je sorang2..hahaha anis apa lagi dapat2 je rambutan tu terus makan la tunggu lagi....


betapa sedapnya dapat makan

Setelah sekian lama hari ni baru anis dapat makan pulut durian sebab anis kan baru baik jadi ni la masanya untuk anis tebus kembali makanan yang anis tak boleh makan time sakit hari tu. Best jugak la keluar dengan tok sebab dah lama tak gurau senda macam tu, duduk dalam kereta asyik duk bergelak je.

Terima kasih tok sebab bawak jalan2 + beli macam2 buah2an

~ Pinkystorymory ~

วัยร้ายไฮสคูล( Wai Rai High School)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hari ni entry anis pasal cerita Wai Rai High School..pasti korang pernah kan tengok cite ni dulu ditayangkan kat tv2 kot kalau tak silap. Cite ni pasal geng budak nakal kat satu high school.. diorang suka cari gadoh dengan orang.. paling teruk diorang suke kenakan cikgu yang masuk kelas diorg... sume cikgu yang msuk kelas 6 E ni mesti kena punya... tak kira la cikgu subjek apa... sampai pengetua sekolah diorang pening kepal sebab semua cikgu da takot nak masuk kelas tu... so, sape yang nak ajar diorang???  Ketua geng ni Aon... die ni comel tapi ganas la biasa la.. nama pon ketua gengster kat sekolah... 


Satu hari ada boy cute lagi hensem baru masuk kelas diorang... kira budak baru la senang cita... nama dia Ryu.. Aon dengan Ryu ada selisih faham so asyik gadoh je la bila jumpa... biasala... bila gengster bertemu gengster....


Satu hari.. ada cikgu perempuan baru masuk sekolah tu.. pengetua pun arahkan cikgu tu mengajar kat kelas 6 E.. Nama cikgu tu Cikgu Yani.. ni la satu2nya cikgu yang bertahan dalam kelas tu... cikgu ni tetap sabar walaupun selalu dikenakan oleh anak2 murid...cikgu Yani memikir kan satu idea untuk mengubah perangai budak2 nakal nih... cikgu menubuhkan satu kumpulan muzik kat skolah... cikgu nak amik Ryu jadi guitarist tapi Aon tak suka.. tapi lama2 terpksa terima la jugak...


Hari demi hari Aon dgn Ryu makin rapat.. mula2 diorang anggap kawan satu kelas dan kawan dalam band tapi masing2 mempunyai perasaan satu sama lain...tapi diorang tak penah nak cakap pasal perasaan masing2, ditambah pula nanti dengan kehadiran orang ketiga.
Lepas tu sambungan cerita ni tajuk Freshy High School kot kalau tak salah, kisah tentang diorang dah masuk universiti. Kat sini bertambah konflik la..tapi yang xbestnye bila si hero RYU mati........


ni video lagu yang anis paling suka..



pic2 yang diambil..




RYU


AON


NATALIE




~ Pinkystorymory ~

Zikir Terapi Ajaib Ubat Kegersangan Hati, Roh Insan

Assalamualaikum dan salam sejahtera




ZIKIR mempunyai kedudukan sangat istimewa kerana ibadah ini digalakkan Islam sebagai satu bentuk amal ibadah yang menunjukkan sifat tunduk serta patuh sepenuhnya kepada Allah, disertai pula rasa kasih, reda dan yakin kepada-Nya.
Mukmin yang sentiasa mengamalkan zikir akan dapat merasai kesannya seperti ketenangan jiwa. Firman Allah yang bermaksud:
(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang dan tenteramlah hati manusia. (Surah Ar-Rad, ayat 28)
Dalam kehidupan, kita sering berdepan pelbagai cabaran dan dugaan sehingga ada ketikanya membawa kepada keresahan jiwa. Justeru, dengan sentiasa mengamalkan ibadah zikir, ia ibarat terapi ajaib yang menyembuhkan keresahan jiwa manusia. Namun, penyerapan roh zikrullah tidak datang kepada pengamalnya jika hati tidak bersama tatkala berzikir. Ketenangan hati orang mukmin terhasil daripada zikrullah adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh hati yang diselaputi kemanisan iman.
Selain itu, mukmin yang sentiasa berzikir akan diberikan ganjaran pahala yang besar. Ini janji Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Dan orang lelaki yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya serta orang perempuan yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Allah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzaab, ayat 35)
Walaupun zikir amalan yang mudah dilakukan, tetapi menjadi berat untuk dibiasakan. Antara penghalang kepada seseorang untuk membiasakan lidah berzikir ialah disebabkan dosa yang dilakukan.
Apabila daki dosa tertampal pada hati, ia terhijab untuk menggerakkan seseorang berzikir. Faktor lain, seseorang itu dibelenggu sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka mengumpat dan sebagainya. Sifat keji seperti ini juga akan menghijab hati untuk berzikir.
Ibnu Taimiyah berkata, keperluan hati terhadap zikir umpama keperluan ikan terhadap air. Cuba bayangkan, bagaimana keadaan ikan jika kita keluarkan dari air.
Al-Imam Syamsuddin Ibnu Qayyim mengatakan: “Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, maka jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.”
Demikian penting dan tingginya kedudukan zikir kepada seseorang mukmin. Kita seharusnya berpegang kepada prinsip hidup, tidak sempurna hari tanpa zikir. Inilah yang seharusnya kita didik supaya lidah dan hati sentiasa berzikir kepada Allah.
Ibnu Masud ada mengatakan: “Sesungguhnya aku bertasbih beberapa kali itu lebih aku sukai daripada aku menderma beberapa dinar dalam jumlah yang sama di jalan Allah.”
Zikir berkhasiat pula sebagai ubat bagi kekerasan hati.
Dikisahkan bahawa ada seseorang bertanya kepada Hasan al-Basri: “Ya Abu Said, aku ingin mengadu kepada tuan, mengapa hati aku ini menjadi keras begini?”Lantas kata Hasan: “Lunakkanlah hatimu itu dengan zikir.”
Kedudukan tinggi amalan berzikir turut digambarkan dalam kisah seorang bertanya kepada Salman al-Farisi: Amal apakah yang paling utama? Kemudian dijawab Salman: “Tidakkah engkau pernah membaca ayat, Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (keutamaannya) daripada ibadah yang lain.”(Surah Al-Ankabut ayat 45)
Abdullah bin Masud pernah berkata: “Sesungguhnya sebuah gunung menyeru gunung yang lainnya dengan namanya dan bertanya, apakah hari ini ada orang yang lalui di atasmu dan menyebut Allah (berzikir)? Maka apabila gunung itu menjawab, ya, maka ia akan gembira.”
Demikian juga riwayat yang mengatakan Abdullah bin Abbas pernah berkata: “Tidak ada sebuah lembah yang di atasnya disebut nama Allah kecuali ia akan merasa bangga atas lembah yang berada di sekelilingnya, ia merasa gembira dengan zikir yang diucapkan itu. Kegembiraan itu juga turut dirasai oleh tujuh lapis di bawah lembah itu.”
Begitulah gambaran jelas menunjukkan betapa amalan zikir mempunyai keistimewaan besar yang seharusnya menjadi amalan rebutan setiap mukmin untuk mencapai keredaan Allah dan menikmati ketenangan hidup.

~ Pinkystorymory ~

Cinta Melody


Melody adalah gadis yang cantik dan cerdas. Dia bekerja sebagai supervisor di sebuah perusahaan mie instant/makanan ringan. Melody tinggal bersama nenek (Fatima), ibu (Nissa), tante (Hanny), dan dua sepupu (Agung dan Jelita). Hanny dan Nissa adalah dua menantu Fatima yang tinggal bersama, setelah anak-anak Fatima (Fajri dan Fajar) meninggal secara bersamaan karena kecelakaan. Saat kecelakaan itu, hanya mayat Fajri yang ditemukan sementara mayat Fajar tidak. Hal ini menyebabkan Nissa bersikeras kalau suaminya masih hidup. Nissa selalu marah kalau Fatima ingin membuatkan makam untuk Fajar. Nissa marah dengan dalih bahwa tidak masuk akal membuat makam tanpa ada jasad. Sementara itu Hanny sangat membenci Nissa karena ia merasa bahwa suaminya meninggal karena kelalaian Fajar membawa mobil. Hanny menganggap Nissa adalah janda pembunuh.
Suatu hari, Melody bertemu dengan Elang dan tidak sengaja menabraknya. Terjadilah pertengkaran di antara mereka. Elang sebenarnya anak pemilik perusahaan tempat Melody bekerja. Elang dididik orang tuanya (Anggika dan Bharata) untuk bisa mengatur perusahaan mereka, tetapi harus dari level bawah dulu. Dan Bharata menempatkan Elang sebagai asisten Melody. Betapa terkejutnya mereka berdua ketika menyadari mereka harus bekerja bersama. Pertengkaran dan perdebatan pun akhirnya selalu mewarnai pekerjaan mereka.
Saat tak sengaja bertemu dengan Bharata, Melody terpana karena wajah Bharata mirip sekali dengan Fajar, ayahnya, tapi Melody berusaha menepis semua itu. Padahal Bharata sebenarnya adalah Fajar, yang mengalami amnesia setelah ditolong Anggika dari kecelakaan bertahun-tahun yang lalu. Rahasia yang disimpan ini terusik saat tiba-tiba Bharata mempersoalkan tentang masa lalunya. Anggika cemas, apalagi saat dia selidiki, semua ucapan Bharata keluar setelah dia kenal dengan Melody. Anggika mencari tahu tentang Melody dan keluarganya. Anggika syok karena Melody adalah anak suaminya. Ia berusaha keras menjauhkan Bharata dari Melody. Bahkan saat Elang makin dekat dengan Melody, Anggika makin keras dan menjodohkan Elang dengan Ajeng. Ajeng yang memang mencintai Elang dan membenci Melody senang atas keputusan Anggika, tapi tidak dengan Elang.
Ancaman demi ancaman keluar dari Anggika agar Elang menjauhi Melody karena kalau tidak, Melody akan sengsara. Elang khawatir sehingga dia pun perlahan menjauhi Melody tapi tidak juga mendekati Ajeng. Elang malah tidak sengaja bertemu dengan Jelita, sepupu Melody. Jelita sendiri jadi menyukai Elang dan ia sering mencari kesempatan untuk jalan berdua.
Bagaimana kisah selanjutnya? Akankah cinta Melody pada Elang akan berakhir bahagia? Akankah Melody tahu kalau Bharata adalah ayah kandungnya?

Pasti semua menonton cerita ni kan setiap hari isnin hingga jumaat jam 6.30 petang dan melekat kat depan kaca tv semata2 nak tengok cerita ni...betul tak? tapi bagi anis tak pun anis kurang minat dengan cerita ni walaupun mak dan kakak anis suka sangat tengok cerita ni. Mungkin sebab anis tak follow cerita ni dari awal sebab tu anis tak berapa layan sangat cerita ni. Lagipun pelakon wanita ( melody ) anis tak kenal kalau pelakon lelaki ( elang ) anis kenal..hehehe kalau lelaki kenal saja..... ^_^

~ Pinkystorymory ~