Pengikut

Bukit Bendera

Yeahhh agak lama jugak la tak jalan2 kat penang, disebabkan sekarang sudah ada
kenderaan sendiri jadi senang untuk ke mana2....Semalam anis, ayah, mak dan kakak

update...update...


Nampak tak BELON LOVE ni? tau tak sapa yang bagi? hehe mesti ALONG sapa lagi la kan yang nak bagi kat anis, macam mat jiwang pun ada dia ni...time nak bagi belon ni siap melutut lagi depan anis suruh anis terima selagi anis tak terima selagi tu dia tak mau bangun...saja nak bagi anis malu tau dah la depan orang ramai lak tu...semua pakat duk tengok mau tak mau anis kena terima jugak la....hihihi sangat sweet kan?? nak tunjuk muka dia macam tak sesuai lak lagi nanti2 kalau ada masa anis tunjuk muka dia...huhu ni tanda sebagai KAWAN...


GELANG KRISTAL ni pun sebagai tanda KAWAN antara anis dengan dia. Semalam dia bagi kat anis warna kelabu tapi tadi tiba2 dia surh tukar dekat pak cik yang dia beli tu warna katanya nak bagi sama sebab semalam dia beli ada satu warna saja tu yang beli warna kelabu...hihihi..Kak Diana dengan Kak Awin pun duk kata kat anis yang ALONG ni serius ke apa? betul2 suka dekat anis ke? tapi anis cuma boleh jawab hanya KAWAN sahaja DULU sebab baru kenal...

Kalau kita sayang seseorang tu sebagai KAWAN tak salah kan?
Kalau kita mendekati dia hanya untuk jadikan dia Kawan tak apa kan?
Tak apa kan kalau kita hanya berKAWAN?


Tentang Kamu

Walaupun baru kenal rasanya seperti sudah kenal lama, apa tidaknya hari2 jumpa asyik bergelak ketawa ja dengan gelagat dia..Apa Pun Tak Boleh..hehehe sepanjang bulan puasa anis kenal dia memang dia seorang kawan yang baik, dia ada bagi anis sesuatu..jeng..jeng..jeng


Haa nampak tu anis da terima satu nota...hehehe yang tertulis ' ALONG SUKA ANGAH cewahhhh
tapi sebagai seorang sahabat...tak salah kan???

Ni pulak dia buatkan saja2 untuk anis...hehe

Dan 1st time anis dapat nota dan duit ni..terharu sangat..hahaha Over lak anis ni..Hari sabtu kira semalam la anis ada bagi tau kat dia yang hari tu anis last jadi dia kata da nak bagi kat anis sesuatu tapi anis kata tak payah......tup tup dia bagi kat anis 


Cadbury yang besar tau so sweet...hehe tapi anis bagi la tau yang anis tipu sebab anis main2 je tapi dia ingat betul2 hari tu anis last tu yang dia bagi siap2 kat anis......memang dia tOuching gila dengan anis dan da jugak gaduh2 dengan anis pasal anis tipu dia...memang anis tak sengaja nak tipu dia tapi dia bersungguh2 ingat malam tu anis last...kira banyak kali jugak la anis mintak maaf dengan dia akhirnya dia OK...yeahhh selamat tadi dia OK dan perangai dia kembali menggila macam sebelum ni...

Dia memang seorang kawan yang baik tapi tak tau la kan sebab anis pun baru je kenal dengan dia dan belum tahu lagi isi hati dia macam mana...KAWAN tak salah kan?? tadi ada jugak dia bagi tau kat anis prinsip2 dia dan 1st time anis jumpa dengan lelaki macam ni lain dari yang lain.....Cara dia cakap tu matured sangat dan buat kita ni lebih menghargai apa itu erti persahabatan...Memang kata2 dia tu akan anis pegang bukan untuk dia sahaja tapi untuk kawan2 anis yang lain jugak......

Aku Suka Dia

Patut la si ' ALONG ' tu suruh anis dengar lagu Ainan Tasneem - Aku Suka Dia rupa2nya sama apa yang along buat dekat anis...hahaha macam kelakar Ku terima satu nota..darimu..Yang tertulis ' AKU SUKA KAMU '  anis pun tak sangka yang dia akan buat macam tapi dia tak bagi dekat anis sendiri dia bagi dekat sorang budak laki ni lepas tu anis macam tak percaya dan dia pun mai la dekat anis tanya dapat tak surat tu tapi anis kata bukan ALONG yang tulis. Dan sebagai bukti kata dia yang tulis, dia buat lagi satu nota DEPAN anis nak bagi anis percaya kata dia yang tulis sendiri... huhu macam merepek je tapi sebagai KAWAN. Kat kertas tu ada la terselit satu kata2 yang dia sering ungkap dekat anis dan dia kata kalau rasa anis anggap dia kawan dia suruh anis simpan kertas ni...

Lagi satu kalau pasang lagu Najwa Latif & Sleeq - Untuk Dia mesti dia akan menyanyi dekat anis dan anis pun akan pusing satu tempat yang anis berniaga tu sebab tak nak dengar + MALU siot.....orang yang lalu kat situ semua tengok semacam je dan kalau anis tengah berjual mesti dia akan datang dan akan cakap kuat2 ANGAH..ANGAH Dalam Hati Along Ada Sapa?? yang lain akan jawab ANGAH tak ke anis yang malu...Walau apa pun ia tetap membahagiakan anis sebab hanya sebulan je kami dapat bergurau2 macam ni...Kenal baru kejap je tapi rasa macam kenal dah lama dah..


Mereka2 suka cakap yang anis tak macam 22tahun tapi perangai macam kanak2 nak buat macam mana kan dah perangai anis macam ni dan nak ubah pun mungkin susah tapi ni lah yang jadi awet muda...hehehe (^_*)

Yang Mana Satu

Antara pakai spek atau tidak?
Ada yang kata pakai spek nampak CUTE dan ada yang kata sebaliknya..emm lagipun bukan la nak ikut cakap orang kata pakai dengan tak pakai ..Anis cuma SILAU dan dulu rajin jugak la pakai tapi sekarang jadi malas pulak nak pakai..bila dah lama tak pakai memang terus jadi malas la nak pakai lagipun anis kena pi tambah power silau sebab kurang jelas dah kalau tak pakai spek.Tapi sekarang ni anis terus tak pakai sebab jadi tak selesa...huhu

Cuba bandingkan muka tak pakai spek dengan pakai

Nampak perubahan tak?? hihi yang mana ok lagi ek??
tapi kalau tak pakai pun still ley nampak lagi tapi kalau nak tengok tv mesti kena tengok dekat kalau tak, tak berapa nak nampak tulisan...kalau tak pakai lagi selesa...hehe

Dalam Hati Ada Siapa??

Bulan puasa ni anis berniaga dekat UPTOWN PERDA jadi sapa2
yang nak beli seluar lelaki dan perempuan, baju kurung dan handsfree
leh la datang jumpa anis...hehehe bagi sapa2 yang nak pi tu boleh
la datang beli kat anis..

Seronok rasanya bila dah lama tak berniaga dan sekarang berniaga lagi
tapi hanya untuk bulan puasa la..sebelum ni anis tak berapa suka sangat berniaga tapi sejak tahun lepas anis berniaga lama2 jadi seronok pulak tambah hanya sebulan je untuk berniaga kalau hari lain memang anis tak berniaga dan tak pernah.

Ok berbalik pada tajuk entry anis kali ni iaitu
Dalam Hati Ada Siapa
Dihadapan tempat anis berniaga ada la geng lelaki jual
seluar, mula2 kami semua memang tak bertegur langsung sebab
biasalah bila tak kenal takkan nak pi buat2 kenal kan...jadi 3 4 hari
selepas tu depa pun start la tegur2 sikit sebab depa ni pun banyak mulut
jugak jadi tak kekok la bila bersembang. Tapi lama2 jadi rapat dengan kami
semua kami pun ada 7 orang dan depa 2 orang je yang kami rapat sebab yang lain tu tak banyak cakap Pemalu la kot tak tau la tapi memang tak pernah cakap dengan yang lain selain depa 2...
Nak dijadikan cerita salah sorang dari depa ni memang suka kacau
anis, nama dia ALONG dan kebetulan yang lain2 ni panggil kat anis ANGAH
kira dia selalu panggil ANGAH...ANGAH depan orang ramai jadi bertambah
segan la anis tambah Abg Azizi bawak MiC lagi la dia menjadi2 menyanyi dan duk panggil nama ANGAH kuat2 guna MiC tu.....kira semua duk pandang anis semacam je.. hehehe dan sekarang Abg Azizi
bawak pulak cermin yang panjang untuk sapa2 yang nak test baju kurung dan seluar kira senang depa nak tengok la sebab kami ada Fitting Room. Lepas tu ALONG ni duk asyik pegang cermin dan kira cermin tu menghala Anis la jadi dia selalu jugak kata macam ni ' Dalam Hati Along Ada Sapa ?' Lepas tu dia jawab balik ' Dalam Hati Along Ada ANGAH ' tak ke segan anis dibuatnya...Lagi pun umur dia sama dengan anis jadi tak salah kan kalau anis anggap dia KAWAN.....Semua suka dengan cara dia dan dia ni seorang yang banyak MULUT kira cakap tak berenti asyik nak Pot Pet je...kawan dia lagi sorang nama AMIN dan dia pun duk kacau jugak la anis tapi tak macam ALONG tapi depa ni boleh dibuat kawan..Best jugak dapat berkawan dengan depa tak cakap benda merapu2...kalau ALONG ada mesti anis tak banyak cakap dan segan nak bercakap sebab dia suka PANDANG anis...SEGAN..^_^
Tak salah kalau kita nak berkawan kan lagipun anis memang suka berkawan...

Keluar bersama



Dah lama kami tak keluar bersama kalau tak kami berLIMA
tapi ayah tak ada pulak dalam gambar ni sebab ayah tak ikut sekali..
Tapi anak kawan mak yang ikut...sebab boring duk kat rumah
jadi kami pun keluar la pi JUSCO adik ingat nak cari baju tapi
bila pi tengok semua saiz kecik boleh pulak saiz dia ni tak ada dan susah
betul nak cari walaupun saiz XL @ XXL.....dah merata kedai cari bila test
muat tapi sama sendat...kesian jugak la kat dia sebab baju yang
dia berkenan tapi saiz pulak yang jadi masalah...hihihi nak buat
macam mana bukan rezeki dia...